Cuti sekolah seminggu lepas saya berusaha juga selesaikan yang termampu. Termasuklah mencari dan beli terus kain baju kurung untuk setiap puteri-puteri keluarga saya. Sebenarnya memang pernah menyimpan angan-angan mahu hadiahkan baju untuk keluarga tapi ingatkan macam tak mampu nak laksanakan. Tapi, lastnya saya buat keputusan jugak, mahu hadiahkan kain ini. Berfikir bukan sebab apa, memikirkan bilangan ahli keluarga yang agak ramai! =) Budjet kan. Tapi takpelah, memandangkan sekali sekala.
10 orang adik beradik, 8 orang ipar & 28 orang anak saudara. kesemuanya bila dah diasingkan 19 puteri dan 27 putera. Itu belum termasuk baju untuk bonda dan ayahanda (yang tu mesti lebih special). DAN setakat ini saya dah selesaikan baju untuk kesemua puteri-puteri. Tinggal nak cari dan tempah baju untuk putera pulak. Mungkin t-shirt.
Saya dah asingkan untuk bahagian keluarga masing-masing. Senang untuk diagihkan. Baju sudah disponsor, tinggal upah untuk dijahit bawah tanggungan masing-masing.
Ada juga terselit warna oren!
No comments:
Post a Comment