Selepas entri saya berkaitan goodies bag yang dah siap, ramai juga yang bagi feedback. Terima kasih kalian. Ramai yang kata cantik. Dan ada juga yang tanyakan pada saya kos untuk siapkan paper bag tu. Mungkin nampak lebih mahal kosnya berbanding beli dah siap. Mahal mungkin pada reben pasal semuanya saya gunakan reben organza. Rasanya kalau reben satin lebih murah harganya. Tapi takpe, organza lebih cantik sebenarnya.
Jadi, untuk entri ini saya kongsikan bajet yang telah saya habiskan untuk 500 paper bag yang telah saya hasilkan.
* Brown paper bag
Satu pack, 100 keping = RM 3.20
Jadi, kos untuk 500 keping = RM 16.00
* Doileys
Satu pack, 100 keping = RM 3.30
Jadi, kos untuk 500 keping = RM 16.50
* Reben Organza pelbagai size
Saya anggarkan dalam RM 60.00. Kalau tak silap 20 gulung. Ada antaranya berbeza harga. Reben saya buat ada beberapa versi: Ada yang 2 lapis, ada yang 1 lapis tapi masih gabungkan 2 warna (oren dan hitam).
* Kertas untuk kad nama
Anggaran RM 10.
Campur kesemua kos ialah RM 102.50. Itu untuk 500 keping dan saya kira, untuk satu dalam 20 sen sahaja. Cuma bandingkan harga kalau beli paper bag yang dah siap? =) Jauh lebih murah. Saya dah bawa balik ke kampung separuh daripadanya. Kakak-kakak saya tanya, macam mana orang nak pegang atau bimbit goodies itu nanti sebab saya tak letak tali. Pada saya terpulang la. Ada tali, tak ada tali bukan soalnya. Pasti orang yang menerima goodies itu nanti akan lebih kreatif dan tahu macam mana harus dipegang. =)
Sekian, harap entri ini dapat membantu bakal2 pengantin lain untuk buat bajet dan mencuba idea ini. =) Idea ini pun saya garapkan daripada mantan-mantan pengantin yang tidak lokek berkongsi idea.
8 comments:
tgh berangan2jgk ni nk wat paper beg sendiri =)
gud mawar merah jambu. Cuba la buat. mmg sgt berbaloi dan puas hati cuma perlukan sedikit masa la untuk buat tu. =) good luck dear!
insyaAllah...tenkiu!! =)
salam..ade tak tunjuk pic paper bag yg dah siap?hehe
beli kat mana ye brown paper tu? ada banyak size tak?
idea ni bgus utk bakal pengantin mcm sya..suka simple n nice...:)) tq 4 sharing n give good idea..;)
minat sangat buat DIY tau..duk mencari2 harga paper bag..jupe blogni..mmg menarik..10q ye..bagi idea..:)
kat mane beli brown paper dengan doili paper murah tu?
Post a Comment