Thursday, July 5, 2012

Pengalaman Bersalin


Post ini saya tulis lama dah- tapi baru boleh nak publish. Huhu.. Nak kongsi jugak pengalaman bersalin ni. Ya Allah, Tuhan sajalah yang tahu kan betapa sakitnya saat menempuh kelahiran tu.. Bila duk ingat2 saat tu, manis pulak rasanya.. 

Inilah pengalamannya.....
Sebulan lebih saya tidak menulis di blog kesayangan ini. Tinggalkan blog bulan lepas dengan keadaan perut memboyot dan hari ini menulis dengan ditemani si hero kesayangan saya di sebelah. =) Bahagia betul! Kami dah bertiga. Syukur kepada Allah yang memberikan kami zuriat yang comel, sihat dan sempurna. Setiap hari yang saya lalui kini lebih bermakna. Naluri keibuan telah membezakan keadaan dulu dan kini. Kalau dulu riba atau dukung bayi orang lain tak terasa sangat auranya. Tapi kini, bila riba ataupun dukung baby sendiri auranya makin kuat. Bukan pada baby sendiri sahaja, malah pada baby2 lain, terutamanya baby kawan terdekat. 

Alhamdulillah, pada 11 Mac 2012 saya selamat melahirkan anak. Tepat jam 1.oo petang. Seperti yang dijangkakan, anak saya lelaki. Beratnya 3.42 (pun tidak saya duga beratnya itu sebab last scan cuma 2.5kg. hihi). Syukur sekali lagi sebab saya dapat melahirkan secara normal walaupun menghadapi kesulitan pada awalnya. Lepas melalui pengalaman bersalin ni barulah saya tahu betapa hebatnya ibu kita bertarung nyawa masa melahirkan kita dulu. Segala2nya kuasa Allah. Jom saya kongsikan pengalaman bersalin yang tak mungkin akan dilupakan!

Jumaat 9 Mac, hari terakhir persekolahan sebelum bercuti seminggu. Tapi bagi saya, hari jumaat itulah hari terakhir sebab saya ambil cuti awal bersalin. Edd saya ialah 29 Mac. Hubby datang ambil saya di Rompin dan seperti yang dirancangkan saya nak tinggal di Kemaman dulu seminggu sebelum balik berehat di kampung untuk tunggu waktu bersalin. Hari tu juga saya dan suami singgah di Kuantan sebab roommate yang juga workmate saya bersalin hari itu. Tapi cari Hospital AlFarabi tak jumpa tambah pula nak ambil kakak hubby saya, tak jadilah nak tengok baby hari tu. 

Esoknya pagi Sabtu, 10 Mac waktu saya bangun solat subuh, saya lihat dah ada tanda. Ada lendir yang agak kecoklatan. Saya dah pelik sebab sebelum ni tak pernah ada. Tapi pelik juga lagi sebab Edd rasanya lambat lagi. Dalam hati masih lagi keliru. Antara ya atau belum lagi. Hubby waktu tu ke surau, lambat balik. Dalam keadaan yang agak keliru tu saya terus call hubby tapi hampa sebab handponenya ditinggalkan di rumah. Saya ni dah la teruja waktu tu, teruja sebab takut sebenarnya.  Tunggu hubby balik dan beritahu padanya. Tahu macam mana respon hubby saya? Dia selamber aje.. pegang perut sambil kata “betul ke ni sayang dah nak keluar ni.. jangan main-main..kalau nak keluar bagitau betul2..” Haha. Sebenarnya memang saya perasan malam tu tido kurang selesa. Dah rasa sakit pinggang macam sakit period tu. Lepas je breakfast, kami masih lagi relaks2 sambil tengok tv. Sampai pukul 12 tengah hari. Waktu tu saya cek tanda lendir tu dah takde. Saya telefon bonda bagitau, bonda dah bising2 suruh balik Besut terus hari tu. Bonda kata tu dah tanda nak bersalin. Saya dan hubby ni duk main2 lagi sebab duk rasa belum lagi nak bersalin. Serius, masa tu memang saya sendiri pun tak rasa nak bersalin lagi. 

