Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 3, 2011

Genap 4 bulan..


Assalamualaikum....

Apa khabar semua.. Sedihnya bila tengok blog MCH saya ni sudah jarang ber-update. =( Sebenarnya bukanlah bercelaru sangat cumanya keadaan, masa kurang menyenangkan untuk dapat mood menulis. Hihi. Entri raya pun tak sempat nak ada kan? Haha. Kat sekolah, lepas aje pelajar PMR habis percubaan, kerja agak banyak sikit. Post mortem, mesyuarat, kelas tambahan, campur mood malas sikit2. =) Tapi yang sebenarnya.. lagi sebab jarang update, kat rumah susah nak dapat line broadband. Lappy yang berusia 5 tahun tu pun dah makin uzur, sampaikan kemuncak usianya minggu lepas langsung tak boleh nak on. Minggu ini, dah dapat lappy yang baru.. jadi, kembalilah rutin berbelog dan berfesbuk.... 

Secara rasminya, hari ini dah dapat on9 dengan lappy baru. Berwarna cooper. Masa pergi survey lappy ni dekat belakang Berjaya Megamall, hubby hampir pening dengan karenah saya, pasal taknak yang warna hitam lagi... Alasan saya, dah bosan tengok warna hitam tu.... Lastnya hubby ikutkan jugak, dapat la warna cooper, dari hak asalnya nak warna pink. (Tapi dapat jugak beg warna pink). 

Hari ni 3hb. Genap 4 bulan kami menjadi suami isteri. Semalam, masa potong kuku teringatlah saya pernah kata nak tulis@catat berapa hari inai nikah ni tanggal dari kuku saya. Rupanya genap2 4 bulan berkahwin barulah inai tiada di jari. Yang hubby punya, dah lama tanggal, kuku dia cepat tumbuh agaknya.
Baby? Sihat alhamdulillah. Alahan pun dah tiada.. Lusa kena pergi klinik untuk rutin bulanan.. Nanti next entri lah saya cerita tentang baby ye... =)

Sehingga menulis lagi.
(Minggu ni saya jadi pengawas PMR. Bermula esok.)


Tuesday, August 23, 2011

Berbuka puasa


Salam 23 ramadhan. Sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan dah ye. Sekejap aje berlalu. Setiap kali hujung minggu jumpa suami, hari bekerja masing-masing bekerja. Begitulah rutinnya. Dan setakat ni alhamdulillah, masih kekalkan rutin tu. Syukur diberi kesempatan masa, tenaga dan paling penting dari segi kewangan oleh Dia. 

Satu tabiat sekarang ni. Update blog secara pukal. Hihi. Sebenarnya niat nak menulis ada sangat. Tapi selalu kat sekolah pun banyak kerja. Kali ini nak update tentang berbuka puasa bersama hubby lah. Rindunya kat dia. 


# Hotel Seri Malaysia. 
Masa ni kami berbuka berdua aje. Bukan buffet. Sebab hubby dah request nak makan yang saya masak. Hubby jenis simple je. Janji ada yang bakar-bakar, lepas tu budu + ulam. Bertambah2 berselera la jawabnya. Saya pun masa ni masih alahan lagi, tapi cuba juga masak untuk dia. Kesian juga, dah la jarang-jarang dapat masak. Menu masa ni: ikan kerisi goreng, kentang masak pedas, ketupat sotong. Menu beli kerabu perut dan ikan bakar. =) Saya makan sikit je..... sedih sangat masa ni. Perut lapar, tengok makanan pun sedap tapi tak boleh nak makan.



# Chedoq @Rompin
Minggu lepas hubby datang Rompin, dia ajak berbuka kat luar. =) Terus booking hari yang sama, mujur tak penuh lagi masa tu. Kat sini dah siap hidang atas meja. Ingatkan nak makan western pasal saya teringin sangat nak makan chicken chop, tapi fikir ke hubby rasa tak kena pulak kalau berbuka dia tak makan nasi. Kami pilih menu A. Ayam pandan, sotong bakar, ikan tenggiri bakar cicah air asam (besttt sangat), kerabu udang, sayur goreng.


