Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 24, 2011

PJJ


Maaf. Semalam sedikit beremosi dan hari ini pula disebut-sebut oleh si tunang tentang PJJ! Dicampur-campur bila ada sesuatu yang mengguriskan hati cukup membuatkan saya rasa lagi tak sabar mahu pindah dari sini. Perkahwinan Jarak Jauh dalam istilahnya menjadi suami isteri pada hujung minggu je. Huu. Dapat bayangkan? Tapi sekarang ni memang ramai sangat pasangan2 muda yang baru kahwin memang kebanyakannya PJJ. betul tak? 

Ada kebaikan dan keburukannya. Tapi, walau apa pun hak tu jugalah terpaksa hadap nampaknya.. Bila  masing-masing bekerja bukan di tempat yang sama. Ramai orang kata dan F sendiri suka juga nak tegaskan: "sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Tapi kalau boleh soal balik aci tak? "Oh, kalau betul sayang, sanggup ke tinggal?" =) Sekadar bergurau.

Saya dengan F lepas kahwin nanti pun akan berPJJ. 3 jam jugak kalau nak berulang-alik. Sedihnya...  nampaknya masih lagi dia terpaksa menguruskan makan minum dan pakai sendiri. =) InsyaAllah, harap cepat dapat tukar ke tempat F. Bulan 9 baru boleh mohon pertukaran guru. Dan kalau ada rezeki hujung tahun ini boleh tukar. Tahun depan boleh tinggal sebumbung. =) 



***


Suka sangat kasut ini. Masih dalam kotak, sayang nak pakai. Hari tu jalan-jalan masuk kedai kasut ternampaklah kasut ini. Saya masih berkira-kira nak beli, F laju je terus ambil dan bayar. =) Haha. Saya tanya la dia.. kenapa terus bayar. Dia kata cantik. dan suka tengok saya pakai kasut camni. Nampaklah lagi cun dari pakai sandal biasa. Amboi!

Kasut ni warna dark purple. Tunggu pakai masa nikah boleh? =)


Thursday, April 21, 2011

SAVE THE DATE kami yang simple




Saya dah siap buat SAVE THE DATE kami yang serba sederhana ini. Walaupun sederhana.. tapi... saya tetap suka! Gambar tu hiasan semata-mata ye. Ihsan google image. =)

Jadi, dalam masa kurang lebih 43 hari lagi ni.. dah boleh mula buat jemputan dan edar kad. SAVE THE DATE tu nanti nak guna sebagai profile picture untuk create Event di Facebook dan nak letak sebagai profile picture di FB saya jugak. Nanti kena paksa F letak di FB dia.. =)


tetap dihati..


Assalamualaikum semua...  

Tengah cari idea dan kerajinan untuk meng'update' blog saya ni. Saat-saat akhir macam ini saya lebih suka menghitung hari je dari update blog. Boleh tak? Boleh tak? =) Emm, hari ini blog saya menerima follower genap, iaitu yang ke-30. Satu blog yang masih bertatih. Terima kasih kalian yang sudi follow blog MCH ini.. Selamat datang...

Beberapa hari lepas, saya ada bawa laptop ke kelas untuk mengajar. Hari tu saya ajarkan pelajar saya melagukan syair dengan irama dodoi. Aduh, tiba-tiba baru tahu cikgu pun ada bakat bersyair ye. Itu irama yang pelajar tak biasa dengar la. Dan objektif tercapai, sebab semua pelajar saya boleh melagukan syair itu! 

Dan.. sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan.. yang nak diceritakan: kononnya wallpaper laptop saya masa tu saya letak gambar saya bertunang. Dan ada tertulis address blog ini.. Tahu apa reaksi pelajar-pelajar saya? Masing-masing teruja duk sebut 'mencaricintahalal.blogspot'. =) Mereka teruja nak tahu cerita-cerita cikgu hak sorang ni.. Saya pun kata, dalam dialog yang lebih kurang.. 'Oh, itu blog kahwin cikgu.. kalau nak baca, cikgu izinkan....' =) Dan dah ada dah tu yang jadi follower sekarang ni... 

Masuk aje mana-mana kelas sekarang ni... Pasti soalan ini lazimnya...
" cikgu... bila nak kawen...?"
Terima kasih kalian. Rupanya tak sabar mereka nak tengok saya berkahwin!


.
.
.


Pose ini saya yang minta dari abang saya. Masa tunang dialah photoghapher. Belum boleh nak pegang tangan si tunang, tetap nampak cantik dan bermakna bila saya berpegangan tangan dengan anak saudara saya, Dyra. Ada simboliknya tak? Saya mampu faham. Ada faham? =)




 Dan.. selepas akad nikah dan sah menjadi suami isteri nanti.... Saya harapkan dapat pose macam ini lagi, sambil berpegangan tangan dengan kekasih halal saya, iaitu suami saya. =)

Aci dop?


Thursday, April 14, 2011

50 hari lagi.....


