Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 24, 2011

PJJ


Maaf. Semalam sedikit beremosi dan hari ini pula disebut-sebut oleh si tunang tentang PJJ! Dicampur-campur bila ada sesuatu yang mengguriskan hati cukup membuatkan saya rasa lagi tak sabar mahu pindah dari sini. Perkahwinan Jarak Jauh dalam istilahnya menjadi suami isteri pada hujung minggu je. Huu. Dapat bayangkan? Tapi sekarang ni memang ramai sangat pasangan2 muda yang baru kahwin memang kebanyakannya PJJ. betul tak? 

Ada kebaikan dan keburukannya. Tapi, walau apa pun hak tu jugalah terpaksa hadap nampaknya.. Bila  masing-masing bekerja bukan di tempat yang sama. Ramai orang kata dan F sendiri suka juga nak tegaskan: "sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Tapi kalau boleh soal balik aci tak? "Oh, kalau betul sayang, sanggup ke tinggal?" =) Sekadar bergurau.

Saya dengan F lepas kahwin nanti pun akan berPJJ. 3 jam jugak kalau nak berulang-alik. Sedihnya...  nampaknya masih lagi dia terpaksa menguruskan makan minum dan pakai sendiri. =) InsyaAllah, harap cepat dapat tukar ke tempat F. Bulan 9 baru boleh mohon pertukaran guru. Dan kalau ada rezeki hujung tahun ini boleh tukar. Tahun depan boleh tinggal sebumbung. =) 



***


Suka sangat kasut ini. Masih dalam kotak, sayang nak pakai. Hari tu jalan-jalan masuk kedai kasut ternampaklah kasut ini. Saya masih berkira-kira nak beli, F laju je terus ambil dan bayar. =) Haha. Saya tanya la dia.. kenapa terus bayar. Dia kata cantik. dan suka tengok saya pakai kasut camni. Nampaklah lagi cun dari pakai sandal biasa. Amboi!

Kasut ni warna dark purple. Tunggu pakai masa nikah boleh? =)


4 comments:

Kisah Tatie said...

cantiknya kasut!

asha said...

kasut tu, cantik ler:)
salam,
saya pon one of yang dalam group PJJ..bakal hubby kat Putrajaya,saya kat Kuching,sarawak..huhuhu...

Jaaja said...

Miss Tatie. =) saya pun suka. sampai sayang plak rs nak pakai. hii.

Jaaja said...

Asha, w'slm.. t.kasih..
oo. jauhnya asha.. tu dah merentasi laut china selatan. sabar ye. bersama kita berPJJ. hoho. saya tak sanggup rase..