Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2011

tetap dihati..


Assalamualaikum semua...  

Tengah cari idea dan kerajinan untuk meng'update' blog saya ni. Saat-saat akhir macam ini saya lebih suka menghitung hari je dari update blog. Boleh tak? Boleh tak? =) Emm, hari ini blog saya menerima follower genap, iaitu yang ke-30. Satu blog yang masih bertatih. Terima kasih kalian yang sudi follow blog MCH ini.. Selamat datang...

Beberapa hari lepas, saya ada bawa laptop ke kelas untuk mengajar. Hari tu saya ajarkan pelajar saya melagukan syair dengan irama dodoi. Aduh, tiba-tiba baru tahu cikgu pun ada bakat bersyair ye. Itu irama yang pelajar tak biasa dengar la. Dan objektif tercapai, sebab semua pelajar saya boleh melagukan syair itu! 

Dan.. sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan.. yang nak diceritakan: kononnya wallpaper laptop saya masa tu saya letak gambar saya bertunang. Dan ada tertulis address blog ini.. Tahu apa reaksi pelajar-pelajar saya? Masing-masing teruja duk sebut 'mencaricintahalal.blogspot'. =) Mereka teruja nak tahu cerita-cerita cikgu hak sorang ni.. Saya pun kata, dalam dialog yang lebih kurang.. 'Oh, itu blog kahwin cikgu.. kalau nak baca, cikgu izinkan....' =) Dan dah ada dah tu yang jadi follower sekarang ni... 

Masuk aje mana-mana kelas sekarang ni... Pasti soalan ini lazimnya...
" cikgu... bila nak kawen...?"
Terima kasih kalian. Rupanya tak sabar mereka nak tengok saya berkahwin!


.
.
.


Pose ini saya yang minta dari abang saya. Masa tunang dialah photoghapher. Belum boleh nak pegang tangan si tunang, tetap nampak cantik dan bermakna bila saya berpegangan tangan dengan anak saudara saya, Dyra. Ada simboliknya tak? Saya mampu faham. Ada faham? =)




 Dan.. selepas akad nikah dan sah menjadi suami isteri nanti.... Saya harapkan dapat pose macam ini lagi, sambil berpegangan tangan dengan kekasih halal saya, iaitu suami saya. =)

Aci dop?


8 comments:

EJAT said...

ha...da kte cikgu...
mustilah kiteowg nanye biler kawin

Jaaja said...

oh, ejat. ada belog rupanya ye! yela.. tu soalan lazim korang kan.. Bila cekgu nak kawen?? hehe

EJAT said...

tpy cikgu pown mlu2 nak jwb...
waduh2...
cikgu...
pe FB cikgu...
ala...ngan anak murid sndiri jer kot...
x kan x bgy kowt...

Jaaja said...

yela.. mana boleh nak open2 cerita pasal cekgu nak kawen dlm kelas. haha. nak tahu fb cekgu ke? xde apa pun eh.... haha. ejat kena bg adiah spesel untuk cekgu! haha

EJAT said...

pensel...????
ejat x nak bgy adiah pensel kat cikgu...
sye nak bgy yg mhl cket...
tpy yg ejat agk mmpu nak bli la...
hihihi

Jaaja said...

adoii. bila pulak cekgu cakap nak pensel? nak buat apa yang dgn pensel tu? haruslah ejat bg adiah mahal kat cekgu. hehe.

Anonymous said...

huhu, nk pau ank murid nmpak??

Jaaja said...

oh. siapakah anonymous ni? hik3. takdopla.. dia anak murid saya yg slalu ngusik2 saya dlm kelas.... =)