Thursday, November 22, 2012

update ringkas: 8bulan sudah anakku.

Salam dan hai...

Lama betul saya menyepi... Sorry, entah la.. ketiadaan mood dan masa nak dicuri untuk tulis blog.. Masa memang banyak lebih tertumpu pada hero kecik ni. Tambah lagi, saya dan hubby masih berPJJ. Umi memang kena sentiasa cekal! Tambah dah ada anak. Kadang kelam kelibut la jawabnya..Pagi2 nak bersiap pergi sekolah mesti kalut. Umi bangun awal, awallah juga Firas ni bangun. Lepas tu, mula la umi terpaksa tinggalkan Firas penuh dengan mainan, sempat la nak mandi.. Nak bersiap tak kisah sangat, janji dia boleh nampak depan mata. Solat pun sama... 

Kami masih lagi rutin berjumpa tiap minggu. iyela.. papa mesti sentiasa rindukan anaknya..hati sentiasa tak keruan papa tu. Balik keje, nampak aje barang2 anak tapi anak takde depan mata... Tiada lagi rezeki tukar November ni..Takpe, janji Allah akan tiba nanti. Good!

Hero Ahmad Firas Anaqi dah makin besar. Seronok melihat perkembangan anak depan mata kan. Beruntung dapat jadi umi. Firas dah 8 bulan.. Last timbang untuk 8 bulan dah 8.9 kg... Semangat juga kan. Dah pandai merangkak laju dan memanjat! Dah pandai menyebut "aatttahh", "abah" "emme".... hehe.. Dah pandai tepuk tangan bila umi nyanyikan tepuk amai-amai... Makan pun seleranya baik.. terima apa sahaja air tangan umi.. Senang anak umi ni, setakat ni alhamdulillah..


8 bulan.
I love you so much sweetheart.
Malam ni: tengok sayu muka anak tengah tido..
terasa nak titiskan air mata bila kenangkan semula saat2 umi lahirkan kamu, nak. 
Terima kasih Allah...
Semoga umi dapat jadi umi yang terbaik.
Mendidik kamu menjadi anak soleh.
Umi pun berusaha menjadi yang lebih baik..


Thursday, July 5, 2012

Pengalaman Bersalin


Post ini saya tulis lama dah- tapi baru boleh nak publish. Huhu.. Nak kongsi jugak pengalaman bersalin ni. Ya Allah, Tuhan sajalah yang tahu kan betapa sakitnya saat menempuh kelahiran tu.. Bila duk ingat2 saat tu, manis pulak rasanya.. 

Inilah pengalamannya.....
Sebulan lebih saya tidak menulis di blog kesayangan ini. Tinggalkan blog bulan lepas dengan keadaan perut memboyot dan hari ini menulis dengan ditemani si hero kesayangan saya di sebelah. =) Bahagia betul! Kami dah bertiga. Syukur kepada Allah yang memberikan kami zuriat yang comel, sihat dan sempurna. Setiap hari yang saya lalui kini lebih bermakna. Naluri keibuan telah membezakan keadaan dulu dan kini. Kalau dulu riba atau dukung bayi orang lain tak terasa sangat auranya. Tapi kini, bila riba ataupun dukung baby sendiri auranya makin kuat. Bukan pada baby sendiri sahaja, malah pada baby2 lain, terutamanya baby kawan terdekat. 

Alhamdulillah, pada 11 Mac 2012 saya selamat melahirkan anak. Tepat jam 1.oo petang. Seperti yang dijangkakan, anak saya lelaki. Beratnya 3.42 (pun tidak saya duga beratnya itu sebab last scan cuma 2.5kg. hihi). Syukur sekali lagi sebab saya dapat melahirkan secara normal walaupun menghadapi kesulitan pada awalnya. Lepas melalui pengalaman bersalin ni barulah saya tahu betapa hebatnya ibu kita bertarung nyawa masa melahirkan kita dulu. Segala2nya kuasa Allah. Jom saya kongsikan pengalaman bersalin yang tak mungkin akan dilupakan!

Jumaat 9 Mac, hari terakhir persekolahan sebelum bercuti seminggu. Tapi bagi saya, hari jumaat itulah hari terakhir sebab saya ambil cuti awal bersalin. Edd saya ialah 29 Mac. Hubby datang ambil saya di Rompin dan seperti yang dirancangkan saya nak tinggal di Kemaman dulu seminggu sebelum balik berehat di kampung untuk tunggu waktu bersalin. Hari tu juga saya dan suami singgah di Kuantan sebab roommate yang juga workmate saya bersalin hari itu. Tapi cari Hospital AlFarabi tak jumpa tambah pula nak ambil kakak hubby saya, tak jadilah nak tengok baby hari tu. 

