Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 26, 2010

impian buku tetamu

GUESTBOOK @ BUKU TETAMU?
Sama sahaja. cuma berbeza dari segi bahasa. :) Tapi lebih manis kiranya menggunakan bahasa Melayu sendiri bukan?

Sebelum ini, saya memang tak pernah terfikir untuk adakan satu buku tetamu. Pertama kali dengar pun masih tak jelas tujuan buku ini untuk majlis kahwin. Dalam fikiran saya, yang terbayang mungkin senarai nama tetamu atau sebagainya. OK, sedar diri sangat naif. Itu sekadar berkongsi pengalaman pertama kali dengar. Mungkin masih ada lagi bakal2 pengantin yang masih tidak mempraktikkan buku ini untuk majlis perkahwinan. Mungkin juga ada yang tak tahu kewujudan buku tetamu ini. OK, saya cuba kongsikan tentang ini serba sedikit berdasarkan pembacaan dari blog2 bakal pengantin mahupun mantan pengantin. Bila tahu adanya idea yang sangat bagus ini, barulah terfikir..... betapa bagusnya! Mengapa tidak dicuba?


* OK. Apa sebenarnya buku tetamu ini?
Pada pendapat saya, buku tetamu ini dalam bahasa mudahnya ialah 'autograph' la. Tetamu-tetamu yang hadir di majlis perkahwinan boleh mencoretkan sepatah dua kata buat pengantin dalam bentuk tulisan. Tidak kira rakan-rakan, saudara mara, malah siapa saja. Dah dapat sedikit bayangan?


 * Apa sebenarnya tujuan buku tetamu ini? Perlukah?
Secara peribadi, saya rasa buku tetamu ini sangat bermakna. Coretan kata-kata dan ucapan 'selamat pengantin baru' serta segala macam bentuk ucapan pun dapat diabadikan sampai bila-bila. Selagi kita menyimpannya dengan baik kan. Sebagai pengantin pula, kita akan dapat tahu tetamu2 yang datang melalui ucapan di buku ini. Jadi, pengantin boleh tahu mana2 tetamu yang mungkin tak sempat jumpa pun. Tapi, saya harap semua tetamu yang datang pada majlis saya itu memang akan jumpa saya lah kan. :)
 


* Macam mana nak buat?
 Setahu saya, rasanya buku tetamu ini ada dijual. Tapi, lebih manis jika dibuat sendiri dari air tangan bakal pengantin sendiri. Kan lebih bermakna. Saya dah jumpa macam2 bentuk buku tetamu. Semuanya terpulang kepada citarasa dan keperluan masing-masing untuk mendekorasikannya. Oh, ada juga yang dalam bentuk kad. Rasanya dalam bentuk buku lebih senang untuk disimpan dan tahan lebih lama. Buku tetamu ini kan untuk simpanan pada masa akan datang. Ibarat hadiah perkahwinan. :)



* DIY?
Seharusnya!

Jadi, sekarang ini masih sedang fikir bentuk buku tetamu yang hendak saya hasilkan. Pengisian boleh dipelbagaikan. Contohnya selitkan pantun, ayat2 yang pernah diguna masa bercinta dulu, petikan ayat dari kad2 yang pernah diterima dsbnya lah. Boleh juga selitkan gambar-gambar indah. Yang menceritakan segala kisah saya dan dia. Harap dipermudahkan dan diberi idea melimpah ruah untuk hasilkan DIY buku tetamu ini.


Sumber: gambar adalah dari google.

Lulus sayang?


Sunday, October 24, 2010

sebelum pergi lebih jauh


Salam semua.

Tajuk entri mungkin sedikit membantu. Ok, sebenarnya sebelum pergi lebih jauh, saya cuba ceritakan tujuan saya wujudkan blog ini. Saya sudah ada satu blog peribadi. Namun, atas menghormati dan menjaga hati dan nama baik sesetengah individu, saya cuba untuk tidak mencampurkan cerita terperinci tentang persiapan kahwin saya disitu. Mungkin saya lebih selesa disini. Saya punya banyak sebab.

Saya wujudkan MCH ini khusus untuk tatapan saya dan tunang, si F terutamanya. Juga untuk mencari teman2 bakal2 pengantin untuk berkongsi kisah persiapan kahwin. Juga mantan2 pengantin untuk pengalaman yang terbaik mungkin. Saya menulis, dan dialah juga pembaca setia yang akan membaca segala persiapan ini. Mungkin ada banyak benda yang terhad untuk dibicarakan. Saya tulis disini, saya cuba huraikan disini, supaya dia tahu segala2nya tentang majlis itu nanti. Perempuan kan. Dah namanya teliti. Itu ini.Hubungan jarak jauh jugalah kadang membataskan. Baguslah kan. Dah nama pun kami belum punya ikatan halal lagi... kami sedang mencari cinta yang halal......

