Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 15, 2012

cuti dah diluluskan!


Pertama sekali.. rasa sangat bersyukur pada saat-saat akhir macam ni.. walaupun selepas agak lama jugak saya terdera emosi. Sebenarnya tension. Kesian anak dalam perut ni. Walaupun selalu beringat yang saya ni tengah mengandung dan tak boleh beremosi sangat, tapi lumrah kita ni manusia kadang ter'layan' jugak la.. Tapi alhamdulillah, berita yang saya dapat semalam sangat2 melegakan hati. Mungkin itu orang kata rezeki anak, doa dimakbulkan.. 

Masalah sebenarnya permohonan cuti 3 bulan saya tidak diluluskan. Biasalah, ibu mengandung ni cepat sikit tersentuh emosi kan. Macam-macam fikir. Kalau 60 hari je diluluskan, ambil lagi  cuti 2 minggu awal, sikit jela bakinya lepas bersalin nanti... Masa tu rasa terbeban sangat. Bukan apa, dengan keadaan kita ni jauh dari husband. Nanti nak bawa lagi baby nanti lepas ni datang sini kan. 

Tapi berita yang dapat semalam sangat melegakan. Akhirnya lepas dah adjust sana, adjust sini saya dah dapat tarikh konfem untuk cuti bersalin nanti. Legaaaa sangat. Saya ambil cuti awal 10 hari, tapi dicampur dengan cuti sekolah penggal pertama bulan 3 nanti, jadi dapat cuti 19 hari awal dari tarikh due.. Jumlah cuti bersalin yang saya dapat 68hari.. Tapi bersambung pula dengan cuti penggal bulan 6 yang 2 minggu tu. Jumlahnya dah sama macam 90 hari juga..... Syukur alhamdulillah. Sebelum ni, ingatkan cuti hanya sama ada 60 hari atau 90 hari je... Apa-apa pun, dah tak nak fikir semua tu. Harap lepas ni semuanya selamat...

Jadinya... ummi akan mula bercuti 10 Mac ini sampai la 10 Jun nanti... =) Boleh la ummi berehat dan sembuh sepenuhnya. Dan yang paling penting papa ada masa nak bersama dengan baby ni nanti. Bila dah buka sekolah, berjauhanlah lagi papa dengan ummi n baby.

Oh ya, semalam pergi check up di KK Rompin.. Baby dah 33w 5d. Cukup 36weeks nanti doc akan scan. Semalam check up dengan nurse je. Berat ummi pun naik, tapi sikit je, x banyak. Kaki, muka still sembab. Kembang sangat2 dah ni rasanya....


Tu dia... ini antara gambar terbaru. 32 weeks. ramai sangat kawan-kawan yang kata muka saya berubah, dah lain sangat. Saya sendiri pun perasan. Muka agak pucat... dan pastinya.. berganda2 kembang.. Hiiii.












3 comments:

Super Ummi said...

kesian kat ibu mengandung yang berjauhan dr suami... tiap2 hari saya nangis.... mmg tak baik utk baby.. tp kdg2 rasa tak tahan...

Jaaja said...

tula.. kesiannye.... huhu. tiap2 hari kena ada rasa 'kuat' dlm hati.. pejam mata je. tp dlm hati.. selalu rs kurang kasih syg dr suami. bila dah sarat ni, nak sgt ada org tlg picit. tp bila duk jauh. pendam rs jela. hehehe. miss sunshine PJJ jugak ea. sabar la.. nasib kita sama...

FaRaLySsA said...

dear, dh bersalin ke blom?..hari2 buke blog jaja sbb nk tgu entry terbaru..hihi..update la k...;)