Esoknya pagi Sabtu, 10 Mac waktu saya bangun solat subuh, saya lihat dah ada tanda. Ada lendir yang agak kecoklatan. Saya dah pelik sebab sebelum ni tak pernah ada. Tapi pelik juga lagi sebab Edd rasanya lambat lagi. Dalam hati masih lagi keliru. Antara ya atau belum lagi. Hubby waktu tu ke surau, lambat balik. Dalam keadaan yang agak keliru tu saya terus call hubby tapi hampa sebab handponenya ditinggalkan di rumah. Saya ni dah la teruja waktu tu, teruja sebab takut sebenarnya.  Tunggu hubby balik dan beritahu padanya. Tahu macam mana respon hubby saya? Dia selamber aje.. pegang perut sambil kata “betul ke ni sayang dah nak keluar ni.. jangan main-main..kalau nak keluar bagitau betul2..” Haha. Sebenarnya memang saya perasan malam tu tido kurang selesa. Dah rasa sakit pinggang macam sakit period tu. Lepas je breakfast, kami masih lagi relaks2 sambil tengok tv. Sampai pukul 12 tengah hari. Waktu tu saya cek tanda lendir tu dah takde. Saya telefon bonda bagitau, bonda dah bising2 suruh balik Besut terus hari tu. Bonda kata tu dah tanda nak bersalin. Saya dan hubby ni duk main2 lagi sebab duk rasa belum lagi nak bersalin. Serius, masa tu memang saya sendiri pun tak rasa nak bersalin lagi. 

Dalam keadaan macam tu, apa-apa pun hubby suruh bersiap. Pergi mana pun tak pasti lagi masa tu. Kelakar. Naik kereta baru decide nak tuju kemana. Boleh lagi kan macam tu? Huhu. Lastnya hubby bawak saya ke Hospital Kemaman. Depan hospital tu ada kedai nasi kukus. Masing2 tengah lapar, jadi kami pun makanlah dulu. Tengah makan sibuk duk pegang hp. Call sana sini. Nak balik Besut ke taknak balik lagi.. Saya makan nasi kukus dan teh o ais. Itulah menu terakhir saya sebelum bersalin! Lepas makan, kami masuk hospital tapi sebab hubby pun tak biasa kat hospital tu, akhirnya kami keluar semula. Hari tu Sabtu jadi banyak tempat tutup. Memang Nampak tempat emergency tu buka. Tapi tak terfikir nak kesitu sebab saya pun belum sakit betul-betul. Jadi, kami pun keluarla perkarangan hospital. 

Lepas tu, saya sempat buat request nak minum air kelapa. Hubby bawak saya ke Kuala Kemaman. Sebiji air kelapa tu saya habiskan, banyak! Sambil minum duk sembang2 dengan makcik tuan gerai. Saya cerita la yang kami tengah berkira2 nak balik besut waktu tu sebab dah ada tanda. Makcik tu pun punya la baik, itu ini duk cerita pengalaman bersalin, bagi petua la. Then, kakak n bonda saya call lagi masa tengah minum air kelapa tu. Akhirnya, hubby pun buat keputusan balik Besut waktu tu juga. Terus balik rumah dan masukkan semua barang saya dan baby ke dalam kereta. 3 petang kami bertolak balik. 

Dalam kereta, sepanjang perjalanan tu sakit pinggang saya makin kuat terasa. Tambah pula perut dah mula mengeras sekali sekala. Sah! Saya pun dah mula rasa takut, risau bercampur baur. Sampai di Marang, jalan pula jem sebab jalan dibaiki. Perjalanan yang dekat jadi jauh. Bila datang sakit, saya menangis sebab tak tahan sangat, hubby lagi la risau tengok keadaan saya macam tu.
Kira-kira pukul 8 mlm saya sampai di Besut. Itupun memang tak sempat balik rumah. Kakak suruh singgah di rumah dia, makan2 n mandi sebab terus nak ke hospital besut lepas tu. Kakak suruh mandi supaya segar sikit nak masuk  LR. Nak makan waktu tu memang saya tak boleh telan dah sebab sakit. Dalam kepala nak cepat ke hospital je. 