MCH ini ibarat satu diari bagi saya dan dia. Semoga ia jadi saksi kisah kami. Juga sebagai kenangan untuk masa2 akan datang. Saya memang suka menulis. Menulis sekadar mungkin dengan gaya penulisan biasa2 sahaja. Mudah difahami itu penting. Supaya sampai maksud. ye Encik tunang?

Sebagai bakal pengantin juga, banyak benda nak kena pikir dan buat. Jadi, tak salah kongsikan apa yang patut disini. kalau diikutkan saya dah tak punya banyak masa. Mungkin beberapa bulan saja lagi sebelum tibanya majlis itu. InsyaAllah. 

Dulu, tak pernah terfikir pun nak wujudkan satu diari kahwin macam ni. Tapi, bila selalu saja singgah di blog2 bakal pengantin yang kongsikan setiap persiapan kahwin mereka. Saya pun terjangkit rasa teruja tu. Jadi, saya suarakan pada F. Dia setuju. Tiada apa sangat yang saya akan tulis (mungkin). Harapnya masih ada ruang untuk menulis begini walaupun dah bekerjaya nanti.

OK. sebagai peringatan. walaupun saya punya MCH ini, saya hanya orang kampung yang sangat biasa sahaja. Blog saya tak se gah blog2 pengantin lain. kalau2 ada silent reader pun harapnya semuanya baik2 belaka. (Risau juga kan bila ada je B2B yang menghadapi macam2 masalah disebalik penulisan persiapan mereka). InsyaAllah, niat baik akan diperkenankan oleh Dia. 

=)


Friday, October 22, 2010

Penjagaan diri: Pengantin dan Premium Beautiful

Persiapan diri untuk jadi pengantin paling penting bukan?  Fizikal dan mental. Dalaman dan luaran malah yang zahir dan batin. Jadi pengantin haruslah cantik berseri. Raja sehari kan bakal menjadi tumpuan. 

Ok, sebagai permulaan beberapa bulan lepas dah berjaya memiliki satu set penuh Premium Beautiful. Siapa2 yang sudah sedia maklum dengan corset keluaran Hai-O ni memang tak payah bercerita panjang dah. Yang memang pengguna tetap pasti tahu setiap kebaikan disebalik pemakaian corset ini. Yang belum tahu boleh cuba risik dengan orang yang dah pakai. Mana tahu berminat untuk cuba kan.

Mujur saya ringan mulut bertanya pada seorang kawan pada majlis perkahwinannya. Saya dapat kenal seorang akak yang boleh dapatkan saya corset itu dengan harga berpatutan. Dulu, macam berangan aje nak dapatkan PB, harga satu set RM2k ++. Tapi, alhamdulillah, urusan dipermudahkan Dia dan mungkin memang rezeki saya boleh merasa nak pakai Premium Beautiful. Baru saja ambil Julai 2010 baru-baru ini. Dah lepas bertunang pun. Tapi, masih ada masa beberapa bulan sebelum kahwin kan. 

Jadi.. setakat ini cuma harus konsisten untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

InsyaAllah. Cantik, Sihat & Anggun. Yang penting niat untuk suami. ye dak? :) Kalau ada masa nanti saya  cuba kongsikan perubahan disebalik pemakaian corset terbaik ini. (Banyak benda yang hendak diceritakan..)

Misi baju nikah

2 pilihan yang saya tengah saya pertimbangkan ialah putih suci, yang dari atas sampai bawah semuanya putih bersih. Satu lagi putih juga, cuma ada calit2 merah jambu. Bukan pada kain, tapi mungkin hanya pada manik2nya sahaja. Sebelum ni, memang terfikir nak buat putih aje. Tapi, bila ternampak dan terjumpa pengantin yang pakai warna putih pink rasa macam minat pula. Bukan apa, rasa macam menyinggah di hati. F rasanya ikut sahaja apa yang saya nak. Kami bincang2 juga. Saya ni, dengan semangat buat survey macam nak buat assigment, kemudian tunjuk pada dia sama ada di approve atau tidak. :) 

Dulu, saya bukanlah pengguna google yang sejati. TAPI, sejak dari membuat persiapan tunang dulu, saya rasa rasa fanatik google. Ok, buat bakal2 pengantin juga. Gunalah apa sahaja medium kerana segalanya terletak di hujung jari anda. Setakat ni saya masih belum memiliki apa2 naskhah bercetak tentang pengantin. Harus minta F untuk sponsor ni. :) Banyak majalah2 di luar sana kan. Yang ini, kemudian cuba!