 Comel kan penanda ni. Kiut pulak.



#  Duta Village @Kuantan. (buffet Ramadhan)
Yang ini minggu lepas juga. Kami ke Kuantan untuk shopping raya. Menginap disini dan ambil buffet Ramadhan. RM45 per head tapi dah menginap kat situ dapat potongan RM35 per head. Kira ok la kan, berbanding RM 75 kalau di Swiss Garden. Hehe. Makanan pun ok. Puas hati betul makan hari tu. Hubby lagi suka pasal ada kambing panggang.

Minggu ni best. kebetulan alahan dah kurang, saya dah boleh makan dengan sempurna. Means takdelah bila makan je terus nak muntah. Tu yang boleh pergi buffet ni. kalau tak, rasanya tak aci juga kalau saya tak boleh makan. Hehe.


Mr Azrul Affendy.

 Banyaknya makannn..

 Sebelum dan selepas berbuka puasa dimeriahkan dengan lagu raya. Memang terasalah. =)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar pilihan minggu ini. Hehe. (Hubby jenguk mende lah tu..)

Nak tahu tak, lepas dah kurang alahan barulah saya rasa boleh nak bergambar as normal. Lepas tu dah boleh juga nak bermakeup, pakai perfume. Masa alahan, muntah2 hari tu langsung saya jadi pemalas. Malah masa dengan hubby pun saya pernah keluar tanpa pakai bedak. Dasyat. Sampai hubby tegur, suruh pakai elok sikit. Haha. terus jadi malas. Sekarang dah lain. Dah jadi rajin, dan teringin pulak nak bermakeup. Jangan risau ye sayang. perubahan tu normal aje.... Hehe. Tapi ada satu benda sampai sekarang saya tak boleh bau minyak rambut dia. Kalau dekat2 mesti saya suruh dia basuh rambut. 

Oklah... siap juga entri kali ini... =) Selamat berpuasa dan selamat membuat persiapan buat semua.... 


Friday, August 12, 2011

12 ramadhan



Balik kampung
Minggu lepas balik kampung dengan hubby. Hubby datang dari Kemaman semata2 nak ambil saya balik ke Besut. Dulu saya berani je drive sendiri, terus ke Kemaman. Tapi sejak dah berbadan dua ni, hubby tak bagi saya drive ke sana. Lagipun umur kandungan baru lagi, risau berisiko. TQ hubby. Balik kampung, dapat berbuka dengan menu air tangan bonda saya. Paling best mestilah nasi kerabu dan bubur lambuk. kali ni balik saya langsung tak masuk dapur. Tak memasak pun. Perjalanan balik ke Rompin hubby hantar. 

MC
Minggu ni saya terpaksa MC 2 hari.. Isnin dan Selasa, teruk betul rasanya. Badan rasa lemah dan penat. Tambah lagi bila makan aje mesti nak terkeluar balik. Minggu kedua saya mula alahan, loya tekak dan asyik nak muntah je. Itu simptom normal kan bagi ibu mengandung? Sungguh tak larat. Datang sekolah, pengetua tanya.. kenapa sampai MC 2 hari? Saya beritahu alahan. Pengetua sambung dan nasihatkan saya, saya tak boleh terus biarkan lemah macam tu, kena lawan. kena kuat semangat, barulah baby pun kuat. Aduhaiii.. saya senyum je.