Sampai hospital, terus tuju ke wad bersalin. Nurse arahkan saya tukar baju dan baring di katil. Jam 9.30malam lebih kurang waktu tu, nurse check bukaan rahim saya 2cm. Lepas tu, saya ke bilik di wad tu untuk berehat. Saya baring dan cuba untuk tidur, rasa juga mengantuk dan letih masa tu. Tapi takboleh. Kejap2 rasa sakit tu makin kuat, sampaikan saya mengerang tahan sakit. Tuhan saja yang tahu. Jam 3 pagi saya minta lagi nurse check bukaan, waktu tu dah 6cm. Nurse suruh saya makan dulu sebelum masuk LR. Makanan memang takde waktu tu, hubby pun keluar carikan makanan. Hubby beli roti dan air. Tapi saya hanya mampu telan 2 cubit roti je masa tu. Air Vico sekotak kecil tu saya gagahkan juga habiskan. Tak boleh nak makan dah sebab sakit sangat. Dah habis makan saya masuk ke LR. Masa tengah jalan tu saya muntah. Banyak dan rasanya habis semua air dan roti yang baru saya telan tu. Orang kata tu juga air ketuban yang keluar melalui mulut, tapi tak tahulah betul ke tak. Masuk ke LR, baring dan tunggu bukaan jalan. Jam 5 pagi air ketuban saya pecah dan nurse check bukaan waktu tu jadi 5 cm semula. 7 pagi bukaan dah 8cm. Waktu ni sakit dah bercampur rasa nak meneran. Sakit lenguh pinggang yang teramat tu sukar untuk digambarkan. Dalam hati saya, waktu tu barulah dapat rasa sendiri macam mana dikatakan orang sakit waktu kontraksi. Huu. Mulut tak lepas baca ayat mudahkan bersalin. 

Jam 9.00 pagi nurse check bukaan saya dah 10cm. Hubby masuk temankan saya. Saya dah bersedia nak meneran waktu tu. Rasa nak menangis bila lihat hubby waktu tu sebab sukar nak beritahu betapa sakitnya. Saya cuma berharap cepat2 dapat bersalin. Waktu meneran inilah saya bertarung dengan kesulitan. Selama 2 jam hubby tolong pangku lengan saya supaya gagah untuk meneran, dengan nurse yang bagi kata semangt. Tapi saya tak tahu kenapa sangat sukar untuk lalui saat tu. Saya cuba teran sekuat hati, tapi baby seakan payah untuk keluar. 

Akhirnya jam 11 pagi, doctor referkan saya ke HUSM Kubang Kerian. Dalam keadaan nak meneran tu saya merayu-rayu taknak direfer ke sana. Sampailah saat2 saya ditukarkan bed untuk naik ambulans pun saya cuba lagi teran, tapi tak juga berhasil. Serius, saya dah hilang tenaga dah masa tu. Dah rasa letih. Itulah kali pertama saya naik ambulan. Dalam keadaan sakit tu, sungguh la keadaan dalam ambulan tak selesa. Rasa nak bergoncang, mungkin sebab laju sangat. Nurse yang iringkan saya ke sana suruh saya baring ke kiri dan jangan meneran. Kalau rasa nak meneran, tarik nafas panjang2 dan hembus melalui mulut. Boleh bayangkan macam mana keadaan saya dalam ambulan waktu tu? Betapa susahnya nak lawan rasa nak meneran. Saya hanya mampu berserah je waktu tu, cuma harapkan segala2nya selamat. 

Sampai je disana, saya terus dimasukkan ke bilik bersalin. Beberapa orang doktor datang. Seingat saya nurse pun 2-3 orang. Rasa nak meneran on n off waktu tu. Tanpa disuruh pun, saya teran. Dalam keadaan bertarung nyawa, saya ingat lagi doktor puji saya teran, katanya dah betul cuma saya perlukan nafas yang lebih panjang dan tenaga untuk keluarkan kepala baby. Akhirnya beberapa kali cubaan meneran dalam masa 15-30 minit saya di bilik bersalin tu, saya berjaya melahirkan bayi saya. Saya lihat jam dinding di hujung kaki tepat jam 1 petang. Kuasa Allah, saya sangat bersyukur dapat melahirkan secara normal sebelum doktor gunakan alternatif lain, mungkin vacum. Saya ingat lagi, terkeluar dari mulut saya “Allah” agak kuat seiring dengan baby keluar. Rasa panas darah yang keluar waktu tu.  Lega yang teramat sangat. Nurse terus letakkan baby atas perut dan disuruh saya sebutkan jantina anak. Alhamdulillah, its a boy! Lepas tu, baby dibawa untuk dimandikan. Doktor terus jahitkan luka. Jam 1.45petang semuanya siap dan saya tertidur sebelum dimasukkan ke wad biasa.

Mana hubby waktu tu? Hubby tak sempat nak temankan saya di LR HUSM tu sebab dia datang dengan kereta. Itupun hubby terpaksa balik rumah dulu ambil IC saya sebab tu beza 15 minit perjalanan ke sana. Tapi takpela, semuanya dah selamat. Dan saya dah pun berpuas hati sebab hubby dah temankan di LR Hospital Besut selama 2 jam saya meneran tu. Takdir dan rezeki kali ni tiada untuk hubby temankan waktu baby kami dilahirkan...

Lepas tu, nurse bawakan baby pada saya untuk di breastfeed. Pertama kali saya pegang dan tenung matanya, sukar untuk digambarkan perasaan. Menitis air mata, antara percaya atau tak yang baby 9 bulan saya kandungkan selama ini dah berada di pangkuan saya. Saya bercakap2 dulu dengannya sebelum menyusukan. Asyik dia pandang dan tenung saya waktu.. =) Lepas tu baru hubby masuk untuk azankan baby. Tersentuh lagi hati bila lihat hubby memeluk baby... 

