Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

buku tetamu -hard cover-


Buku tetamu kami sudah siap! Saya baru ambil dari kedai semalam, sebelum bertolak datang sini. Teruja sangat pasal cantik dan puas hati. Sudah siap dibinding hard cover. Tulisan di muka depan tu saya tak sangka langsung nak buat besar-besar macam tu. Ingatkan nak buat tulisan kecil macam orang biasa buat di tesis tu. Tapi... masa pergi tempah, kakak tu tanyakan saya sama ada nak buat sama dengan satu contoh muka depan yang memang saya dah buat tu ke tak. Yang saya buat untuk halaman kedua buku tetamu tu lah maksudnya. Sebab rasanya mahal jugak kosnya kalau nak buat tulisan besar-besar kan. Tapi, bila tanya harga... kakak tu kata sama aje harganya buat kecik ke, buat besar ke.. Jadi, saya pun setuju jelah nak buatkan muka depan di halaman kedua tu sebagai muka depan hard cover tu. 

Jadi, bila dah tengok hasilnya... baru saya faham kenapa harganya sama dan kedai tu tak susah nak buat muka depan di hard cover yang ada corak2nya sekali. =)





Harga untuk hard cover ni RM 35. Berbaloi kan harganya? Bila saya kata "cantik" depan F. Laju je dia cakap: "kan betul cantik kertas dalam tu warna krim". Suka lah tu bila idea dia menjadi. =) 


Saya tengah cari idea nak cantikkan lagi buku tetamu ini. Mungkin nak tambah reben yang simple sahaja di depannya. Tengok hasilnya nanti ye... 


Saya harapkan buku ini akan dipenuhi kata-kata dan ucapan bermakna dari semua jemputan, rakan-rakan, cikgu-cikgu dan keluarga terdekat saya. Semoga ia akan menjadi doa dan semangat buat kami menempuh kehidupan berumah tangga nanti. * Buat semua yang bakal hadir, sila sediakan kata-kata bermakna buat saya dan F. Hihi. Harus dikenang sampai bila-bila. Silalah conteng buku ini dengan cantik. =)



9 comments:

Kisah Tatie said...

sangat cantik

Jaaja said...

tima kasih tatie.. =)

asha said...

kalau letak riben organza color gold mesti cantekk.:)..letak kat bawah tarikh tu,:)

Jaaja said...

Asha, tq2 untuk pendapat berharga itu. tula, weekend ni baru nak g cari reben bagai. letak bawah tarikh tu cantik ek. i'll try~ tq

r3bL said...

dear, awak buat katne ek guestbook tu? murah :) ingat nak wat camtu gak :)

Jaaja said...

dear, saya buat hard cover tu di besut, trg. murah kn dear? rm35 je termasuk tulisan depan tu. cantik! buat la camtu. bla kawen?

eidA said...

cantik la dear....:)

soffya cik bulan said...

cantik..
kreatif ja nihh :)

Jaaja said...

=) tq pia.. kreatif pun hasil perkongsian kawan2 b2b. pia pun boleh cuba buat.