Sunday, June 26, 2011

Tentang Buku Tetamu: Catatan dan doa dari tetamu buat kami


Terima kasih buat Eida yang minta saya review tentang guestbook. Sebenarnya dari minggu lepas tajuk ini wujud dalam entri blog saya cuma tersimpan dalam draf. Sebabnya, saya update sikit-sikit. Haha. Macam panjang benor entri ini ye? Lambat sikit pasal nak cari gambar2 yang berkenaan. Jadi, inilah ceritanya serba sederhana.




Saya mulakan dengan pantun. Kisahnya tentang pantun untuk diletakkan pada meja Buku Tetamu ini, hak cipta terpelihara dari F. Sedikit flashback, sebenarnya masa saya tengah cari ilham nak buat pantun supaya mengalu-alukan tetamu untuk menulis itu, saya tengah bercakap di telefon dengan F. Saja memintanya beri ilham, tapi tak sampai 5 minit rasanya F dah berjaya beri 2 rangkap pantun, spontan! Terus siap. Hehe.

Jadi, pantunnya;

Meriah sungguh hari ini,
Tetamu datang meraikan raja sehari,
Catatan doa dan ucapan buat kami,
Untuk tatapan di kemudian hari.

Cinta suci telah bersemi,
Mengeratkan ikatan dua hati,
Memohon keberkatan dari Ilahi,
Agar majlis kami ini dirahmati.

Saya printkan pantun ini, dan letakkan dalam frame yang telah saya hiaskan seringkas mungkin. Gunakan reben dan manik yang lebih dari gubahan hantaran. Tips: Jimat dan juga dapat sesuaikan dengan warna tema. =) 2 dalam 1. Mujurlah juga dalam kesibukan saat2 akhir sebelum hari majlis, saya sempat print pantun2 ini. Kalau tak, mungkin dah tak wujud Guestbook Corner ini. Huhu. Buat kerja last minute! Buat bakal-bakal pengantin, silalah jangan buat kerja bertangguh. Yang mana rasa boleh siapkan awal, buatlah awal. Hehe....

Untuk Guestbook Corner ini, saya letakkan yang ringkas2 sahaja:

Sebelum itu, cari dan pilih satu corner yang dirasakan sesuai untuk tetamu menulis. Bukan di tempat lalu lalang untuk mengelakkan kesesakan dsbnya. Yang penting mudah dilihat oleh tetamu dan berada pada bahagian hadapan rumah. Untuk rumah saya ni, saya sediakan di bahagian depan, di sisi tangga, dan juga di hadapan khemah tetamu makan. 

* Paling penting meja dan kerusi. Saya sediakan meja kaca bentuk bulat dan 2 kerusi. Tetamu yang menulis pada buku ini boleh duduk. Barulah sopan sikit ye. =)

* Pantun dalam frame. Yang ini sebagai fungsi untuk mengalu-alukan tetamu untuk menulis. Disamping ada orang yang ditugaskan untuk menjaga corner ini, molek juga kalau letak sesuatu untuk mengalukan tetamu. Barulah tetamu tahu fungsi corner ini selain ada perkataan " Buku Tetamu ".

* Alat tulis! pun saya tak sempat nak sediakan. Niat asal mahu cari pen warna warni dan sediakan satu bekas. Disebabkan terlupa juga, saya hanya mampu sediakan beberapa pen warna sahaja. Ngeee. Tips: pen warna warni penting supaya buku tetamu itu nanti nampak ceria. Takdelah satu warna pen sahaja dari muka depan sampai muka belakang. Betul tak?

* Gambar pengantin. Saya sebenarnya malas nak tunjukkan muka pada mana-mana bahagian masa majlis. Sama juga alasan kenapa saya tak buat banner letak muka sendiri, tak buat kad jemputan kahwin letak muka sendiri. Huhu. Tapi, ini idea anak saudara saya. Dia suruh saya letakkan gambar masa kami bertunang dulu. Kalau perasan, gambar itu diletakkan dari bawah meja, lekatkan sahaja. Tak perlu risau gambar itu rosak atau kotor. Dan kebetulan meja ini meja kaca, jadi sesuailah!


Kenapa tulisan "BUKU TETAMU" itu macam skema aje? Hehehe.

 Tetamu pagi saya... Dr. Safra. Masa ni saya belum bersiap pun lagi....

 Me!



Mari kita selak isi dalamnya......


Gambar-gambar di bawah ini sebahagian coretan2 yang sempat saya snap. Semuanya bermakna dan yang penting kami bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebahagiaan kami, semoga kami dimurahkan rezeki, hubungan yang berkekalan. Juga.. pesanan supaya kami berdua dapat memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, antara seorang suami dan isteri. InsyaAllah.