Alhamdulillah.. sekarang ni lagi seminggu Ahmad Firas genap 4 bulan.. =)



Tuesday, July 3, 2012

Updated: setelah 3 bulan.....


Salam semua..
Sepinya blog saya selepas 3 bulan baru blh di update. Macam2 hal termasuklah laptopku takboleh guna. Screennya pecah tanpa tahu sebab. Hari ni update ringkas dulu... Baru nak update tentang my baby boy... Tempek dulu sekeping gambar ye.. =)



Nama: Ahmad Firas Anaqi bin Mohamad Azrul Affendy
Tarikh lahir: 11 Mac 2012
Berat masa lahir: 3.42kg
Bersalin: Normal

Ini gambar yang terbaru. Dah 3 bulan ++. Sebenarnya nak kongsikan pengalaman melahirkan baby Firas yang bambam ni.. Nanti saya post. =)


Thursday, March 8, 2012

37 weeks


Alhamdulillah. Sedar tak sedar baby dalam kandungan ni dah 37weeks @ 9 bulan 7 hari. Bahagia bila bangun pagi dapat pegang perut yang bulat dan penuh. Walaupun waktu tdo sekarang ni dah tak lena macam dulu2 lagi kan. Kadang setiap malam tu 2x bangun ke bilik air. Tdo pun asyik terjaga. Posisi kena mengiring, lenguh2 pinggang. Tu semua perkara biasa je kan buat bakal2 ibu?  Mahal pengalaman ni tau.... =) Jadi, nikmatilah sebelum baby ni keluar. Hii.

Dah cukup 9 bulan ni check up dah stat seminggu sekali. Last scan masa 36w, baby saya 2.5kg. Berat uminye macam biasa lah, naik lagi. Cuma.... hujung minggu lepas saya demam selesema. Sampai hari ni pun masih ada lagi batuk2.. Jadi, pertama kali sepanjang mengandung ni berat saya turun! Hiii. Mungkin sebab demam agaknya. Baby dah mula mengeras. Nurse kata tu tanda2 awal bersalin. Cuma kena perhatikan kekerapan la.

Apa yang paling best minggu ni.... saya akan mula bercuti! yiihaa... (upss, masa taip perkataan cuti ni, baby tendang perut saya.. =)  Due saya 29.3, tapi saya ambil cuti bersalin awal 10hari.. Campur cuti sekolah seminggu ni, dapat la cuti awal 19hari. itupun, serius saya rasa macam dah sarat benar sekarang ni. Kat sekolah pun ramai duk kata due saya macam dekat2 dah ni.. Bila nak keluar ni sayang?? Tunggu umi ada dengan papa dulu ye.. Takla nanti papa terkejar2 nak datang amik umi yang tengah sakit..

Saya plan nak bersalin di Besut dan berpantang dengan bonda kat sana. Tapi cuti seminggu awal ni nak duduk dengan hubby dulu di Kemaman. Kesian hubby.. lepas ni lagi jauh kena berulang balik tgk baby. Besut-Kemaman. 

Harap seminggu ni dapat la menguruskan rumah sewa baru kami. Sekarang ni tengah memenuhkan rumah dengan benda2 yang perlu dan penting. Tak sempat pun nak bercerita tentang rumah tu... Benda paling awal dibeli ialah TV! Tapi baru seminggu je dapat tengok sepuasnya sebab baru pasang Astro. Hii. Sebelum ni duk tengok movie je... Minggu lepas hubby beli mesin basuh & peti. Sofa pun dah. Alhamdulillah. itu je setakat ni yang mampu... selebihnya.. insyaAllah akan ada jika dimurahkan rezeki..

Tak sempat pun nak blogwalking. Nanti ada masa, insyaAllah ye kawan2.. Harap semuanya selamat dan berjalan lancar.... =)

Salam sayang.

 

Wednesday, February 15, 2012

cuti dah diluluskan!


Pertama sekali.. rasa sangat bersyukur pada saat-saat akhir macam ni.. walaupun selepas agak lama jugak saya terdera emosi. Sebenarnya tension. Kesian anak dalam perut ni. Walaupun selalu beringat yang saya ni tengah mengandung dan tak boleh beremosi sangat, tapi lumrah kita ni manusia kadang ter'layan' jugak la.. Tapi alhamdulillah, berita yang saya dapat semalam sangat2 melegakan hati. Mungkin itu orang kata rezeki anak, doa dimakbulkan.. 

Masalah sebenarnya permohonan cuti 3 bulan saya tidak diluluskan. Biasalah, ibu mengandung ni cepat sikit tersentuh emosi kan. Macam-macam fikir. Kalau 60 hari je diluluskan, ambil lagi  cuti 2 minggu awal, sikit jela bakinya lepas bersalin nanti... Masa tu rasa terbeban sangat. Bukan apa, dengan keadaan kita ni jauh dari husband. Nanti nak bawa lagi baby nanti lepas ni datang sini kan. 