Pengorbanan suami
Saya cukup terharu dianugerahkan seorang suami yang cukup penyabar untuk melayan karenah saya. Alhamdulillah, saya dapat suami yang rajin, baik dan setia. Tambah2 lagi dengan situasi sekarang ni, dia ringan tangan je picit saya bila diminta. Temankan ke tandas bila muntah. Perjalanan balik dari kampung ke sini, dengan saya moody, tak selesa duduk dalam kereta lama-lama, tak pun dia mengeluh. Malah terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Hubby beli ayam golek, hajat nak suruh saya suap masa berbuka dalam kereta tu, buka sama-sama. Tapi saya tido. Terus dia kata dia hilang selera nak makan, tambah saya kata ayam golek tu bau busuk. Haha. Padahal tak pun. Tapi hidung orang mengandung kan. Ada-ada je. Kesian hubby. Tapi diam je, tak pun membebel depan saya. Sampai Rompin baru cari kedai makan. Saya takde selera dah, tapi sebab lapar makan juga sikit. Nasi kosong je. Hubby oder sotong masak merah, sotong celup tepung. kegemaran saya tapi malam tu saya sentuh sikit je. Dia yang habiskan. Tak sempat dia habis makan, saya minta izin nak masuk dalam kereta, nak baring. Kesian hubby, makan sorang-sorang. Saya penat betul. 
Love u lah hubby!

Saya menulis dalam keadaan loya.................. entah apa-apa yang ditulis. Nanti update lagi ye...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3



Alhamdulillah...
Hari ke-3 berpuasa baru saya 'teringin' nak update blog. Bagus! Sekurang2nya ada lagi semangat tu kan. Selamat berpuasa buat semua.... Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya..

Saya masih lagi gagah berpuasa. Dan harap dapat gagah sampai hari terakhir ramadhanlah. Setakat ini dari mula saya tahu positif, takde apa2 alahan. Selera pun ok dan rasanya timbangan dah naik. Awalnya! Haha. Ingatkan saya ni jenis tak alahan.. tapi semalam lepas aje berbuka dengan menu yang diminta, ayam masak halia. Terus tekak tak boleh tahan. Saya muntah kesemuanya. Sahur tadi pun tak boleh sentuh yang berkuah. Dah mula rasa loya. Agaknya kena makan yang kering2 je. Tapi saya paksa juga telan sedikit nasi, selebihnya makan kurma. Risau tak larat nanti nak ke sekolah. Dekat sekolah pula, bila bercakap2 masa mengajar ada pula rasa mual2. Dugaan betul.

Ini ramadhan pertama kami sebagai suami-isteri. Tapi sayang, saya tak dapat nak sediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami tercinta. Kadang rasa sedih juga bila fikirkan hubby nun disana terpaksa uruskan makan sendiri, sama macam bujang2 dulu. =( Jarang saja dapat test kemahiran memasak ni. Harap ramadhan akan datang nanti dapat bersama-sama. Tak sabar nak rasai nikmat itu.



Apapun, bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Tuhan berikan pada hari ini.






Monday, July 25, 2011

Thank you Allah


Assalamualaikum semua......... =)

Saya sungguh bahagia.

Terima kasih Allah. Tak sangka juga rezeki kami secepat ini. Dalam usia perkahwinan kami baru menjengah 1 bulan 2 minggu ini, juga ketika merah inai dijari belum pun hilang, kami mendapat berita gembira ini. Menitis air mata tika dapat tahu. Rezeki dan  amanat dari Allah.

Awal2 subuh kami check sama-sama. Dan saat dapat resultnya, saya nampak hubby menadah tangan. Dia cium dahi saya. Terharu saya! Segar sungguh mata lepas tu. Saya on laptop dan masa tu hubby suruh buka facebook. Rupanya malam sebelum tu, saya lena awal, teruja dia cari satu video yang disebut2nya.

Dan video ini sungguh menyentuh hati.....



Dapat saya rasakan dia makin sayang saya lebih. Seronok betul dia., jelas terpancar di muka. Saya lagi bahagia, bila makan dia hidangkan, bila nak mandi dia hulurkan tuala dan bila nak tidur, dia selimutkan. Cuma, peluang tu hanya ada pada hujung minggu. It's ok. Asalkan saya dan kandungan sihat sentiasa. Berjauhan dengan suami, keluarga pada awal kehamilan ini harap tidak ada apa2 masalah. Harapkan ada kawan2 baik saya sudi jagakan saya. =)

Dear friends, doakan kami sihat. InsyaAllah....



