Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 23, 2011

Berbuka puasa


Salam 23 ramadhan. Sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan dah ye. Sekejap aje berlalu. Setiap kali hujung minggu jumpa suami, hari bekerja masing-masing bekerja. Begitulah rutinnya. Dan setakat ni alhamdulillah, masih kekalkan rutin tu. Syukur diberi kesempatan masa, tenaga dan paling penting dari segi kewangan oleh Dia. 

Satu tabiat sekarang ni. Update blog secara pukal. Hihi. Sebenarnya niat nak menulis ada sangat. Tapi selalu kat sekolah pun banyak kerja. Kali ini nak update tentang berbuka puasa bersama hubby lah. Rindunya kat dia. 


# Hotel Seri Malaysia. 
Masa ni kami berbuka berdua aje. Bukan buffet. Sebab hubby dah request nak makan yang saya masak. Hubby jenis simple je. Janji ada yang bakar-bakar, lepas tu budu + ulam. Bertambah2 berselera la jawabnya. Saya pun masa ni masih alahan lagi, tapi cuba juga masak untuk dia. Kesian juga, dah la jarang-jarang dapat masak. Menu masa ni: ikan kerisi goreng, kentang masak pedas, ketupat sotong. Menu beli kerabu perut dan ikan bakar. =) Saya makan sikit je..... sedih sangat masa ni. Perut lapar, tengok makanan pun sedap tapi tak boleh nak makan.



# Chedoq @Rompin
Minggu lepas hubby datang Rompin, dia ajak berbuka kat luar. =) Terus booking hari yang sama, mujur tak penuh lagi masa tu. Kat sini dah siap hidang atas meja. Ingatkan nak makan western pasal saya teringin sangat nak makan chicken chop, tapi fikir ke hubby rasa tak kena pulak kalau berbuka dia tak makan nasi. Kami pilih menu A. Ayam pandan, sotong bakar, ikan tenggiri bakar cicah air asam (besttt sangat), kerabu udang, sayur goreng.


 Comel kan penanda ni. Kiut pulak.



#  Duta Village @Kuantan. (buffet Ramadhan)
Yang ini minggu lepas juga. Kami ke Kuantan untuk shopping raya. Menginap disini dan ambil buffet Ramadhan. RM45 per head tapi dah menginap kat situ dapat potongan RM35 per head. Kira ok la kan, berbanding RM 75 kalau di Swiss Garden. Hehe. Makanan pun ok. Puas hati betul makan hari tu. Hubby lagi suka pasal ada kambing panggang.

Minggu ni best. kebetulan alahan dah kurang, saya dah boleh makan dengan sempurna. Means takdelah bila makan je terus nak muntah. Tu yang boleh pergi buffet ni. kalau tak, rasanya tak aci juga kalau saya tak boleh makan. Hehe.


Mr Azrul Affendy.

 Banyaknya makannn..

 Sebelum dan selepas berbuka puasa dimeriahkan dengan lagu raya. Memang terasalah. =)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar pilihan minggu ini. Hehe. (Hubby jenguk mende lah tu..)

Nak tahu tak, lepas dah kurang alahan barulah saya rasa boleh nak bergambar as normal. Lepas tu dah boleh juga nak bermakeup, pakai perfume. Masa alahan, muntah2 hari tu langsung saya jadi pemalas. Malah masa dengan hubby pun saya pernah keluar tanpa pakai bedak. Dasyat. Sampai hubby tegur, suruh pakai elok sikit. Haha. terus jadi malas. Sekarang dah lain. Dah jadi rajin, dan teringin pulak nak bermakeup. Jangan risau ye sayang. perubahan tu normal aje.... Hehe. Tapi ada satu benda sampai sekarang saya tak boleh bau minyak rambut dia. Kalau dekat2 mesti saya suruh dia basuh rambut. 

Oklah... siap juga entri kali ini... =) Selamat berpuasa dan selamat membuat persiapan buat semua.... 