Tapi berita yang dapat semalam sangat melegakan. Akhirnya lepas dah adjust sana, adjust sini saya dah dapat tarikh konfem untuk cuti bersalin nanti. Legaaaa sangat. Saya ambil cuti awal 10 hari, tapi dicampur dengan cuti sekolah penggal pertama bulan 3 nanti, jadi dapat cuti 19 hari awal dari tarikh due.. Jumlah cuti bersalin yang saya dapat 68hari.. Tapi bersambung pula dengan cuti penggal bulan 6 yang 2 minggu tu. Jumlahnya dah sama macam 90 hari juga..... Syukur alhamdulillah. Sebelum ni, ingatkan cuti hanya sama ada 60 hari atau 90 hari je... Apa-apa pun, dah tak nak fikir semua tu. Harap lepas ni semuanya selamat...

Jadinya... ummi akan mula bercuti 10 Mac ini sampai la 10 Jun nanti... =) Boleh la ummi berehat dan sembuh sepenuhnya. Dan yang paling penting papa ada masa nak bersama dengan baby ni nanti. Bila dah buka sekolah, berjauhanlah lagi papa dengan ummi n baby.

Oh ya, semalam pergi check up di KK Rompin.. Baby dah 33w 5d. Cukup 36weeks nanti doc akan scan. Semalam check up dengan nurse je. Berat ummi pun naik, tapi sikit je, x banyak. Kaki, muka still sembab. Kembang sangat2 dah ni rasanya....


Tu dia... ini antara gambar terbaru. 32 weeks. ramai sangat kawan-kawan yang kata muka saya berubah, dah lain sangat. Saya sendiri pun perasan. Muka agak pucat... dan pastinya.. berganda2 kembang.. Hiiii.












Monday, February 13, 2012

update: Cuti CNY~

## Sory... rupanya entri ni duk tersimpan dalam pending post. =) Sekarang ni nak tulis blog pun kena pandai curi masa....

Seronok betul menghabiskan cuti sekolah yang seminggu ni. Betul2 rasa dekat dengan hubby. Dapat la juga habiskan masa berdua. Situ sini, berdua. Hehe. Awal2 cuti kami balik kampung. Kebetulan Cuti CNY ni meriah betul. Semua adik beradik belah keluarga saya dapat berkumpul. Macam hari raya dah. Cuti sekolah yang sebulan lepas pun rasanya tak meriah macam ni. Belah keluarga hubby pun sama. 

Solat hajat & kenduri doa selamat

Alhamdulillah, perancangan balik kampong termasuk dengan agenda yang ini. Mak mentua dah bagitau nak buat sedikit kenduri doa selamat & solat hajat supaya saya dan baby dalam perut ni sihat, selamat semasa bersalin nanti. Insyaallah. Majlis ringkas aje, selepas solat isyak. 


 Kelapa muda yang diambil segar dari pokok oleh hubby. Buah kelapa mawar ni ada kat belakang umah kat kampung. Pokok tunggal ni, patut la ayahanda sayang benor.

 Bertuah dapat hubby macam my dear ni.. segala keinginan diturutkan saja... Rajin pulak tu! Hehe. Sebut aje nak makan apa.. mesti dapat. Untuk ummi & baby...


Shopping barang baby 

Sejak dua menjak ni (yeke?) saya dah rasa amalan shopping ni boleh jadi terapi buat saya. Asyik nak shopping je rasa. Sekarang ni pastinya duit banyak dihabiskan untuk shopping barang baby lah. Member ada kata, nanti bila ko dah ada anak, bila shopping je, mesti pikir nak shopping barang baby je, sampaikan barang sendiri pun tak kisah sangat dah. Betul ke? Bila bab shopping ni , berjalan dan berdiri lama sampai lenguh kaki pun boleh tak rasa. Haha. Sampaikan kadang hubby yang surrender dulu. Boleh tanya lagi tu. “tak lenguh ke..?” . Hehe. Memang la rasa lenguh, tambah2 kaki saya cepat sembab sekarang ni. Tapi rasanya mummy 2 be yang lain boleh faham. Keinginan tu boleh mengatasi segala2nya. Kan? Tambah2 bila tengok barang baby yang macam2.. boleh rambang mata, semua comel2. Last2 bila balik rumah, hubby lah yang jadi mangsa kena picit kaki saya. Haha! Mujur dapat hubby yang memahami... =)


Setakat ni, kami dah selesai sediakan kelengkapan baby dalam 90%. Yang lain2 dah ada, cumanya yang belum beli: botol susu & breastpump!  Yang ini selalu tak jadi lagi nak beli. Tak tahu yang mana satu elok. Banyak je brand, tapi entah la. Sempat lagi kot cari sebelum baby keluar ni.. Bercadang nak fully breastfeeding. Mulai sekarang dah kena set dalam kepala insyaAllah air susu ni banyak. (ini petua senior kat sekolah saya). Katanya banyak, tak banyak air susu kita nanti juga dipengaruhi emosi  dan mind set kita. So, masa tengah mengandung ni pun dah kena anggap kita mampu nak breastfeed nanti.