Tuesday, July 19, 2011

pengorbanan suami isteri yang berPJJ. =)





Salam semua...
Ahad last saya jumpa hubby. Tapi rasa macam dah lama tak jumpa.. Magik tak?  Seperti biasa, kami adalah pasangan yang paling bahagia bila tibanya hujung minggu. Siapa2 yang mengalami nasib sama macam saya, PJJ macam ni boleh lah tahu perasaannya. Kan? Tahu kan betapa sengsaranya jauh-jauh camni. =) Hubby dah decide, minggu ni katanya dia nak datang ke sini, dan saya tak payah ke sana. Lagipun jarang kami menghabiskan masa disini, di Rompin. Since kat sini tak banyak sangat tempat best. Nak ke Pulau Tioman pun keadaan tak mengizinkan lagi. 

Kami cuma berjalan ke Mersing dan pantai2 sekitarnya. Boleh tahan jugak pantai sebelah sana. Penyabong, Pantai Air Papan, Teluk Gorek dan macam2 lagi la. Saya lupa nama. Airnya biru dan hijau, syok!. Tapi langsung tak jejak air pun. Cuaca panas. Dan saya risau nak berjemur sebab saya ni mudah sakit kepala. 

Sepanjang sebulan 2 minggu kami berkahwin, tiap2 minggu kami bagai honeymoon. Memang best dan seronok. Lain rasanya tau bila memendam rindu begini. Dari satu sudut, seronok. Dari sudut yang lain pula, tentulah tak seronok. Pasal hari2 hidup dan tanggungjawab rasa tak sempurna tanpa suami disisi. Tapi, saya percaya pada aturan Dia Maha Esa. Andai nanti ada rezeki, ada la ia. Kalau tiada, tiada la ia. Apapun, segalanya tu Dia ada sebab. =) So, yang terbaiknya ialah enjoy saja dalam apa saja yang kita lalui. Think positif. 

Melalui proses PJJ  begini menuntut pengorbanan pelbagai sudut. dan alhamdulillah, kami seronok melaluinya. Pengorbanan masa? sudah pasti la. Tiba aje Jumaat, saya melompat. Tiba saja Ahad/Isnin, murung aje. Terpaksa berpisah buat sementara waktu. Begitulah perjalannya.Kalau yang melibatkan masa, kami pasti kena rancang awal. Sebelum tiba minggu seterusnya, dah rancang minggu ni nak balik kesini ataupun ke sana.

Pengorbanan cuti? terima kasih buat hubby yang sangat memahami. Kadang kami dua-dua terpaksa ambil cuti supaya adil. Ha ha. Saya terpaksa cuti Jumaat dan dia cuti Ahad. Huu. Cumanya sekarang ini hubby lah yang banyak korbankan cuti semata2 untuk isterinya ini. Luv u more dear!

Pengorbanan wang ringgit. Dah sedia maklum kan. Kalau dah hidup begini dah pasti memerlukan duit. Setiap hujung minggu kena peruntukkan belanja untuk hotel, makan, minyak kereta. Tak masuk lagi bab2 shopping tu. Hehe. Yang ini memang kena uruskan perbelanjaan dengan betul. Kalau tak, sampai bila la tak dapat nak menyimpan. Bekalan untuk masa2 akan datang pun penting juga.

Perngorbanan tenaga? Stamina kena kuat. Hii. Nak kena berulang ke sana sini perlu ada stamina juga kan. Kami pernah buat kerja gila. Ada sekali minggu tu, Sabtu saya ada gotong royong di sekolah. Ingatkan nak ke Kemaman lepas gotong royong tulah. Tapi dah hubby suruh juga ke sana dulu petang Jumaat, saya pergi la ke sana. Then, pagi sabtu tu, kami bangun awal semata-mata kena sampai jam 8 pagi di Rompin ni. Huu.  Pecut la bawak keretanya. Lepas aje gotong royong, pulang semula ke sana. Huu. Tapi takpe, as long saya bersama dia, apa pun saya sanggup buat. Sama juga dengan dia. =)

Masa ke Mersing hujung minggu baru ni, tak tahu nak pergi mana. Kami lepak tepi pantai dekat Mersing tu. Sambil santai-santai minum dan makan goreng2, hubby saya melayan aje karenah saya. Thanks sayang. Anggap la ini photoshoot post wedding. Ha ha. Sedih, pasal gambar berdua takde. Nak guna tripod pun rasa tak padan dengan kamera yang ada ini.

