Saturday, June 25, 2011

Review ringkas: majlis 4 JUN


Sedang menyusun ayat untuk review tentang majlis kami. =)


Alhamdulillah, keesokan hari kami akad nikah ialah hari majlis. Tak suka nak istilahkan hari itu hari persandingan. Hari bahagia 4 JUN boleh la kan. Semuanya berjalan lancar. Walaupun pada tarikh ini, agak ramai juga pasangan-pasangan lain melangsungkan perkahwinan mereka, tapi alhamdulillah tetamu tetap juga ramai yang datang. Niat ayahanda dan bonda untuk kenduri arwah terlaksana juga. 


Kami memilih tema Oren Hitam. Tetapi secara keseluruhannya menjadi Oren, Hitam & Putih la. Ada, tapi masih jarang saya rasa gabungan warna ini menjadi pilihan pasangan lain. Tapi, pernah saya ceritakan dulu, dengan keputusan nak memilih warna tema ini jadi masalah juga pada kami pada awalnya. Haha. Tapi akhirnya, tak sia-sia sebab saya sangat suka dengan hasilnya. Terima kasih juga yang kata cantik!



Rombongan sebelah F sampai selepas Zohor, lebih kurang jam 3 petang. Saya sendiri pun bersiap dan di'makeup'kan selepas zohor. Ramai kawan-kawan yang datang waktu saya disolek, dan hanya sempat bertegur sahaja. Itupun dah beberapa kali ditegur oleh jurumekap. Dia kata sayalah pengantin yang aktif, tak boleh diam. Haha. Saya cuma terkilan kalau tak dapat jumpa tetamu dan kawan-kawan yang datang ke majlis saya. Tapi, apa boleh buat. Cuma, yang datang awal alhamdulillah la. Boleh bersembang.

Tengok sebahagian gambar la ye. Kehabisan kata-kata. =)



Nota: Minggu ini tak jumpa F.............................  =(


9 comments:

Zaty said...

Comelnye...Pandai ckgu plih tema...

Miss Sunshine said...

Cantiklah warna oren... Harap tak telambat nak ucap Selamat Pengantin Baru...
Salam perkenalan..

Jaaja said...

Zaty, tima kasih... =) tiba2 dah suka wane oren sekarang ni. hii

Jaaja said...

miss sunshine, salam perkenalan juga.. tq. belum terlambat lagi..=)

miey anna said...

santeknye.. ^_^

selamat pengntn baru

farah aminuddin said...

uniknya ur wedding theme. suka!

Jaaja said...

Miey anna: tima kasih... =)

Jaaja said...

Farah: =) saya pun suka! mujur warna2 itu tak jadi pelik. hik3

anyss said...

SLAM GUEST BOOK 2 KLU NK TEMPAH KT NE ERK????.... SLLU NYA KT KEDAI2 APE ERK??/