Suami..... Sentiasalah membimbing isteri dengan berhikmah lembut budi bahasa.. nescaya lembutlah hati isterimu. Jangan mengharapkan isterimu sebaik Fatimah Azzahra jika dirimu tidak sebaik Ali. Isteri... Sentiasa dahulukan suami dalam semua hal. jadilah isteri yang terbaik untuk suamimu. Jangan kau mengharapkan suamimu sebaik Ali jika dirimu tidak sebaik Fatimah.

*Berdoalah sentiasa untuk kebahagiaan. Semoga rumahtangga Maiza dan Fendy sentiasa dicucuri rahma, mawaddah wa rahmah, rezeki yang halal dan zuriat yang soleh-solehah.

---> Kak Fara, Abe Ri & Nisrina Najihah. 


  

"Semoga berbahagia dan bergembira selalu. Kehidupan yang berlandaskan syariat sentiasa diredhai dan dirahmati Allah s.w.t. Barakallahulakuma. =)

---> Kak Sah, Abg Din dan anak-anak.

Siapa faham maksud "mussang"? Cepat jawab. Bukan musang ok. =)

---> Abe Je & kak Nor.


Erk?

 Kawan2 dari MRSM YT dulu. Oh, so suprise diorang datang. Thankss ya! terharu neh. Lama tak jumpa..

 
  InsyaAllah!!!!!!
( hak ni kami suka... )
=)


Setakat ini sahaja...
Next review tentang apa?



11 comments:

Cik Fira said...

nk review outdoor.. hahahaha
da pic nmpk kak ja sedikit shy2 cat... but muka encik husband 1001 gumbia.. hahahaha xsbr nk tgk gmbr penuh mkna tuh ngn baju merah biji saga... hahaaha

merah sungguh si biji saga,
merah lagi lipstik dibibirku,
cepatla upload gmbr segak dan bergaya,
uk tatapan mata genitku.
hahahaha

#cikgu prasekolah comel +nakal#

Anonymous said...

lipstik di bibir merah membakar,
tanda semangat berkobar kobar,
cik mata genit kena sabar,
Untuk lihat cinta kami yg sedang mekar...hehehe...

Cik Fira said...

berkobar-kobar memang tanda bersemangat,
ikhlaskan hati saat menunggu,
ewahhh...mcm perli je ayat,
xpe..sy sedia menungguuuuuuuu..
hahaahhaahaa

Jaaja said...

hehe. review outdoor ea? segan ni.. nak ambil mood dulu nak review tu. en husband mmg suka tgk kak pakai merah. so, kak simpan wane merah menyala tu untuk outdoor. tunggguuuuu... gambar tang mana yg nampak kak shy2 tu dan encik suami senyum 1001 makna? hehe


pantun dah dibalas...
cepat gle org tu balas..
dia mmg antu sket kalau pantun.

=)

Cik Fira said...

hurm..yg nmpk shy2 cat tuh fira tgk kt pic encik husband akak.. hhahaa.
=)

Jaaja said...

merah saga sungguh memukau,
penambah seri kononnya kami yang penyegan,
cik mata genit harus siap sedia terpukau,
bukannn perli, malah kami alu2kan...

hehe.

Anonymous said...

mengata bukan perli pun bukan,
hanya sekadar senda gurauan,
memang pn maiza sedikit segan,
sememangnya itu lumrah perempuan...

Jaaja said...

hehe.. suka pantun yg last! ada kisah masa outdoor tu. sampai skrg terasa akibatnya. mana tak segan. haha

eidA said...

yeay..tq dear..
actually, I nk sgt buat buku tetamu n..tp di pantai timur, macm kurang bride yang buat..so, I tgk u punya majlis, cam ok jer..

xluar biasa la yer letak buku tetamu di pantai timur ek..hee

anyway..thanks dear..;)

Jaaja said...

Eida... =) bagus soalan awak tu. hehe.. dlu mula2 nak buat idea ni rasa janggal jugak, honestly mmg kalau di tempat kita, sblh pantai timur mmg jarang lg kan.. Tapi, dsebabkan rasa idea tu langsung tak salah dan bagus sgt untuk kenangan masa2 akan datang. Saya cuba. n its ok.. dterima baik oleh semua org. Malah ramai yg teruja. hehe///

lain la sikit dari yg lain.

TQ!
Good luck taw. tak salah mencuba.

Cik Jan said...

salam. singgah sini.

mussang = bengkeng = garang.

hehe

saya nak wat buku tetamu juga. tengah cari idea.

nak pinjam pantun dua rangkap tu boleh? nak letak kat guestbook corner jugak.

saya, cik jan.
http://chefarizancheali.blogspot.com/
b2b dr setiu, terengganu.