Enjoy d pics.



Thank you ALLAH for giving me husband that love and care me too deeply. 
I love you so much dear.


Ada 2 ekor kuda di tepi pantai ini. Saya teringin tapi hubby tak bagi, pasal kesian kuda tu nanti. Because of us getting bigger. Both! Ha ha.

Daa.





Wednesday, July 6, 2011

Review goodies bag: sesuatu yang ada sentimental value dan hasil air tangan pengantin



Hari ini mahu update tentang hasil DIY goodies bag saya untuk majlis 4 Jun lalu. Bila belek2 kembali gambar, sayangnya tak banyak rupanya gambar goodies bag untuk tetamu ni. Itulah, sepatutnya saya rajin snap gambar terutama masa proses packing goodies ini, tapi mungkin waktu tu pengantin sudah pening sampaikan benda2 kecil tapi sebenarnya penting boleh terlupa. Bagus kan? Sepatutnya saya abadikan gambar2 anak2 saudara yang rajin menolong saya isikan barang ke dalam beg ini. Dan sepatutnya juga ada gambar masa bertimbun-timbun goodies bag ini setelah diisi barang. Penuh satu rumah tau.

Kami mula isikan barang ke dalam goodies bag ini 5 hari sebelum majlis. Banyak juga stepnya. Memandangkan brown paper bag ini agak nipis dan mudah koyak, kena lebih berhati2 semasa membuka lipatannya. Tapi best, anak2 saudara yang kecil semuanya teruja mengisi gula2 ke dalam bekasnya.


 Masih ingat reben ini?
 Brown paper bag yang belum dibuka ini memang sangat menjimatkan ruang. Sebab ia nipis!

Tapi...
  
Tidak lagi menjimatkan ruang bila dibuka. Nampak 'gemuk' dan padat kan?

Hurm... rasa puas hati bila melihat tetamu memegang paper bag ini.. 500 pcs banyak juga tau.. Paper bag selebihnya beli yang ready made. =)
Mahu tengok progressnya, boleh lihat entri ini;

=)


Tuesday, July 5, 2011

sebulan sehari



Salam semua.....

Dekat seminggu saya tak update, sebenarnya rasa masih berhutang pada diri sendiri sebab belum habis lagi review tentang majlis saya. Nanti rajin sikit saya update ea... Alhamdulillah, hari ini berpeluang tengok blog sendiri. Dah genap 1 bulan 1 hari kami hidup bersama. =) Terima kasih sayang. Segala2nya anugerah terindah.

Minggu lepas saya balik kampung. Bersebab. Sehinggakan terpaksa tidak menghadirkan diri dalam program 1 Murid 1 Sukan yang serentak di semua sekolah seluruh Malaysia ye. Haha. Ok ape.. Kami balik kampung sebab terlalu rindukan bonda ayahanda kami... rindu mahu bersembang dan makan bersama-sama. Dan yang paling penting, dapat meluahkan 'sesuatu' kepada kedua2 belah keluarga kami. Tentang serba sedikit yang telah berlaku. 

Saya ok. Dan harapnya berterusan seperti ini sehingga akhirnya. Saya mohon semoga dijauhkan dari sebarang perkara2 buruk kepada hubungan kami. Semoga 'sedikit' perkara yang berlaku itu hanya kebetulan. Kami hanya mampu berfikiran positif sekarang ini. Semoga doa mampu menjadi pendinding diri kami. =) 

Dan... seperti biasa.... saya terlalu merinduinya..... tak sanggup wei nak berPJJ lama-lama macam ni. =(




Sunday, June 26, 2011

Tentang Buku Tetamu: Catatan dan doa dari tetamu buat kami


Terima kasih buat Eida yang minta saya review tentang guestbook. Sebenarnya dari minggu lepas tajuk ini wujud dalam entri blog saya cuma tersimpan dalam draf. Sebabnya, saya update sikit-sikit. Haha. Macam panjang benor entri ini ye? Lambat sikit pasal nak cari gambar2 yang berkenaan. Jadi, inilah ceritanya serba sederhana.