Friday, August 12, 2011

12 ramadhan



Balik kampung
Minggu lepas balik kampung dengan hubby. Hubby datang dari Kemaman semata2 nak ambil saya balik ke Besut. Dulu saya berani je drive sendiri, terus ke Kemaman. Tapi sejak dah berbadan dua ni, hubby tak bagi saya drive ke sana. Lagipun umur kandungan baru lagi, risau berisiko. TQ hubby. Balik kampung, dapat berbuka dengan menu air tangan bonda saya. Paling best mestilah nasi kerabu dan bubur lambuk. kali ni balik saya langsung tak masuk dapur. Tak memasak pun. Perjalanan balik ke Rompin hubby hantar. 

MC
Minggu ni saya terpaksa MC 2 hari.. Isnin dan Selasa, teruk betul rasanya. Badan rasa lemah dan penat. Tambah lagi bila makan aje mesti nak terkeluar balik. Minggu kedua saya mula alahan, loya tekak dan asyik nak muntah je. Itu simptom normal kan bagi ibu mengandung? Sungguh tak larat. Datang sekolah, pengetua tanya.. kenapa sampai MC 2 hari? Saya beritahu alahan. Pengetua sambung dan nasihatkan saya, saya tak boleh terus biarkan lemah macam tu, kena lawan. kena kuat semangat, barulah baby pun kuat. Aduhaiii.. saya senyum je.

Pengorbanan suami
Saya cukup terharu dianugerahkan seorang suami yang cukup penyabar untuk melayan karenah saya. Alhamdulillah, saya dapat suami yang rajin, baik dan setia. Tambah2 lagi dengan situasi sekarang ni, dia ringan tangan je picit saya bila diminta. Temankan ke tandas bila muntah. Perjalanan balik dari kampung ke sini, dengan saya moody, tak selesa duduk dalam kereta lama-lama, tak pun dia mengeluh. Malah terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Hubby beli ayam golek, hajat nak suruh saya suap masa berbuka dalam kereta tu, buka sama-sama. Tapi saya tido. Terus dia kata dia hilang selera nak makan, tambah saya kata ayam golek tu bau busuk. Haha. Padahal tak pun. Tapi hidung orang mengandung kan. Ada-ada je. Kesian hubby. Tapi diam je, tak pun membebel depan saya. Sampai Rompin baru cari kedai makan. Saya takde selera dah, tapi sebab lapar makan juga sikit. Nasi kosong je. Hubby oder sotong masak merah, sotong celup tepung. kegemaran saya tapi malam tu saya sentuh sikit je. Dia yang habiskan. Tak sempat dia habis makan, saya minta izin nak masuk dalam kereta, nak baring. Kesian hubby, makan sorang-sorang. Saya penat betul. 
Love u lah hubby!

Saya menulis dalam keadaan loya.................. entah apa-apa yang ditulis. Nanti update lagi ye...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3



Alhamdulillah...
Hari ke-3 berpuasa baru saya 'teringin' nak update blog. Bagus! Sekurang2nya ada lagi semangat tu kan. Selamat berpuasa buat semua.... Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya..

Saya masih lagi gagah berpuasa. Dan harap dapat gagah sampai hari terakhir ramadhanlah. Setakat ini dari mula saya tahu positif, takde apa2 alahan. Selera pun ok dan rasanya timbangan dah naik. Awalnya! Haha. Ingatkan saya ni jenis tak alahan.. tapi semalam lepas aje berbuka dengan menu yang diminta, ayam masak halia. Terus tekak tak boleh tahan. Saya muntah kesemuanya. Sahur tadi pun tak boleh sentuh yang berkuah. Dah mula rasa loya. Agaknya kena makan yang kering2 je. Tapi saya paksa juga telan sedikit nasi, selebihnya makan kurma. Risau tak larat nanti nak ke sekolah. Dekat sekolah pula, bila bercakap2 masa mengajar ada pula rasa mual2. Dugaan betul.

Ini ramadhan pertama kami sebagai suami-isteri. Tapi sayang, saya tak dapat nak sediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami tercinta. Kadang rasa sedih juga bila fikirkan hubby nun disana terpaksa uruskan makan sendiri, sama macam bujang2 dulu. =( Jarang saja dapat test kemahiran memasak ni. Harap ramadhan akan datang nanti dapat bersama-sama. Tak sabar nak rasai nikmat itu.



Apapun, bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Tuhan berikan pada hari ini.