Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 6, 2011

Review goodies bag: sesuatu yang ada sentimental value dan hasil air tangan pengantin



Hari ini mahu update tentang hasil DIY goodies bag saya untuk majlis 4 Jun lalu. Bila belek2 kembali gambar, sayangnya tak banyak rupanya gambar goodies bag untuk tetamu ni. Itulah, sepatutnya saya rajin snap gambar terutama masa proses packing goodies ini, tapi mungkin waktu tu pengantin sudah pening sampaikan benda2 kecil tapi sebenarnya penting boleh terlupa. Bagus kan? Sepatutnya saya abadikan gambar2 anak2 saudara yang rajin menolong saya isikan barang ke dalam beg ini. Dan sepatutnya juga ada gambar masa bertimbun-timbun goodies bag ini setelah diisi barang. Penuh satu rumah tau.

Kami mula isikan barang ke dalam goodies bag ini 5 hari sebelum majlis. Banyak juga stepnya. Memandangkan brown paper bag ini agak nipis dan mudah koyak, kena lebih berhati2 semasa membuka lipatannya. Tapi best, anak2 saudara yang kecil semuanya teruja mengisi gula2 ke dalam bekasnya.


 Masih ingat reben ini?
 Brown paper bag yang belum dibuka ini memang sangat menjimatkan ruang. Sebab ia nipis!

Tapi...
  
Tidak lagi menjimatkan ruang bila dibuka. Nampak 'gemuk' dan padat kan?

Hurm... rasa puas hati bila melihat tetamu memegang paper bag ini.. 500 pcs banyak juga tau.. Paper bag selebihnya beli yang ready made. =)
Mahu tengok progressnya, boleh lihat entri ini;

=)


9 comments:

Shakina Farhan said...

murah & comel..tp betul..sgt sensitif kan..

Jaaja said...

aah la Kina.. mmg sgt mudah koyak.. hu2. kena hati2 la sikit.. tp ia kiut. =)

zura said...

slm.nak tanye skt leh..brown paper bag ni memng ade tapak ke kt dlm tu?
beli kat mane..sy jumpa yang biase je..

Jaaja said...

wslm.. zura, sy rasa semua brown paper bag tu ada tapaknya tak? cuba tgk betul2... bila buka dia jadi sndr.. yang ni sy beli dekat mydin. cuba cari.. ke maksud tapak cm mana bg zura?

miss keroppi said...

kt mydin ek?mknenye sama la yg sy beli..tapak yg keras tu xde kan? cume bile buke bru jadi sndiri..
letak apa ek dlm tu?

timazara said...

hai.nak tanye.doyley paper tu tampal kat brown paper bag guna gam biasa ke or pakai ape ye?

blh tau x harga paper bag n doyley paper tu? tenkiu.

Jaaja said...

hadiaruz: aa, betul tu dear. tapak dia xla keras, tapi terbentuk bila kita bukak... =) saya letak keychain, pastu sweets, n yg len2 ada makanan je.

Jaaja said...

timazara: doyleys tu tampal guna gam biasa tu je. tapi jgn letak byk sgt. sebab nanti dia basah. letak sikit je dah lekat.

Harga: sepeket paper bag (100 pcs) baru RM 3.30.. pastu doyleys sepeket (100 pcs) RM 3.40.. Jimat kan? cuma dekat reben jela byk sikit habis duit. sebab sy pakai organza.

Anonymous said...

salam...
saya nak tanya reben tu guna gam apa? sbb bila saya gam guna gam biasa kat paper beg dia xmelekat...