OK, untuk baju akad nikah. Saya nak kongsikan baju yang saya idamkan. Masih ada masa lagi untuk buat pilihan. 

* Putih pink
(campuran warna pink itu hanya minoriti saja, tidak terlalu menyerlah, sekadar menaikkan seri pada warna putih. Cuba tengok gambar2 di bawah ni, lembut saja warnanya.. Saya kira warna pink itu di manik sahaja. Bukan pada kain. Lebihkan penggunaan warna putih. Tentu seri tak hilang!)


Veil pink. Pengantin lelaki sampinnya warna pink pudar macam ni.
Ada sulaman pada bahagian leher dan lengan baju melayu lelaki.


 Sumber: honeyalfaizi

tudung putih, dijahit manik warna pink. :)  




* Putih suci
(OK, saya namakan putih suci sebab dari atas sampai bawah semuanya putih. Bersih aje kan? Ramai pengantin yang pilih warna ni sebab dari temurun lagi kan, biasanya warna putih suci inilah menjadi pilihan hati. Untuk outdoor pun, saya rasa jarang yang pakai warna ni. Sekali sekala, apa salahnya buat dari yang lain)





Sumber: google
Untuk pengantin lelaki macam biasalah songkok dan sampin warna hitam? Kalau tukar warna lain boleh tak? :) Nampak sangat saya bias kan. Banyak letak baju putih pink. 




Cantiknyaaa!



warna baju nikah

Salam

Saya mulakan entri ini dan berikutnya tentang persiapan kahwin. Walaupun tarikh majlis itu belum disahkan oleh kedua2 belah pihak besar kami, sebenarnya tarikh yang dirancang2 oleh saya dan F sudah ada. Angkat tangan, kira pakai jari baru sedar rupanya saya pun tak punya banyak masa untuk majlis itu nanti. Tarikh sah belum ditetapkan disebabkan beberapa perkara. 

Perempuan tentu paling sibuk kan kalau fikir bab-bab urusan majlis kahwin ni. Pihak lelaki biasanya tukang sahkan proposal yang disediakan oleh si perempuan je kan? Hal-hal remeh pun perempuan sanggup fikir sampai pening2 kepala. Itu yang saya kagum dengan sifat perempuan sebenarnya. OK, melencong dari tajuk.

Dari banyak2 benda yang perlu difikir. Sekarang ni saya tengah buat pilihan untuk tema baju akad nikah nanti. Dulu2 masa F cadangkan tema putih suci untuk tunang, saya tolak. Alasan saya putih itu lagi sesuai untuk akad nikah. Tapi, tak kurang juga trend sekarang ni yang tak memilih warna putih suci ni untuk akad nikah. Apapun, itu semua terpulang pada citarasa masing-masing. Yang penting kita suka dan selesa dengan warna tersebut. Cita rasa orang ni berbeza-beza. Tapi, tak salah sekadar minta pendapat. Sekarang saya ada dua pilihan. Untuk masa terdekat ni saya masih tengok2, jenguk dan intai pendapat bakal2 atau mantan pengantin tentang hal ini.

Macam dua-dua saya berkenan.

Tuesday, October 19, 2010

ikatan dua hati


Majlis pertunangan bertemakan putih ungu. 
7 dulang dari pihak saya berbalas 5 pada mulanya. Tapi, belah F bawa juga 7 dulang pada hari majlis itu. Sebelum buat persiapan dulang hantaran ini, saya ada buat sedikit budjet. Cuba juga cari dan intai bentuk2 yang menarik dan berkenan di hati.. akhirnya saya pilih bentuk sangkar seperti di bawah ini. Tapak polisterin saya balut dengan kertas warna (lupa nama spesifiknya) dan balut pula dengan kain lace (material organza).                                                                                                                                                                   

Dari pihak perempuan;
- Cincin
- Al-quran & sejadah
- Kain baju melayu
- Kek
- Cookies
- Buah
- Pulut kuning






Majlis pertunangan yang sederhana

Rahsia Allah tak siapa tahu.

Akhirnya, pada tarikh 11/06/2010 kami diikat dalam satu majlis cukup sederhana tapi penuh dengan kasih sayang. Majlis merisik sebenarnya dua bulan sebelum itu. F datang membawa rombongan dari pihaknya untuk merisik. Setelah berbincang dan mengikut persetujuan dan syarat ayahanda, keluarga memilih untuk adakan majlis itu pada tarikh tersebut. Ayahanda memang mahu saya betul2 habiskan waktu belajar saya sebelum diikat cincin. Keluarga belah F pun setuju dan tiada masalah. Kalau ikutkan F, dia mahu adakan majlis tunang sebelum saya tamat belajar tu, tapi untuk menghormati permintaan ayahanda, kami tangguhkan dulu.