Dalam keadaan macam tu, apa-apa pun hubby suruh bersiap. Pergi mana pun tak pasti lagi masa tu. Kelakar. Naik kereta baru decide nak tuju kemana. Boleh lagi kan macam tu? Huhu. Lastnya hubby bawak saya ke Hospital Kemaman. Depan hospital tu ada kedai nasi kukus. Masing2 tengah lapar, jadi kami pun makanlah dulu. Tengah makan sibuk duk pegang hp. Call sana sini. Nak balik Besut ke taknak balik lagi.. Saya makan nasi kukus dan teh o ais. Itulah menu terakhir saya sebelum bersalin! Lepas makan, kami masuk hospital tapi sebab hubby pun tak biasa kat hospital tu, akhirnya kami keluar semula. Hari tu Sabtu jadi banyak tempat tutup. Memang Nampak tempat emergency tu buka. Tapi tak terfikir nak kesitu sebab saya pun belum sakit betul-betul. Jadi, kami pun keluarla perkarangan hospital. 

Lepas tu, saya sempat buat request nak minum air kelapa. Hubby bawak saya ke Kuala Kemaman. Sebiji air kelapa tu saya habiskan, banyak! Sambil minum duk sembang2 dengan makcik tuan gerai. Saya cerita la yang kami tengah berkira2 nak balik besut waktu tu sebab dah ada tanda. Makcik tu pun punya la baik, itu ini duk cerita pengalaman bersalin, bagi petua la. Then, kakak n bonda saya call lagi masa tengah minum air kelapa tu. Akhirnya, hubby pun buat keputusan balik Besut waktu tu juga. Terus balik rumah dan masukkan semua barang saya dan baby ke dalam kereta. 3 petang kami bertolak balik. 

Dalam kereta, sepanjang perjalanan tu sakit pinggang saya makin kuat terasa. Tambah pula perut dah mula mengeras sekali sekala. Sah! Saya pun dah mula rasa takut, risau bercampur baur. Sampai di Marang, jalan pula jem sebab jalan dibaiki. Perjalanan yang dekat jadi jauh. Bila datang sakit, saya menangis sebab tak tahan sangat, hubby lagi la risau tengok keadaan saya macam tu.
Kira-kira pukul 8 mlm saya sampai di Besut. Itupun memang tak sempat balik rumah. Kakak suruh singgah di rumah dia, makan2 n mandi sebab terus nak ke hospital besut lepas tu. Kakak suruh mandi supaya segar sikit nak masuk  LR. Nak makan waktu tu memang saya tak boleh telan dah sebab sakit. Dalam kepala nak cepat ke hospital je. 

Sampai hospital, terus tuju ke wad bersalin. Nurse arahkan saya tukar baju dan baring di katil. Jam 9.30malam lebih kurang waktu tu, nurse check bukaan rahim saya 2cm. Lepas tu, saya ke bilik di wad tu untuk berehat. Saya baring dan cuba untuk tidur, rasa juga mengantuk dan letih masa tu. Tapi takboleh. Kejap2 rasa sakit tu makin kuat, sampaikan saya mengerang tahan sakit. Tuhan saja yang tahu. Jam 3 pagi saya minta lagi nurse check bukaan, waktu tu dah 6cm. Nurse suruh saya makan dulu sebelum masuk LR. Makanan memang takde waktu tu, hubby pun keluar carikan makanan. Hubby beli roti dan air. Tapi saya hanya mampu telan 2 cubit roti je masa tu. Air Vico sekotak kecil tu saya gagahkan juga habiskan. Tak boleh nak makan dah sebab sakit sangat. Dah habis makan saya masuk ke LR. Masa tengah jalan tu saya muntah. Banyak dan rasanya habis semua air dan roti yang baru saya telan tu. Orang kata tu juga air ketuban yang keluar melalui mulut, tapi tak tahulah betul ke tak. Masuk ke LR, baring dan tunggu bukaan jalan. Jam 5 pagi air ketuban saya pecah dan nurse check bukaan waktu tu jadi 5 cm semula. 7 pagi bukaan dah 8cm. Waktu ni sakit dah bercampur rasa nak meneran. Sakit lenguh pinggang yang teramat tu sukar untuk digambarkan. Dalam hati saya, waktu tu barulah dapat rasa sendiri macam mana dikatakan orang sakit waktu kontraksi. Huu. Mulut tak lepas baca ayat mudahkan bersalin. 

Jam 9.00 pagi nurse check bukaan saya dah 10cm. Hubby masuk temankan saya. Saya dah bersedia nak meneran waktu tu. Rasa nak menangis bila lihat hubby waktu tu sebab sukar nak beritahu betapa sakitnya. Saya cuma berharap cepat2 dapat bersalin. Waktu meneran inilah saya bertarung dengan kesulitan. Selama 2 jam hubby tolong pangku lengan saya supaya gagah untuk meneran, dengan nurse yang bagi kata semangt. Tapi saya tak tahu kenapa sangat sukar untuk lalui saat tu. Saya cuba teran sekuat hati, tapi baby seakan payah untuk keluar. 

