Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2011

bajet DIY goodies bag: jimat berbaloi-baloi


Selepas entri saya berkaitan goodies bag yang dah siap, ramai juga yang bagi feedback. Terima kasih kalian. Ramai yang kata cantik. Dan ada juga yang tanyakan pada saya kos untuk siapkan paper bag tu. Mungkin nampak lebih mahal kosnya berbanding beli dah siap. Mahal mungkin pada reben pasal semuanya saya gunakan reben organza. Rasanya kalau reben satin lebih murah harganya. Tapi takpe, organza lebih cantik sebenarnya. 

Jadi, untuk entri ini saya kongsikan bajet yang telah saya habiskan untuk 500 paper bag yang telah saya hasilkan.

* Brown paper bag 
Satu pack, 100 keping = RM 3.20
Jadi, kos untuk 500 keping = RM 16.00

* Doileys
Satu pack, 100 keping = RM 3.30
Jadi, kos untuk 500 keping = RM 16.50

* Reben Organza pelbagai size
Saya anggarkan dalam RM 60.00. Kalau tak silap 20 gulung. Ada antaranya berbeza harga. Reben saya buat ada beberapa versi: Ada yang 2 lapis, ada yang 1 lapis tapi masih gabungkan 2 warna (oren dan hitam).

* Kertas untuk kad nama
Anggaran RM 10. 
 

Campur kesemua kos ialah RM 102.50. Itu untuk 500 keping dan saya kira, untuk satu dalam 20 sen sahaja. Cuma bandingkan harga kalau beli paper bag yang dah siap? =) Jauh lebih murah. Saya dah bawa balik ke kampung separuh daripadanya. Kakak-kakak saya tanya, macam mana orang nak pegang atau bimbit goodies itu nanti sebab saya tak letak tali. Pada saya terpulang la. Ada tali, tak ada tali bukan soalnya. Pasti orang yang menerima goodies itu nanti akan lebih kreatif dan tahu macam mana harus dipegang. =)


Sekian, harap entri ini dapat membantu bakal2 pengantin lain untuk buat bajet dan mencuba idea ini. =) Idea ini pun saya garapkan daripada mantan-mantan pengantin yang tidak lokek berkongsi idea. 




Monday, May 16, 2011

progress project DIY goodies bag. 70% siap.

Ikut perancangan setakat ini saya dalam proses menyiapkan 500 keping goodies bag untuk tetamu nanti. Terhad sahaja ye. Itu pun dah kira sangat ok. Dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja saya decide mahu buat sendiri. Niat mahu tambah lagi 500, tapi saya rasa masa memang dah tak sempat. Jadi, buat setakat ini aje kot. Tak pasti lah kot2 cuti sekolah nanti ada ramai tenaga kerja yang mahu menyumbang, boleh aje tambah.

Saya rasa penggunaan paper bag ini tak janggal. =) Dalam diri sendiri ada rasa puas hati bila tengok hasil kerja sendiri. Lagipun jika nak dibandingkan dengan konsep paper bag yang diberi tetamu, pasti akan dibuang saja. Cantik mana sekali pun, mahal mana sekali pun, konsepnya ke bakul sampah juga akhirnya. Jarang-jarang saja orang akan simpan paper bag dari kenduri yang dihadiri saya rasa. Jadi, sekurang2, cara ini boleh menjimatkan. Dan yang penting ada sentimental value. 

Semalam saya sangat teruja dan rasa bertuah bila keluarga kawan saya tolong siapkan saki baki goodies bag ini. Saya menetap di rumah mereka buat sementara waktu ni, ada sedikit masalah. Jadinya, semalam dah banyak dapat disiapkan. Cuma, tinggal nak buatkan reben sahaja. Itu proses yang agak rumit, bagi saya. 

Banyak proses dan station. Semalam kami rasa bagai operator kilang pasal bahagikan tugas ikut opsyen masing-masing. dari tugas menampal tq tag tanpa-nama pada doyleys, kemudian ditampal pula pada brown paper bag. Seterusnya, tampal garisan reben di bawah doyley, lagi.... ikatkan reben, dan gamkan reben pada bahagian atas. Siap! 

Mari tengok gambar.


Proses 1 dan 2. Dibuat oleh Sarah dan Mila. Tengok doyleys yang bergelimpangan. =)

 
 Proses 3. Oleh saya sendiri. Tampal reben di bawah doyleys. Yang macam baris melintang itu. 


 Proses 4. Mengikat reben oleh Makcik @ umi Sarah.  Reben saya dah macam-macam versi. Tapi masih kekalkan warna tema. =)

Last station. Kemas kini. =)



DAN...
secara rasminya, saya tunjukkan hasil DIY goodies bag saya. 
.
.
.
.

Ok tak?
Komen sikit. =)

Wednesday, May 11, 2011

wordless wednesday =)






Demam DIY. =)
Mujur saya ada Yus tolong buatkan reben 2 layer ini. 