Saya mulakan dengan pantun. Kisahnya tentang pantun untuk diletakkan pada meja Buku Tetamu ini, hak cipta terpelihara dari F. Sedikit flashback, sebenarnya masa saya tengah cari ilham nak buat pantun supaya mengalu-alukan tetamu untuk menulis itu, saya tengah bercakap di telefon dengan F. Saja memintanya beri ilham, tapi tak sampai 5 minit rasanya F dah berjaya beri 2 rangkap pantun, spontan! Terus siap. Hehe.

Jadi, pantunnya;

Meriah sungguh hari ini,
Tetamu datang meraikan raja sehari,
Catatan doa dan ucapan buat kami,
Untuk tatapan di kemudian hari.

Cinta suci telah bersemi,
Mengeratkan ikatan dua hati,
Memohon keberkatan dari Ilahi,
Agar majlis kami ini dirahmati.

Saya printkan pantun ini, dan letakkan dalam frame yang telah saya hiaskan seringkas mungkin. Gunakan reben dan manik yang lebih dari gubahan hantaran. Tips: Jimat dan juga dapat sesuaikan dengan warna tema. =) 2 dalam 1. Mujurlah juga dalam kesibukan saat2 akhir sebelum hari majlis, saya sempat print pantun2 ini. Kalau tak, mungkin dah tak wujud Guestbook Corner ini. Huhu. Buat kerja last minute! Buat bakal-bakal pengantin, silalah jangan buat kerja bertangguh. Yang mana rasa boleh siapkan awal, buatlah awal. Hehe....

Untuk Guestbook Corner ini, saya letakkan yang ringkas2 sahaja:

Sebelum itu, cari dan pilih satu corner yang dirasakan sesuai untuk tetamu menulis. Bukan di tempat lalu lalang untuk mengelakkan kesesakan dsbnya. Yang penting mudah dilihat oleh tetamu dan berada pada bahagian hadapan rumah. Untuk rumah saya ni, saya sediakan di bahagian depan, di sisi tangga, dan juga di hadapan khemah tetamu makan. 

* Paling penting meja dan kerusi. Saya sediakan meja kaca bentuk bulat dan 2 kerusi. Tetamu yang menulis pada buku ini boleh duduk. Barulah sopan sikit ye. =)

* Pantun dalam frame. Yang ini sebagai fungsi untuk mengalu-alukan tetamu untuk menulis. Disamping ada orang yang ditugaskan untuk menjaga corner ini, molek juga kalau letak sesuatu untuk mengalukan tetamu. Barulah tetamu tahu fungsi corner ini selain ada perkataan " Buku Tetamu ".

* Alat tulis! pun saya tak sempat nak sediakan. Niat asal mahu cari pen warna warni dan sediakan satu bekas. Disebabkan terlupa juga, saya hanya mampu sediakan beberapa pen warna sahaja. Ngeee. Tips: pen warna warni penting supaya buku tetamu itu nanti nampak ceria. Takdelah satu warna pen sahaja dari muka depan sampai muka belakang. Betul tak?

* Gambar pengantin. Saya sebenarnya malas nak tunjukkan muka pada mana-mana bahagian masa majlis. Sama juga alasan kenapa saya tak buat banner letak muka sendiri, tak buat kad jemputan kahwin letak muka sendiri. Huhu. Tapi, ini idea anak saudara saya. Dia suruh saya letakkan gambar masa kami bertunang dulu. Kalau perasan, gambar itu diletakkan dari bawah meja, lekatkan sahaja. Tak perlu risau gambar itu rosak atau kotor. Dan kebetulan meja ini meja kaca, jadi sesuailah!


