Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 22, 2011

Misi buku tetamu sudah bermula.


Saya dah mula buat design untuk Buku Tetamu kami. Seronok.. (Lagi sedikit kerja dah dikurangkan). Baru buat sikit dan tinggal lagi dah tambah pengisian yang perlu dalam buku tu. Saya mahukan yang simple sahaja tapi cantik. Ah, masih subjektif pengertian itu kan?
Apa-apa hal pun, apa saja benda yang saya buat mesti dapat keizinan dan kelulusan dari tunang. Jadi, bila dah jarang-jarang jumpa macam ni, kami banyak berkongsi maklumat melalui email sahaja. Benda-benda konkrit yang nak ditunjuk send melalui email. Selebihnya bincang melalui telefon. Peringkat pertama, dah tunjukkan pada dia. DAN selalu saja jawapan yang saya terima menyenangkan. Hihi. Tunang saya ni amatlah sporting, tapi kadang tegas jugak. Jadi, sebenarnya, banyak benda yang saya usulkan dia terima je. =) 

Untuk Buku Tetamu ini, saya yang draftkan, kemudian bagi pada dia minta print. Semua segala kos printing ditanggung oleh dia. =) Bagus tak? Printer saya rosak.. dan malas nak godek-godek tengok. 


KEMUDIAN...
tugas saya lagi untuk Buku Tetamu ni..

-Buat kemasan
-DAN hantar untuk dijilid.


Ada tak hard cover berwarna putih ea? 


 

No comments: