Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3



Alhamdulillah...
Hari ke-3 berpuasa baru saya 'teringin' nak update blog. Bagus! Sekurang2nya ada lagi semangat tu kan. Selamat berpuasa buat semua.... Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya..

Saya masih lagi gagah berpuasa. Dan harap dapat gagah sampai hari terakhir ramadhanlah. Setakat ini dari mula saya tahu positif, takde apa2 alahan. Selera pun ok dan rasanya timbangan dah naik. Awalnya! Haha. Ingatkan saya ni jenis tak alahan.. tapi semalam lepas aje berbuka dengan menu yang diminta, ayam masak halia. Terus tekak tak boleh tahan. Saya muntah kesemuanya. Sahur tadi pun tak boleh sentuh yang berkuah. Dah mula rasa loya. Agaknya kena makan yang kering2 je. Tapi saya paksa juga telan sedikit nasi, selebihnya makan kurma. Risau tak larat nanti nak ke sekolah. Dekat sekolah pula, bila bercakap2 masa mengajar ada pula rasa mual2. Dugaan betul.

Ini ramadhan pertama kami sebagai suami-isteri. Tapi sayang, saya tak dapat nak sediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami tercinta. Kadang rasa sedih juga bila fikirkan hubby nun disana terpaksa uruskan makan sendiri, sama macam bujang2 dulu. =( Jarang saja dapat test kemahiran memasak ni. Harap ramadhan akan datang nanti dapat bersama-sama. Tak sabar nak rasai nikmat itu.



Apapun, bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Tuhan berikan pada hari ini.






6 comments:

N.M. Noor said...

Sama la za..
hari tu xdop alahan pn.
Kali ni, worst kot.
Nk masak pun keno tutup idung.
Huuuuuu...
Dugaan..
xpo la..demi anak.. :)

PUAN THALHA : said...

dear.. sama dengan kite dulu. ramadhan pertama jauh dari hubby. alhamdulillah tahun ini dapat berdua. memang sedih kan, walau ada kawan-kawan mengganti tapi manakan sama. apapun, moga semuanya ada pengakhiran yang baik untuk awak dan hubby.. kite doakan taw. btw, congrats untuk berita baik tu. Amin. :)

Jaaja said...

Ira: betul tu.. maiza plak time rasa tak boleh makan mmg takleh masuk dapur. takleh bau. tula, kena kuat demi baby. ira dah pregnen semula ye? tahniah..

Jaaja said...

Puan Thalha: terima kasih... kuat bila dengar semangat dari awak. =) inyaallah, arap sgt tahun depan leh bersama, tambah2 dah ada baby plak masa tu nanti.. duk jauh camni kena banyak sabar. lg la time alahan tekleh nak bermanja2 ngan hubby. sedih sungguh.

N.M. Noor said...

Maiza ~ Alhamdulillah.. Rezeki.. Ada balik dah. Harap2 kali ni normal and sihat smpai deliver kelak.. Aminnn..

Jaaja said...

Oh. tahniah2.. rezeki cepat juga tu. terus ada pengganti. hehe.syukur. insyaAllah, jaga diri molek2.. jangan buat kerja berat la.. due bila?