UPDATE kisah hunting barang hantaran kami. =)
Saya dan tunang saya, F bekerja di negeri yang berbeza. Dan negeri tu pulak, cuti hujung minggunya berbeza. Saya Pahang dan dia Terengganu. Bayangkanlah, kami cuma hanya ada hari Sabtu untuk keluar bersama. Ahad, saya cuti tapi dia dah kembali bekerja. Weekend lepas, plan awalnya kami mahu cari semua barang-barang tu hari Sabtulah, Ahad F balik Kemaman kerja. Banyak kali saya usulkan pada dia. Betul ke taknak cuti Ahad? Sampaikan saya tak mampu nak bodek lagi suruh F cuti Ahad. Katanya payah sikit pasal sebelum ni dalam waktu terdekat dah 3 minggu berturut dia ambil cuti Ahad.
Bila seharian kami shopping, sampai dah dekat pukul 8 malam. Tiba-tiba F bagitau saya yang dia nak cuti Ahad. Dia surrender pasal letih sangat. Hik2. Mahu melompat saya rasa pasal saya memang suka kalau dia tambah cuti tu. Ada lagi la masa nak survey barang lain. Bertuah dapat tunang macam saya ni kan. =)
Menunggu perfume saya yang sedang di wrap semula. Serius, rasa terhibur dengan gelagat promoter ini. Agak riuh kaunter tu bila si F tak habis-habis menyakat dia. Hihi. Panjang lebar pulak bercerita kisah perjalanan cinta kami. Aihh, teruja! 2 jam kami di bahagian perfume sahaja. Boleh bayangkan. Lepas tu dalam masa sehari pertama tu selesaikan barang-barang lain juga. Tahniah! walaupun pada awal pagi tu ada kisah mengusik emosi antara kami. Sungguhla menguji. Masa kami kesuntukan masa tu jugalah sempat nak beremosi.
Yang ini voucher yang saya maksudkan. Untung juga pergi masa ni, sekurang-kurangnya dapat shopping dan dapat lagi voucher untuk beli barang lain. Kami banyak shopping di East Cost Mall, Kuantan. Parkson memang berbaloi. Untuk perfume sahaja kami dapat RM100 voucher. =)
***
Orang Kuantan mesti tahu satu tempat: Cowboy kan? Saya memang tak biasa sangat di bandar Kuantan ni, cuma baru nak biasa2kan diri pasal itu ajelah tempat terdekat yang saya mampu pergi hujung2 minggu nanti. Punyalah teruja dengan nama Cowboy ni pasal selalu disebut2 kawan saya, jadi saya pergi la dengan F. Hihi. Barang-barang untuk goodies dan gubahan hantaran memang banyak juga lah. DAN murah.
Saya jumpa kotak putih berkerawang ni harganya RM 23.90. Agak murah. Ada macam-macam harga ikut saiz dan jenis kerawang di tepinya. Dah tengok-tengok, tapi saya tak beli lagi. F suruh balik dan tetapkan dulu gubahan untuk hantaran tu. Tapi kotak putih ni memang saya berminat sangat!
Bunga telur pun berpatutan harganya. RM 39.90 untuk 50unit. =)
Saya rasa sungguh bahagia bila dekat dengan dia.
=)
3 comments:
wahhh bestnye wt persiapan :) happy preparing dear :)
btw emi dok kt gong rengas..jaja dok kt mane ek?
tq.. best tapi agak penat jugak la. kena ada persiapan rapi dear. +) insyaAllah, lancar sentiasa. Oh, Gong Rengas ke. Macam penah dengar, tapi lupa area yang mana. Nnti boleh la dtg majlis sy ek. =)
Rupanya apa yg awk rasa masa ni memang sama dgn apa yg saya rasa skg..hehe. lagi 70 hari lagi..beremosi tu mmg takleh tinggal..gaduh2 pastu baik balik.. ♥
Post a Comment