Tuesday, October 26, 2010

impian buku tetamu

GUESTBOOK @ BUKU TETAMU?
Sama sahaja. cuma berbeza dari segi bahasa. :) Tapi lebih manis kiranya menggunakan bahasa Melayu sendiri bukan?

Sebelum ini, saya memang tak pernah terfikir untuk adakan satu buku tetamu. Pertama kali dengar pun masih tak jelas tujuan buku ini untuk majlis kahwin. Dalam fikiran saya, yang terbayang mungkin senarai nama tetamu atau sebagainya. OK, sedar diri sangat naif. Itu sekadar berkongsi pengalaman pertama kali dengar. Mungkin masih ada lagi bakal2 pengantin yang masih tidak mempraktikkan buku ini untuk majlis perkahwinan. Mungkin juga ada yang tak tahu kewujudan buku tetamu ini. OK, saya cuba kongsikan tentang ini serba sedikit berdasarkan pembacaan dari blog2 bakal pengantin mahupun mantan pengantin. Bila tahu adanya idea yang sangat bagus ini, barulah terfikir..... betapa bagusnya! Mengapa tidak dicuba?


* OK. Apa sebenarnya buku tetamu ini?
Pada pendapat saya, buku tetamu ini dalam bahasa mudahnya ialah 'autograph' la. Tetamu-tetamu yang hadir di majlis perkahwinan boleh mencoretkan sepatah dua kata buat pengantin dalam bentuk tulisan. Tidak kira rakan-rakan, saudara mara, malah siapa saja. Dah dapat sedikit bayangan?


 * Apa sebenarnya tujuan buku tetamu ini? Perlukah?
Secara peribadi, saya rasa buku tetamu ini sangat bermakna. Coretan kata-kata dan ucapan 'selamat pengantin baru' serta segala macam bentuk ucapan pun dapat diabadikan sampai bila-bila. Selagi kita menyimpannya dengan baik kan. Sebagai pengantin pula, kita akan dapat tahu tetamu2 yang datang melalui ucapan di buku ini. Jadi, pengantin boleh tahu mana2 tetamu yang mungkin tak sempat jumpa pun. Tapi, saya harap semua tetamu yang datang pada majlis saya itu memang akan jumpa saya lah kan. :)
 


* Macam mana nak buat?
 Setahu saya, rasanya buku tetamu ini ada dijual. Tapi, lebih manis jika dibuat sendiri dari air tangan bakal pengantin sendiri. Kan lebih bermakna. Saya dah jumpa macam2 bentuk buku tetamu. Semuanya terpulang kepada citarasa dan keperluan masing-masing untuk mendekorasikannya. Oh, ada juga yang dalam bentuk kad. Rasanya dalam bentuk buku lebih senang untuk disimpan dan tahan lebih lama. Buku tetamu ini kan untuk simpanan pada masa akan datang. Ibarat hadiah perkahwinan. :)



* DIY?
Seharusnya!

Jadi, sekarang ini masih sedang fikir bentuk buku tetamu yang hendak saya hasilkan. Pengisian boleh dipelbagaikan. Contohnya selitkan pantun, ayat2 yang pernah diguna masa bercinta dulu, petikan ayat dari kad2 yang pernah diterima dsbnya lah. Boleh juga selitkan gambar-gambar indah. Yang menceritakan segala kisah saya dan dia. Harap dipermudahkan dan diberi idea melimpah ruah untuk hasilkan DIY buku tetamu ini.


Sumber: gambar adalah dari google.

Lulus sayang?


1 comment:

Anonymous said...

salam hy..
kat mana ye jual buku tetamu tu.sy pon tgk ada mmber buat jgk.mcm sweet kan?