Baju & segala barang baby dah siap dibasuh dan dilipat dalam beg

Cuti beberapa hari di rumah kami, saya sempat basuh semua baju2 baby, lampin, selimut dll lah. Tahu tak, rasa bahagia sangat bila tengok baju2nya berjemuran. Lagi bahagia masa tengah basuh. Rasa macam baby dah ada dengan kita dah. Masa tengah lipat pun sama...... bukan saya sorang je, hubby pun macam tu. Bila ke belakang rumah, ralit je duk perhatikan baju2 yang bergayut ni... kelakar pun ada.



Bersambung lagi.....

Wednesday, January 18, 2012

updated: setelah sebulan lebih bercuti....


Salam semua.. 
Terima kasih sangat pada rakan blogger yang sudi komen last entri saya. Entri dah lama, (hari akhir sekolah sesi 2011). Sepanjang cuti sekolah pulak, saya langsung tak dapat nak on9, tak dapat nak update blog. Sebab saya dah pun terminated broadband. Jadi, bercuti sakan lah saya selama sebulan lebih cuti sekolah. Puas sungguh berehat. =)

Update tentang being pregnancy (sebulan lepas);

1.    * Saya sambung buat check up di klinik kat hometown masa cuti sekolah hari tu. First appoiment dekat klinik sana, dah kena minum air gula. Klinik Rompin yang arahkan saya minum air gula kali kedua since berat badan yang sentiasa bersemangat bertambah! Hehe. Saya pun dengan redha terpaksa la minum. Kembang tekak! Beza air gula yang kali ke2 ni warna oren. Tapi lebih pekat. Resultnya? Alhamdulillah.... result ok. Dan paras gula masih normal. Fuhh! 2x dah minum air gula tu. Mengeriiikan. 

2.    * Shopping barang baby dah setel dalam 50%. Saya ke Kota Bharu. Ada baby centre Twin Baby dan Manjaku yang baru bukak. 50%  lagi tu saya akan setelkan dalam cuti tahun baru cina ni. InsyaAllah. Sambung shopping di Kuantan pulak. Saya cuti seminggu. =) Harap dapat setelkan semuanya. Lepas ni dah boleh slow2 ready bag dalam bonet kereta kan. 

3.    * Scan 4d. Masa kat kampung hari tu pergi specialist ibu mengandung. Semangat ummi n papa nak tengok baby tapi baby nak buat suprise. Doktor kata tak dapat nak buat 4d masa tu sebab kedudukan baby tak sesuai. Baby pandang ke bawah. Tapi Alhamdulillah, masa tu baby tak malu tunjuk jantina. Baby boy!  Hehe. Senyum aje papa......... Setakat ni dah 2x cubaan buat 4d. First masa 24 weeks tapi tak berjaya. Second masa 29 weeks pun tak berjaya.. Sekarang: tunggu ajelah baby keluar nanti.. =)



DAN ini.. kisah terbaru saya, beberapa hari lepas. 
Kisah buah duku dan MC

Yang ini cerita kelmarin. Nak pergi sekolah pagi tu saya siap awal. Sambil tunggu-tunggu pukul 7 baru nak turun rumah saya makan la 2 biji duku yang duk atas meja. Serius masa makan tu tak ingat apa-apa pun. Lepas tu, sampai sekolah ada perhimpunan rasmi setiap Isnin kan. Tengah orang berdiri nyanyi lagu Negeri dan lagu Negaraku, saya rasa dah tak boleh bangun. Saya duduk je. Masa tu rasa pelik. Muka habis berpeluh2 dan rasa menyucuk2 kat dada. Rasa  juga loya nak muntah. Saya ke tandas belakang dewan dan muntah. Berpeluh macam mandi! Cuak dah. Kawan suruh berehat dan sarapan dulu tapi masuk kantin rasa pulak loya bau tumis makanan. Saya tak makan pun! Rasa tak larat sangat dek menyucuk2 tu, saya pergi baring kat bilik kerani sekolah. Pasang kipas dan masa tu rasa pulak memulas2 perut. Berpeluh lagi. Masa tu memang cuak. Dalam hati “nak beranak dah ke aku ni?” Serius saya risau sangat. Baby dalam perut ni pulak masa tu duk aktif menendang. Dalam hati doa je harap takde apa2. Saya sempat terlelap beberapa minit.

