Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

Rompin-Besut-Rompin


Salam semua.. beberapa hari tak update.

Saya balik Besut sempena cuti 1 Mei. Peluang jarang2 yang dapat cuti 3 hari. (Haha. 3 hari je pun). Tapi cukup2 bermakna buat saya, yang semakin kencang buat persiapan ni.. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dengan CCS. Yang penting dapat jumpa bonda & ayahanda. Bonda makin sihat dan bersemangat. Alhamdulillah, dah boleh mandi sendiri. =)


* Budak yang seronok dan teruja balik kampung. Dah tak gilakan Rocky. Gilakan Nips pulak. Err.

Ariani ada buat SALE untuk pemegang kad beberapa hari lepas. Dan saya sempat pergi ke Ariani Tanah Merah. Hajatnya nak cari tudung untuk nikah nanti tapi hmmmm... tak jumpa dan saya memang tahu saya ni payah nak jumpa sesuatu yang saya berkenan. 


Beli jugak 2 helai tudung ini. Salah satunya tudung yang jenis twist. Tak tahu kenapa, saya makin suka tudung twist2 itu. walaupun baju idaman untuk tudung tu belum ada, beli juga pasal dah berkenan sangat. Saya nak cari baju plain warna hitam! lepas nak jadi rajin dan gigih jahitkan manik warna pink. Sekarang ni target nak jahit beberapa pasang baju kurung. Nak pakai lepas kahwin nanti..... =) F suka sangat bila saya berbaju kurung. 



Balik kampung, memang tak sah kalau F tak mancing. Saya pernah cerita dalam entri lepas, betapa dia memang kaki pancing. Malam sebelum kami balik ke sini F pergi mancing. Dan pagi tu dia siap goreng kunyit udang ini untuk buat bekal dalam perjalanan kami. Udang tu goreng kunyit dan sungguh la sedap diletak daun limau purut, halia & bawang besar.


Besar sungguh udang ini. Muat2 satu polisterin. F bagi saya makan udang yang paling besar tu. Kesian saya, pasal tak pernah makan udang sebesar tu. Haha. Jakun. Tapi serius, sangat sedap pasal isinya masih segar dan manis. Tambah dia pulak yang masak. =)



Kami singgah makan bekal tadi di Pantai Kemasek ni, di Kemaman. Pantai ini sungguh cantik. dah banyak kali saya lalu pantai ini tapi tak pernah singgah. Tapi kali ni, barulah dapat tengok pantai ni dekat2. kalau boleh outdoor kat sini memang cun lah! 

Dah malam baru sampai Rompin. Penat sangat dan hari ni hari pertama bagi permulaan minggu memang melemahkan di sekolah. Cikgu pun perlukan mood tau! =)

2 comments:

myamyza said...

pantai ni kat kemaman?? akak tak perasan pulak signboard dia kalau balik jerteh selalunya...memang ada jumpe pantai tapi are nenasi tu lah.. ke jalan lain ek??.. cam best je pantai tu...

Jaaja said...

akak. aah, pantai kemasik ni kat kemaman. Akak duk mana lalu nenasi? kalo nenasi tu area Pekan lagi kan. bukan c2. di dah dekat dungun-kemaman. memang akan lalu pantai ni. comeyy sangat pantai ni.. byk batu2 cam dlm gambar tu. besut takdop g2. =) kalu balik jerteh pantai ni sebelah kanan lah. =) singgah la.