Setelah tetapkan tarikh, persiapan saya buat sedikit2 semasa latihan mengajar dari awal tahun hari tu. Memandangkan saya masih belajar, segala persiapan tu ditanggung oleh F. Terima kasih sayang! Cuma untuk kenduri ditanggung ayahanda. Majlis cukup biasa, tapi nampak agak meriah kerana kehadiran orang2 tersayang. kebetulan tarikh itu musim cuti sekolah, jadi adik beradik yang lain pun ada balik kampung masa tu. 


Saya pilih warna tema ungu putih. Mulanya F cadangkan warna putih. Saya suka tapi saya nak simpan warna itu untuk akad nikah nanti. Saya DIY persiapan untuk majlis pertunangan itu. Saya suka. Sebab dari hal mencari barang2 gubahan untuk buat hantaran, saya buat sendiri. Sehinggalah tempahan untuk baju tunang. Cuma dibantu dan ditemani beberapa sahabat tersayang saya. terima kasih kalian. Saya intai2 gubahan dari google dan cuba buat mengikut apa yang saya suka dan selesa. Masa tu memang rasa tangan ini lembut semacam.  

Monday, October 11, 2010

tujuh

Setelah hampir tujuh tahun kami saling kenal dan menyulam sebuah ikatan, akhirnya pada satu tarikh bermakna jari manis saya tersarung cincin. Kami diraikan dalam satu majlis pertunangan yang sederhana. Tapi cukup meriah pada saya dengan kehadiran orang2 tersayang. Cukup sempurna majlis itu pada saya. Entri berikutnya nanti saya kongsikan tentang itu ya. Mencari Cinta Halal ini saya wujudkan sebenarnya untuk jadi saksi perjalanan hidup kami sebelum diijabkabulkan nanti. Tapi, saya cuba juga selitkan beberapa permintaan tunang saya, F untuk ceritakan jatuh bangun, sakit gembira perhubungan kami. Saya cuba tapis ya? Bukan apa, saya mahu jaga hati semua orang kalau boleh. Walau belum mampu saya buat. lagipun, MCH hanya untuk coretan2 bahagia kami. Bukan untuk coretan kisah duka yang lepas.

Tujuh tahun bukan satu angka yang hanya boleh setakat difahami dengan angka tujuh itu pada saya. Banyak yang kami harungi. Terlalu banyak kami diduga untuk menjaga dan memanjangkan satu hubungan ini. Hanya Tuhan yang mampu tahu segalanya. Ttidak seorang pun yang tahu semuanya, mungkin!. kalaupun ada yang tahu, mereka takkan mampu selami 'makna' disebalik setiap perkara yang kami diduga. 

Iya, terlalu banyak.....
Banyak 'sakit'.
Banyak juga bahagia.
Banyak juga rindu.
Malah seringkali bersulamkan benci!
Sayang tapi keliru.

Terlalu banyak diuji oleh Dia. soal hati dan perasaan yang seringkali keliru. Agaknya kalau saya bukukan satu novel yang mengisahkan segalanya, pasti meletup! :) Tapi, kisahnya mungkin sudah hampiri penghujungnya. Sudah melebihi klimaks. Namun, saya tak pernah salahkan Dia untuk takdir2 kisah sebelum ini. Saya syukur. sekurang2nya semua itu untuk kami lebih matang untuk satu ikatan halal pada masa akan datang. InsyaAllah.

Kamu dapat faham?
Kamu dapat selami disebalik tulisan saya di atas?
Baiklah, simpan dalam hati!
Fikir sedalam2nya..



Mencari dia...


Salam pembuka bicara...

Alhamdulillah, bermula tarikh 11.10.10 saya rasmikan Mencari Cinta Halal. Sudah lama sebenarnya saya simpan angan untuk wujudkan satu diari seumpama ini. Namun, saya baru saja punya masa yang sesuai setelah beberepa ketika kumpul bahan dan konsep yang saya cuba untuk tampilkan. Akhirnya, saya cuba...

Kenapa Mencari Cinta Halal? 
Diari ini saya khususkan untuk mencoretkan segala bakal persiapan untuk hari bahagia kami nanti.Saya ciptakan juga Mencari Cinta Halal ini khusus buat tatapan orang tersayang, tunang saya. Moga MCH manjadi saksi persiapan kami sepanjang menjelangnya tarikh itu nanti. Saya hanya orang biasa2 sahaja, yang mengidamkan juga majlis yang sederhana tapi sangat meriah dan mesra. Paling penting bermakna buat semua pihak. InsyaAllah.