Akhirnya jam 11 pagi, doctor referkan saya ke HUSM Kubang Kerian. Dalam keadaan nak meneran tu saya merayu-rayu taknak direfer ke sana. Sampailah saat2 saya ditukarkan bed untuk naik ambulans pun saya cuba lagi teran, tapi tak juga berhasil. Serius, saya dah hilang tenaga dah masa tu. Dah rasa letih. Itulah kali pertama saya naik ambulan. Dalam keadaan sakit tu, sungguh la keadaan dalam ambulan tak selesa. Rasa nak bergoncang, mungkin sebab laju sangat. Nurse yang iringkan saya ke sana suruh saya baring ke kiri dan jangan meneran. Kalau rasa nak meneran, tarik nafas panjang2 dan hembus melalui mulut. Boleh bayangkan macam mana keadaan saya dalam ambulan waktu tu? Betapa susahnya nak lawan rasa nak meneran. Saya hanya mampu berserah je waktu tu, cuma harapkan segala2nya selamat. 

Sampai je disana, saya terus dimasukkan ke bilik bersalin. Beberapa orang doktor datang. Seingat saya nurse pun 2-3 orang. Rasa nak meneran on n off waktu tu. Tanpa disuruh pun, saya teran. Dalam keadaan bertarung nyawa, saya ingat lagi doktor puji saya teran, katanya dah betul cuma saya perlukan nafas yang lebih panjang dan tenaga untuk keluarkan kepala baby. Akhirnya beberapa kali cubaan meneran dalam masa 15-30 minit saya di bilik bersalin tu, saya berjaya melahirkan bayi saya. Saya lihat jam dinding di hujung kaki tepat jam 1 petang. Kuasa Allah, saya sangat bersyukur dapat melahirkan secara normal sebelum doktor gunakan alternatif lain, mungkin vacum. Saya ingat lagi, terkeluar dari mulut saya “Allah” agak kuat seiring dengan baby keluar. Rasa panas darah yang keluar waktu tu.  Lega yang teramat sangat. Nurse terus letakkan baby atas perut dan disuruh saya sebutkan jantina anak. Alhamdulillah, its a boy! Lepas tu, baby dibawa untuk dimandikan. Doktor terus jahitkan luka. Jam 1.45petang semuanya siap dan saya tertidur sebelum dimasukkan ke wad biasa.

Mana hubby waktu tu? Hubby tak sempat nak temankan saya di LR HUSM tu sebab dia datang dengan kereta. Itupun hubby terpaksa balik rumah dulu ambil IC saya sebab tu beza 15 minit perjalanan ke sana. Tapi takpela, semuanya dah selamat. Dan saya dah pun berpuas hati sebab hubby dah temankan di LR Hospital Besut selama 2 jam saya meneran tu. Takdir dan rezeki kali ni tiada untuk hubby temankan waktu baby kami dilahirkan...

Lepas tu, nurse bawakan baby pada saya untuk di breastfeed. Pertama kali saya pegang dan tenung matanya, sukar untuk digambarkan perasaan. Menitis air mata, antara percaya atau tak yang baby 9 bulan saya kandungkan selama ini dah berada di pangkuan saya. Saya bercakap2 dulu dengannya sebelum menyusukan. Asyik dia pandang dan tenung saya waktu.. =) Lepas tu baru hubby masuk untuk azankan baby. Tersentuh lagi hati bila lihat hubby memeluk baby... 

Alhamdulillah.. sekarang ni lagi seminggu Ahmad Firas genap 4 bulan.. =)



Tuesday, July 3, 2012

Updated: setelah 3 bulan.....


Salam semua..
Sepinya blog saya selepas 3 bulan baru blh di update. Macam2 hal termasuklah laptopku takboleh guna. Screennya pecah tanpa tahu sebab. Hari ni update ringkas dulu... Baru nak update tentang my baby boy... Tempek dulu sekeping gambar ye.. =)



Nama: Ahmad Firas Anaqi bin Mohamad Azrul Affendy
Tarikh lahir: 11 Mac 2012
Berat masa lahir: 3.42kg
Bersalin: Normal

Ini gambar yang terbaru. Dah 3 bulan ++. Sebenarnya nak kongsikan pengalaman melahirkan baby Firas yang bambam ni.. Nanti saya post. =)