Kenapa tulisan "BUKU TETAMU" itu macam skema aje? Hehehe.

 Tetamu pagi saya... Dr. Safra. Masa ni saya belum bersiap pun lagi....

 Me!



Mari kita selak isi dalamnya......


Gambar-gambar di bawah ini sebahagian coretan2 yang sempat saya snap. Semuanya bermakna dan yang penting kami bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebahagiaan kami, semoga kami dimurahkan rezeki, hubungan yang berkekalan. Juga.. pesanan supaya kami berdua dapat memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, antara seorang suami dan isteri. InsyaAllah.



Suami..... Sentiasalah membimbing isteri dengan berhikmah lembut budi bahasa.. nescaya lembutlah hati isterimu. Jangan mengharapkan isterimu sebaik Fatimah Azzahra jika dirimu tidak sebaik Ali. Isteri... Sentiasa dahulukan suami dalam semua hal. jadilah isteri yang terbaik untuk suamimu. Jangan kau mengharapkan suamimu sebaik Ali jika dirimu tidak sebaik Fatimah.

*Berdoalah sentiasa untuk kebahagiaan. Semoga rumahtangga Maiza dan Fendy sentiasa dicucuri rahma, mawaddah wa rahmah, rezeki yang halal dan zuriat yang soleh-solehah.

---> Kak Fara, Abe Ri & Nisrina Najihah. 


  

"Semoga berbahagia dan bergembira selalu. Kehidupan yang berlandaskan syariat sentiasa diredhai dan dirahmati Allah s.w.t. Barakallahulakuma. =)

---> Kak Sah, Abg Din dan anak-anak.

Siapa faham maksud "mussang"? Cepat jawab. Bukan musang ok. =)

---> Abe Je & kak Nor.


Erk?

 Kawan2 dari MRSM YT dulu. Oh, so suprise diorang datang. Thankss ya! terharu neh. Lama tak jumpa..

 
  InsyaAllah!!!!!!
( hak ni kami suka... )
=)


Setakat ini sahaja...
Next review tentang apa?



Saturday, June 25, 2011

Review ringkas: majlis 4 JUN


Sedang menyusun ayat untuk review tentang majlis kami. =)


Alhamdulillah, keesokan hari kami akad nikah ialah hari majlis. Tak suka nak istilahkan hari itu hari persandingan. Hari bahagia 4 JUN boleh la kan. Semuanya berjalan lancar. Walaupun pada tarikh ini, agak ramai juga pasangan-pasangan lain melangsungkan perkahwinan mereka, tapi alhamdulillah tetamu tetap juga ramai yang datang. Niat ayahanda dan bonda untuk kenduri arwah terlaksana juga. 


Kami memilih tema Oren Hitam. Tetapi secara keseluruhannya menjadi Oren, Hitam & Putih la. Ada, tapi masih jarang saya rasa gabungan warna ini menjadi pilihan pasangan lain. Tapi, pernah saya ceritakan dulu, dengan keputusan nak memilih warna tema ini jadi masalah juga pada kami pada awalnya. Haha. Tapi akhirnya, tak sia-sia sebab saya sangat suka dengan hasilnya. Terima kasih juga yang kata cantik!



Rombongan sebelah F sampai selepas Zohor, lebih kurang jam 3 petang. Saya sendiri pun bersiap dan di'makeup'kan selepas zohor. Ramai kawan-kawan yang datang waktu saya disolek, dan hanya sempat bertegur sahaja. Itupun dah beberapa kali ditegur oleh jurumekap. Dia kata sayalah pengantin yang aktif, tak boleh diam. Haha. Saya cuma terkilan kalau tak dapat jumpa tetamu dan kawan-kawan yang datang ke majlis saya. Tapi, apa boleh buat. Cuma, yang datang awal alhamdulillah la. Boleh bersembang.

Tengok sebahagian gambar la ye. Kehabisan kata-kata. =)



Nota: Minggu ini tak jumpa F.............................  =(