Salam semua.... yang baru follow blog MCH ini, terima kasih!
Semakin jarang update blog! =(

Hujung minggu lepas saya sempat balik ke Terengganu walaupun dalam kalut. Curi juga peluang untuk balik siapkan urusan borang kahwin. Macam-macam kerja diberikan kat sekolah. Tugas yang diluar waktu P&P agak membebankan la... I'm spechless! Dan waktu tulis entri ini, saya baru je balik dari Temerloh, berkursus 3 hari di sana. waah, padat! 

Jadinya.. balik kampung minggu lepas dapat selesaikan beberapa perkara. Borang nikah dan dokumen2 semua dah berikan pada ayahanda, nanti ayahanda submit ke Pejabat Agama Daerah. Saya sendiri memang tak sempat nak pergi. wakilkan pada ayah aje. 

Dah pergi juga fitting baju baru yang diceritakan. Sangat berpuas hati, yang penting F dah cakap: "cantik!" dan nampak lebih slim. Haha. Hari tu risau takut ketat, tapi dah cuba dah rasa ok. Warna pun cantik. =) Dan last pergi hari tu dah bincang dan decide keputusan akhir untuk pelamin, baju dll. Hopefully ok semuanya. 

Kad kahwin pun dah bawa balik ke kampung. Cuma, tunggu tarikh sesuai untuk diedarkan. Masih awal lagi kan, 50 hari! Agaknya berapa hari dari tarikh majlis ye kad boleh edar? Saya rasa mungkin sebulan dah boleh kot.


Gambar di bawah ada kaitan secara tak langsung sahaja. Hi hi.
.
.
.


 Saya tak tahu kenapa saya semakin gemar benda alah yang sedap ni. Rocky! Setiap kali travel dan singgah isi minyak di Shell, wajib beli ini. Saya pun tak tahu kenapa.... Haha. F dah geleng kepala.

 Saya suka Chicken Chop. Tapi F lebih suka beefstick @ lamb chop. Dan saya.... memang tak makan lamb chop. =)  Dia sangat suka saya makan dan tak kisah langsung. Aduhh, cam mana ni... =)

.
.
.
.
.
.
.

DAN....
inikah wajah bakal pengantin yang dietnya masih terumbang ambing?


Semangat. Semangat!


Doakan saya dapat turunkan lagi 7 kilo please.......


Wednesday, April 6, 2011

update progress secara pukal: 58 hari lagi.


58 days to go!!!!

Oh, begini rupanya perasaan bila setiap hari yang bergelar 'bride to be' mengira hari-hari yang tinggal sebelum bergelar isteri/suami kepada pasangan masing-masing. Teruja sungguh kan? walaupun dalam kepala ni agak pening memikirkan persiapan yang masih banyak lompang! aduhaii. Ah, abaikan yang itu. Kita fikirkan yang bahagia-bahagia saja. Betul tak? Barulah boleh bekerja dengan hati yang tenang dan seronok. =) Motivasi intrinsik secara tak lansung ye B2B semua.. 

my wedding progress: overall, maybe 70% done!
Berdebar! Sepatutnya dalam masa kurang lebih 58 hari mungkin wajar 90%. 
Bertenang... bertenang....

1) Vendor pelamin + baju pengantin

Baju pengantin terbaru baru sahaja saya tengok semalam, bila kakak vendor tu mms kan pada saya. Puas hati! Warna tema kami untuk hari majlis ada sedikit perubahan. Tapi masih kekalkan tema warna oren itu. Yang bertukarnya ialah warna gabungan untuk oren. Kisahnya.. masa pergi ke butik hari tu, si F ni tak berkenan tengok saya pakai oren putih. Sekali saya cuba warna hitam+silver, dia suka sangat. Tapi yang ketara sukanya dia tetap pada warna merah+hitam. Jadi... nak tak nak.. saya minta jasa baik akak tu carkan untuk saya baju oren+hitam. Akhirnya, jumpa dan setakat ni tengok dalam gambar nampak cun. Tapi risau ni nak fitting, takut tak muat. haha. punya lah last minute jugak kitorang tukar-tukar warna ea. 

2) Kad kahwin
Semuanya dah siap, cuma tinggal nak lipat, masukkan dalam sampul. Beli setem untuk dipos dan selebihnya edar sendiri. Harap masa tak cemburui kami. 

3) Buku tetamu
Dah siap juga. Cuma tinggal untuk dihantar untuk dibinding hard cover. *tunggu balik kampung.

4) Barang-barang hantaran
Secara major dah selesai, cuma ada lagi 2,3 barang belum beli. Kasut F tak beli lagi!


5) Hiasan untuk gubahan
50% dah beli. Selebihnya belum. Tunggu saat-saat akhir agaknya baru ada idea untuk menggubah. =) DIY lagi... best. best. 

6) Kad nama tanpa perkataan TQ
Dah siap digunting, cuma belum tebuk lubang & belum ikat reben.

7) Doorgift
Sudah dibeli. Sesuatu yang boleh digantung pastinya. =) 

8) Baju untuk keluarga
 Untuk perempuan dah selesai semuanya. Tinggal nak tempah baju untuk lelaki sahaja. Dah 2x masuk kedai itu tanyakan harga. =)


Hurmmm. apa lagi nak update ye?