Monday, May 16, 2011

progress project DIY goodies bag. 70% siap.

Ikut perancangan setakat ini saya dalam proses menyiapkan 500 keping goodies bag untuk tetamu nanti. Terhad sahaja ye. Itu pun dah kira sangat ok. Dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja saya decide mahu buat sendiri. Niat mahu tambah lagi 500, tapi saya rasa masa memang dah tak sempat. Jadi, buat setakat ini aje kot. Tak pasti lah kot2 cuti sekolah nanti ada ramai tenaga kerja yang mahu menyumbang, boleh aje tambah.

Saya rasa penggunaan paper bag ini tak janggal. =) Dalam diri sendiri ada rasa puas hati bila tengok hasil kerja sendiri. Lagipun jika nak dibandingkan dengan konsep paper bag yang diberi tetamu, pasti akan dibuang saja. Cantik mana sekali pun, mahal mana sekali pun, konsepnya ke bakul sampah juga akhirnya. Jarang-jarang saja orang akan simpan paper bag dari kenduri yang dihadiri saya rasa. Jadi, sekurang2, cara ini boleh menjimatkan. Dan yang penting ada sentimental value. 

Semalam saya sangat teruja dan rasa bertuah bila keluarga kawan saya tolong siapkan saki baki goodies bag ini. Saya menetap di rumah mereka buat sementara waktu ni, ada sedikit masalah. Jadinya, semalam dah banyak dapat disiapkan. Cuma, tinggal nak buatkan reben sahaja. Itu proses yang agak rumit, bagi saya. 

Banyak proses dan station. Semalam kami rasa bagai operator kilang pasal bahagikan tugas ikut opsyen masing-masing. dari tugas menampal tq tag tanpa-nama pada doyleys, kemudian ditampal pula pada brown paper bag. Seterusnya, tampal garisan reben di bawah doyley, lagi.... ikatkan reben, dan gamkan reben pada bahagian atas. Siap! 

Mari tengok gambar.


Proses 1 dan 2. Dibuat oleh Sarah dan Mila. Tengok doyleys yang bergelimpangan. =)

 
 Proses 3. Oleh saya sendiri. Tampal reben di bawah doyleys. Yang macam baris melintang itu. 


 Proses 4. Mengikat reben oleh Makcik @ umi Sarah.  Reben saya dah macam-macam versi. Tapi masih kekalkan warna tema. =)

Last station. Kemas kini. =)



DAN...
secara rasminya, saya tunjukkan hasil DIY goodies bag saya. 
.
.
.
.

Ok tak?
Komen sikit. =)

17 comments:

myamyza said...

ok la maiza. cantek!
akak nak satooo..
hehe

Jaaja said...

he2. tq kak. boleh aje, nak satu kena datang masa 4 jun nanti ye. Saya simpan ke akak se. =)

FaRaLySsA said...

nok se!!!...hehehe...
slmt mngira hari ye jaaja...:)
same2 lah kite berjuang..kih3

Jaaja said...

he2. Fara, boleh2..2 pun boleh. =) Sama lah kita duk mengira hari la ye. Berdebarnya....

Anonymous said...

comel la syg,huhu,mmg kreatif la bkl isteri abg ni,caya lah...blh wt bisnes ni,kita jual paper bag plak,hehehe...

Jaaja said...

erkk. Bakal isteri 'abg'? =) sweetnya! haha. aah la, kita buat bisnes tempahan goodies bag ni ok juga kan? hehe.

Kak Nor said...

Mcm lagi mahal je dr beli paperbag siap.... custom made paperbag bole dpt RM1 sekeping.siap ada gambar sendiri lagi atas paperbag... x menyusahkan ke maiza-kaknor kuching

soffya cik bulan said...

huhhh, rajinnye ja....
comel..tp x lg mahal ko ja...

Jaaja said...

Kaknor: TQ komen. erm, kos untuk paper bag kosong n doyleys tu murah je. cuma kos mungkin mahal pd reben tu. pasal guna reben organza skang ni dah cuba jimat2 guna reben yang lebih kecil. hii. oh, paper bag ni x sampai kos RM1. Nanti dah siap semua, maiza totalkan harga. tapi, bila buat sendiri, rasa puas hati la kak.. =)

Jaaja said...

Pia.. Ja rajin pun sebab ramai yang mnolong kat cni.. tu pun lambat gak siap psl byk proses. x mahal sgt kot. nanti kira budjet.

SAYANG KAMU said...

memang sgt berpuas hati kalo buat sendiri..sy pun suka DIY ni..tahniah yer..tp nak tau gak bajet satu paper bag ni..=)

Jaaja said...

Syg Kamu: tq. puas ati sgt2 bila tgk hasil kerja sndr untuk dberi pd org. hope org yg terima pun rasa dihargai. =) ok, nanti sy buat entri khas untuk budjet tu, psl ramai yg kata agak mahal. sbnrnya jimat sgt awk. tunggu tau

kEruL said...

comey dan lawa! hehehe

kat mane nak beli doily paper ni ek? terutama beli online...jenuh gak mencari ni..

Jaaja said...

kerul: TQ! =)
doily tu saya jumpa di SSF. ada banyak sgt. kalau on9 sy x pasti la. try pegi SSF ye dear. kalau di kuantan, cowboy pun ada.

E | Y L A said...

akak..doily paper tu beli kat mane??plez..

rz said...

nk tny...mn beli brwn paper bag tu ek?kat cni doiley pon mcm mhal.pling kecik rm4.50... pstu hr tu da beli paper bag tu.alhai..mcm nipis bebeno.kecik la tu.huhu...

SEPHIA said...

lepas baca blog akak..terus sy pegi beli & buat! :D