Bila bangun. Akak kerani duk pesan sambil beri nasihat la... Lain kali jangan duk berani makan buah duku, langsat tu. Sebab buah tu ‘sejuk’. Kalau berpantang, lagi la bisa duku tu. Tambah pulak saya makan tu masa perut tengah kosong. Huhu. Sedih plak dengan diri sendiri masa tu. Serius risau! 

So, pengetua bagi izin MC hari tu. Pergi klinik dengan drive sendiri!  Terpaksa kuat semangat. Doktor Cuma bagi ubat gastrik yang cair tu. Saya makan sekali je. Malas la nak makan since tengah pregnant kan. Cumanya kejadian tu sebab silap saya sendiri. Lain kali mesti ingat. Jangan pandai2 nak makan apa2 sebelum minum susu awal pagi. Hehe. 



OK. tak dapat nak update banyak-banyak. Gambar pun tak dapat nak transfer lagi. Sedihnya!
Jaga diri buat mummy to be diluar sana ye.. =) Nanti kita sambung cerita lagi.


Friday, November 18, 2011

Cuti sekolah.... yahuu!


Salam semua.... apa khabar?
Lama betul tak update blog kan.. tapi hari ni sempena hari terakhir persekolahan, terasa ada aura pulak nak update blog. =) Mood hari ni kat sekolah memang penuh berbunga. Ummi & baby akan bercuti sebulan lebih. Seronoknya! Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Dari mula kahwin 3 Jun hari tu tak berkesempatan lagi nak cuti lama2. Melainkan cuti raya (itupun seminggu). Honeymoon pun belum rupanya kan.. InsyaAllah cuti ni cuba plan mahu jalan-jalan.

Semalam saya pergi klinik. Check up setiap 2 minggu sekarang ni sebab doc mahu observe berat saya! Huu. Setakat ni berat memang cepat naik. Semalam naik 1.7kg dlm 2 minggu. Tapi alhamdulillah, setakat ni bila doc scan, baby ok. Cuma berat banyak naik tu mungkin lemak menempel kat badan saya. =)


 Alhamdulillah, baby dah 21 weeks 2day ( 5 months, 1 week, 2 day)
Suka sangat tengok perut semakin membesar.. 


 Singgah klinik lepas balik sekolah. Lama juga kena tunggu turn.  huhu. Dah la sorang2..

KKIA Rompin. Cuti ni sambung check up di kampung, =)


Tak sabar betul nak tahu gender baby. Saya dah siap mimpi2 dah. Minggu ni je dah 3 malam mimpi. itula.. instint saya rasa baby ni lelaki. tapi ramai orang kata tengok bentuk perut saya ni, baby perempuan. Hii. Lagi 4 bulan akan terbukti yang mana satu betul. =) Next: tunggu nak scan 4d la.

Emmm.. tentang pertukaran. Dukacita dimaklumkan permohonan tak berjaya. Tak dapat la nak tinggal sebumbung lagi dengan hubby. Sian saya... tahun depan ni kena kuat la nak kena berdikari dengan baby....

Oklah...  selamat bercuti buat semua yang bakal bercuti. Cuti ni rasa nak kosongkan betul2 fikiran... Mahu rehat sepuasnya.....


Wednesday, October 12, 2011

Pengalaman: 4months already~


Kali ni buat entri tentang baby lah. Minggu ni genap 4 bulan bayi yang berada dalam rahimku. Alhamdulillah, semuanya selamat dan harapnya sampai dilahirkan. Cepat aje kan masa berlalu. umur baby ni pun tak jauh dari usia ikatan perkahwinan kami. Beberapa minggu je lepas nikah, alhamdulillah kami diberi rezeki dan anugerah yang sangat bernilai ni.

Sebetulnya, kami sangat mengalu2kan zuriat kecil ini sebagai penyeri perhubungan kami. =)

Result pertama ( seminggu sebelum date sepatutnya period)

Saya ada member yang kerja di klinik kesihatan Rompin ni. yus! =) Nak dijadikan cerita, masa tu saje je la pergi teman yus ke makmal. Then dia gurau dengan saya, suruh test urin mana tahu kot2 dah pregnen. masa tu saya segan lagi. Tapi Yus bagi juga suruh saya buat kat rumah. Sebenarnya malu masa tu sebab takut result kononnya mengecewakan. Hehe. Sibuk la saya duk tanya, boleh ke nak cek sedangkan belum lagi date sepatutnya period. Seminggu lagi waktu tu. Yela, kurang2nya orang lain test pregnen kalau period lambat kan. Saya ni lain pulak kes! =) teruja punya pasal. 
Balik aje ke rumah, cepat2 saya masuk bilik air test. Masa tu sorang2 je. Dan minggu tu juga tak jumpa hubby. Bila tengok result saya keliru. Yus kata kalau naik 1 jalur, means  tak pregnen lah. kalau naik 2 jalur baru pregnen. result saya ni pulak, line kedua tu naik, tapi kabur je. Kalut dah masa tu, tapi sebenarnya dah menitis air mata. Hati kuat kata dah ada! Sibuk la google cari pengalaman orang lain. Dan jawapanya... itu dah tanda positif cuma line tu kabur sebab masih awal. Kena tunggu result kedua.