Tuesday, May 3, 2011

buku tetamu -hard cover-


Buku tetamu kami sudah siap! Saya baru ambil dari kedai semalam, sebelum bertolak datang sini. Teruja sangat pasal cantik dan puas hati. Sudah siap dibinding hard cover. Tulisan di muka depan tu saya tak sangka langsung nak buat besar-besar macam tu. Ingatkan nak buat tulisan kecil macam orang biasa buat di tesis tu. Tapi... masa pergi tempah, kakak tu tanyakan saya sama ada nak buat sama dengan satu contoh muka depan yang memang saya dah buat tu ke tak. Yang saya buat untuk halaman kedua buku tetamu tu lah maksudnya. Sebab rasanya mahal jugak kosnya kalau nak buat tulisan besar-besar kan. Tapi, bila tanya harga... kakak tu kata sama aje harganya buat kecik ke, buat besar ke.. Jadi, saya pun setuju jelah nak buatkan muka depan di halaman kedua tu sebagai muka depan hard cover tu. 

Jadi, bila dah tengok hasilnya... baru saya faham kenapa harganya sama dan kedai tu tak susah nak buat muka depan di hard cover yang ada corak2nya sekali. =)





Harga untuk hard cover ni RM 35. Berbaloi kan harganya? Bila saya kata "cantik" depan F. Laju je dia cakap: "kan betul cantik kertas dalam tu warna krim". Suka lah tu bila idea dia menjadi. =) 


Saya tengah cari idea nak cantikkan lagi buku tetamu ini. Mungkin nak tambah reben yang simple sahaja di depannya. Tengok hasilnya nanti ye... 


Saya harapkan buku ini akan dipenuhi kata-kata dan ucapan bermakna dari semua jemputan, rakan-rakan, cikgu-cikgu dan keluarga terdekat saya. Semoga ia akan menjadi doa dan semangat buat kami menempuh kehidupan berumah tangga nanti. * Buat semua yang bakal hadir, sila sediakan kata-kata bermakna buat saya dan F. Hihi. Harus dikenang sampai bila-bila. Silalah conteng buku ini dengan cantik. =)



Rompin-Besut-Rompin


Salam semua.. beberapa hari tak update.

Saya balik Besut sempena cuti 1 Mei. Peluang jarang2 yang dapat cuti 3 hari. (Haha. 3 hari je pun). Tapi cukup2 bermakna buat saya, yang semakin kencang buat persiapan ni.. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dengan CCS. Yang penting dapat jumpa bonda & ayahanda. Bonda makin sihat dan bersemangat. Alhamdulillah, dah boleh mandi sendiri. =)


* Budak yang seronok dan teruja balik kampung. Dah tak gilakan Rocky. Gilakan Nips pulak. Err.

Ariani ada buat SALE untuk pemegang kad beberapa hari lepas. Dan saya sempat pergi ke Ariani Tanah Merah. Hajatnya nak cari tudung untuk nikah nanti tapi hmmmm... tak jumpa dan saya memang tahu saya ni payah nak jumpa sesuatu yang saya berkenan. 


Beli jugak 2 helai tudung ini. Salah satunya tudung yang jenis twist. Tak tahu kenapa, saya makin suka tudung twist2 itu. walaupun baju idaman untuk tudung tu belum ada, beli juga pasal dah berkenan sangat. Saya nak cari baju plain warna hitam! lepas nak jadi rajin dan gigih jahitkan manik warna pink. Sekarang ni target nak jahit beberapa pasang baju kurung. Nak pakai lepas kahwin nanti..... =) F suka sangat bila saya berbaju kurung. 



Balik kampung, memang tak sah kalau F tak mancing. Saya pernah cerita dalam entri lepas, betapa dia memang kaki pancing. Malam sebelum kami balik ke sini F pergi mancing. Dan pagi tu dia siap goreng kunyit udang ini untuk buat bekal dalam perjalanan kami. Udang tu goreng kunyit dan sungguh la sedap diletak daun limau purut, halia & bawang besar.


Besar sungguh udang ini. Muat2 satu polisterin. F bagi saya makan udang yang paling besar tu. Kesian saya, pasal tak pernah makan udang sebesar tu. Haha. Jakun. Tapi serius, sangat sedap pasal isinya masih segar dan manis. Tambah dia pulak yang masak. =)



Kami singgah makan bekal tadi di Pantai Kemasek ni, di Kemaman. Pantai ini sungguh cantik. dah banyak kali saya lalu pantai ini tapi tak pernah singgah. Tapi kali ni, barulah dapat tengok pantai ni dekat2. kalau boleh outdoor kat sini memang cun lah! 

Dah malam baru sampai Rompin. Penat sangat dan hari ni hari pertama bagi permulaan minggu memang melemahkan di sekolah. Cikgu pun perlukan mood tau! =)