Sunday, December 19, 2010

Manis alam pertunangan (saya dan dia)


Sebenarnya malam ni tiba2 ada mood nak tulis tentang ini. Persepsi saya mungkin tak sama dengan individu lain terhadap 'alam pertunangan'. Kita sering dengar orang kaitkan alam tunang ni dengan 'darah manis' kan. Bagi saya sendiri, kawan-kawan atau orang-orang lebih tua selalu usik mengusik malah yang lebih rasa prihatinnya orang2 sekeliling ni bila selalu pesan-berpesan kepada orang muda yang berdarah manis macam-saya-ni. =)



Saya rasa lagi teruja nak cerita pasal ni bila tadi (waktu makan tengah hari), seorang yang berpangkat kakak atau makcik kepada saya tanya pada saya tentang tunang dan keluarga si tunang. Sebenarnya soalan tadi tu lebih kepada hubungan saya dan bakal mentua. =) Saya ditanya: Selalu ke jumpa atau pergi ke rumah bakal-mentua ( rumah tunang saya la). Saya senyum. Saya jawab dan bercerita seringkas mungkin la kan. Sebab saya tahu cara dan persepsi orang berbea-beza.



Seingat saya, sepanjang tujuh tahun kami saling kenal & termasuk juga kira-kira 6 bulan kami bertunang, baru SEKALI saya pergi ke rumah tunang saya, jumpa bakal mentua. Itupun saya rasa masa tu kami masih mentah. Takdela.. maksudnya saya dan F masa tu kira baru-baru kenal dan pergi pun ramai-ramai dengan kawan. Tapi, agaknya emak F dah dapat hint kot masa tu siapa saya. =) Segan yang amat. Saya kan pemalu.



Dalam tempoh masa 6 bulan kami bertunang ini pun, saya belum pernah ke rumah F. Ada 'rahsia manis' sebenarnya. Itu bagi saya la. Bakal mentua selalu la mengajak saya ke rumah, tapi saya selalu cakap "insyaAllah, sampai nanti saya ke rumah sana". Sebenarnya maksud saya tu saya nak ke rumah sana pada hari bertandang la. Hihi. Walaupun jarang-jumpa tak macam orang lain, bukan bermakna kami tak rapat dan tak mesra. Selalu juga telefon dan bertanya khabar (itukan penting, nak ambil hati bakal-mentua). =)
 

Itula, berbalik kepada soalan kakak itu tadi, jawapan saya rasanya jelas. Cuma, dia ada la katakan pada saya: "Ohh. ingatkan selalu la jumpa bakal mak-mentua, mesra-mesra sebelum kahwin".  Tapi bagi saya, mesra selepas kahwin pun lagi manis. Tapi, bukannya bermaksud alam tunang ni kita tak ada komunikasi langsung dengan keluarga bakal mentua kan. Itu memang tak patut la kan. Bersederhanalah. Menjaga batasan-batasan tertentu supaya nanti dah kahwin ada rasa 'manisnya' nak bermesra-mesra dengan mentua


Saya ingat lagi pesan seorang kawan-saya-yang-sama-umur dengan saya, tapi dia dah kahwin awal. Dia selalu pesan pada saya supaya jaga: jangan selalu ke rumah bakal mentua supaya nanti dah kahwin ada la manisnya. Kata kawan saya tu: Nanti pada hari bertandang barulah dapat rasa suasana baru dan perasaan baru bertandang ke rumah mentua pada kali pertama. Masa tu dapat rasa betul-betul macam 'orang baru' (pengantin baru), masa tu jugalah saudara mara akan lebih teruja nak kenal dengan kita. Tanya itu, tanya ini. yelah, orang baru kan. Bila direnung-renungkan memang betul juga. Tentu tak sama rasanya kalau : sebelum berkahwin pun kita dah biasa2kan datang, malah bermalam di rumah bakal mentua kita tu. Masa sebelum kahwin pun dah kenal habis dengan semua saudara mara. Mungkin itu tak salah pun bagi sesetengah orang. Tapi, saya rasa saya nak ambil dan rasa pengalaman pertama dan rasa 'manis' pada kali pertama bertandang dalam suasana yang diraikan. InsyaAllah.




Pengalaman orang pastinya berbeza. Persepsi orang pun berbeza-beza. Apapun, yang pentingnya kita masih menjaga batasan. Tak bermesra bukannya bermakna tak mesra kan. =) Nanti dah sah bolehlah nak mesra habis-habisan di dapur dengan mak mentua. Eh, dapur ke?



2 comments:

Has said...

Jaaja- apa yang Jaaja tulis tu memang betul..Has bercinta dengan husband selama 8 tahun tapi sepanjang usia bercinta tu sekali je Has pergi rumah dia..itupun dengan kawan-kawan sebab nak beraya...lepas tu setahun tempoh Has bertunang pun sekali jugak pergi..masa raya jugak..kalau tak pergi time raya rumah bakal mertua rasa tak manis plak sebab rumah dekat..kalau rumah jauh Has pun taknak pergi..=).lepas tu secara rasmi Has sampai rumah mertua masa hari bertandang..memang terasa sangat 'orang baru..Has dilayan ibarat puteri masa mula-mula kat rumah tu..best bila ingat balik...nanti Jaaja pun akan lalui pengalaman macam ni...=)

Jaaja said...

Has, teruja juga bila dgr pengalaman Has sendiri tu. itula, harap2 Jaaja pun akan dapat layanan istimewa bila pertama kali diraikan di rumah mentua tu. Hi hi