Cuba tengok. Line pertama tu jelas je. Line kedua tu kabur.

Result kedua ( seminggu kemudian)

Kali ini saya bersama hubby. Awal2 subuh kami test, sebab tu urin pertama kan? orang kata lebih tepat buat awal2 subuh. Kali ni alhamdulillah, betul2 naik jelas 2 line. Syukur... Hubby menadah tangan masa tu, pagi2 tu jugaklah dia call ma, bgtau bakal dapat cucu. Sangat teruja. First experience kan, mana tak teruja. =)

 Nampak tak 2 line tu? =)
7 weeks

Saya ke klinik untuk buat buku rekod mengandung warna pink tu. kebetulan roomate saya yang kahwin tarikh sama juga hari tu, pun pregnen bersama! jadi... ada la kawan ke klinik sama2... =) Kali pertama jumpa nurse ni makan masa juga la. Penuhkan maklumat dalam buku, ambil darah, test urin, dan pemeriksaan tubuh ibu. 


11 weeks

Saya teruskan rutin. Setiap sebulan ke klinik untuk check up. Setakat ini, tiada masalah. Cuma berat badan aje... Huhu. Sebulan boleh naik sampai 3 kg! Terkejutnya..... Tapi selera betul saya makan sekarang ni.  Hb ok. Dari first check up 11.9 turun 11.5. Then dah naik jadi 12. =) Susah jaga nak jaga HB tu. Ubat tak boleh skip. Banyakkan makan buah-buahan. Kerang pun bagus. Check up masa 11 weeks hari tu, bila berat badan naik banyak macam tu, nurse suruh minum air gula. Hoho.  Risau kan takut ada kencing manis. Mengerikan betul. Segelas air gula tu kembang tekak untuk dihabiskan. Tapi terpaksa jugak. Puasa 2 jam, ambil darah. Result, Alhamdulillah. Takde kencing manis tu.


 Segelas penuh air gula ni makan masa 10 minit kot untuk dihabiskan. Huuu. Err, kalau la boleh letak warna sirap ke...

12 weeks masa ni. Tak nampak sangat lagi kan perut? =) Tapi sebenarnya dah pun buncit.

16 weeks

Minggu lepas balik Kemaman. Hubby bawak saya ke klinik untuk scan baby. Masa  10 weeks hari tu dah scan di klinik kesihatan tapi tak nampak sangat lagi baby masa tu. Jadi, ini kali pertamalah kami tengok baby. Bila doc scan, teruja betul hubby bila tengok baby dah boleh bergerak. Aktif pulak tu. Hubby siap duk “ Eh.. eh!” Hairan agaknya bila tengok dah bergerak macam tu. Hehe. Saya pun sebenarnya, macam tak percaya baby dah boleh gerak sebegitu since realnya tak dapat rasa lagi baby menendang. =) Doc kata Dari 3 bulan lagi baby dah boleh bergerak. Terharu sangat, rasa nak menitis air mata. Part yang paling best bila baby gerak2kan tangan dan dia masukkan jari dalam mulut. Huhu. Nakal la.. Hubby sampai masuk kereta pun senyum sampai telinga. Kejap2 buka buku pink tu nak tengok baby. =) Alhamdulillah, baby sihat. Tak sabar nak tunggu rasa baby menendang di perut.

Alahan? 
Saya ingatkan lepas je raya hari tu saya dah bebas alahan. Rupanya still ada sampai sekarang, cuma tengok masa dan keadaan la. Kalau dulu memang kembang tekak bila tengok makanan, tapi sekarang ini boleh je makan, tapi lepas makan, muntah. Minuman pun nak kena jaga. Selalu pergi kantin sekolah teringin sangat nak minum teh tarik, teh ais.. tapi tak boleh. kalau minum lepas tu rasa lain macam. Nescafe pun sama, selain tak elok untuk baby, tak boleh juga minum sebab jadi mudah sakit kepala. Minum susu pun kadang2 keluar balik. huhu. susahnya.... milo je yang boleh. Itupun kadang2 muak juga rasa. Hubby selalu pesan suruh kunyah makanan lama2 sikit, bagi hancur betul2 sebelum  telan. Agaknya ada kesan untuk baby kot.


Apapun, bila berjauhan dengan hubby ni. Terpaksa ummi dan baby berdikari. Baby harus kuat! Bila hubby hantar saya balik kesini, selalu dia pegang perut dan pesan pd baby supaya jgn nakal2, jangan buat ummi sakit, duduk baik2 je dalam perut. =) yela..... ummi pun kena kuat!