Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

TQ tag dah siap print


Kad kecil ini juga dah siap dicetak dengan jayanya oleh F. Kertas yang kami guna kertas wangi ( masa beli memang tak perasan pun kertas tu wangi.. ). Dan agak tebal dan sedikit berkilat. Saya sangat teruk dalam menterjemahkan kualiti kertas. Haha. Tapi lebih kurang macam itulah.  Dapat beli dengan harga RM 0.40 sekeping untuk 50 keping. 


 

Dah banyak jimat sebenarnya bila DIY sendiri kad TQ ini. Saya tanya kedai printing kad kahwin berapa harga untuk kad TQ yang lebih kurang design saya tu (satu A4 penuh dan belum digunting). Harganya RM5 sekeping. Mahalnya! Jadi, bila DIY, kos hanya 40 sen untuk sekeping kertas pasal dakwat print dah FREE. kan jimatt. 

Belum habis digunting. Belum cari punch hole yang kecik juga! 




Wednesday, March 23, 2011

Progress buku tetamu

Buku tetamu kami dah boleh dikatakan 90% hampir siap. Seperti yang dirancangkan, cuti seminggu lepas saya serahkan pada F suruh dia tolong printkan. Dah selesai pun. Sayang F. Pemilihan kertas pun saya serahkan pada F. Asalnya, saya mahukan konsep warna hitam, putih, oren untuk buku tetamu kami ini. Tapi sedikit tak menepati bila kertas warna putih, tebal 100gsm tak dapat dicari pada last minute. Akhirnya, disebabkan mahukan kertas yang sedikit tebal (sebab nanti risau kalau nipis cepat renyuk), warna krim pun, krimlah. Cantik juga. =) Ok, jadi kertas untuk bahagian dalam buku tetamu kami tu 110gsm.



Yang dah siap dicetak setakat ini adalah 60 helai. Itu belum termasuk pembahagian pantun-pantun yang kami selit dalam buku tetamu itu. Saya pun pilih pantun seperti sesetengah B2B yang lain pasal saya rasa idea itu sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Juga ada nilai tersendiri. Tambah suprise bila F tunjuk pada saya semua kertas-kertas yang dia print tu, tiba-tiba dia tunjuk pantun yang dia buat dan dah siap cetak pun! Hiii. teruja pasal tak pernah tahu dia ada bakat buat pantun. 

Saya kongsikan satu ye! (nukilan Azrul Affendy..)

Ikan di laut asam di darat,
Masak gulai rencah serunding,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin duduk bersanding.


Simple aje, tapi sampai maksud. Emmm, dah siap cetak semua.. Cuma sekarang ni tinggal nak hantar ke kedai untuk dijilid hard cover berwarna hitam. Pernah tanya kat kedai tempoh hari, kalau tak silap harganya kurang lebih RM 30. 


90%-100%. ( tambah sedikit hiasan selepas selesai dijilid nanti)


Tuesday, March 22, 2011

Baju untuk kerabatku

Cuti sekolah seminggu lepas saya berusaha juga selesaikan yang termampu. Termasuklah mencari dan beli terus kain baju kurung untuk setiap puteri-puteri keluarga saya. Sebenarnya memang pernah menyimpan angan-angan mahu hadiahkan baju untuk keluarga tapi ingatkan macam tak mampu nak laksanakan. Tapi, lastnya saya buat keputusan jugak, mahu hadiahkan kain ini. Berfikir bukan sebab apa, memikirkan bilangan ahli keluarga yang agak ramai! =) Budjet kan. Tapi takpelah, memandangkan sekali sekala.

 


10 orang adik beradik, 8 orang ipar & 28 orang anak saudara. kesemuanya bila dah diasingkan 19  puteri dan 27 putera. Itu belum termasuk baju untuk bonda dan ayahanda (yang tu mesti lebih special). DAN setakat ini saya dah selesaikan baju untuk kesemua puteri-puteri. Tinggal nak cari dan tempah baju untuk putera pulak. Mungkin t-shirt. 


Saya dah asingkan untuk bahagian keluarga masing-masing. Senang untuk diagihkan. Baju sudah disponsor, tinggal upah untuk dijahit bawah tanggungan masing-masing. 


Ada juga terselit warna oren!

Sunday, March 20, 2011

seminggu berlalu


Salam semua..

Pejam celik, sekejap aje kan cuti sekolah seminggu berlalu. Baru rasa semalam balik kampung, hari ni dah ada di tempat kerja semula. iye, esok kembali bersekolah. walaupun cikgunya masih dalam mood cuti. =) Kali ni bukan entri persiapan kahwin. Saya hold dulu post-post tentang persiapan kahwin di draft. Hii.

Semalam saya dijemput dan dihantar oleh F ke sini. walau dah beberapa kali lalu jalan sama, saya masih belum boleh hafal jalan pergi dan balik. Haha. sangat teruk! Baru boleh hafal separuh jalan. F pun bukan percaya kalau saya nak drive sendiri ke sini, apatah lagi ayahanda.Semalam perjalanan yang banyak persinggahan. 
















Sotong celup tepung kegemaran kami berdua! Asalnya bila lalu Pantai Penarik semalam saya berseloroh je nak makan sotong ni pasal saya tahu kami dah agak lewat masa tu. Tapi, tak sia-sia bila F singgah juga beli, dan bungkus. Makan dalam kereta! Dua ekor sotong, harganya RM 26. Dapat air kelapa free pasal kedai kawan F. hii.


Telur penyu. Yang ini kiriman kakak di sekolah saya. Dah lama benar sebelum cuti lagi diberinya duit RM50 untuk beli telur penyu ni. Singgah di Pasar Payang semata-mata nak cari telur penyu ni aje. Mujur ada yang mentah, juga yang dah dijeruk. Yang mentah, siap dibungkus 10 biji, RM 33. Yang dah dijeruk dan boleh makan terus RM 4 sebiji. Oh, saya tak pernah makan telur penyu dan setakat ni pun belum rasa terliur nak makan. =)


 

















Pewangi kereta ala-ala pomander ball ini saya beli di Lovely Lace (dah pernah cerita). F mengadu sakit pinggang pasal drive jauh. Tapi kesian, masih belum halal untuk memberi khidmat picit. Maaf sayang... =) Nanti cari orang yang pandai mengurut ye. 


** Masih malas!




Friday, March 18, 2011

kamar pengantin

Hampir seminggu saya pending cerita di MCH. Nanti saya cuba habiskan cerita2 tertangguh itu dalam susunan yang paling sopan. Hihi. Broadband tersangat macam siput dan masa terbatas untuk saya update laju-laju. Ampunn.



Menghabiskan sisa tenaga dalam seminggu ini di teratak bonda & ayahanda saya. Jejak sahaja teratak hujung minggu lepas: rasa tak terkata. Banyak perubahan ibarat kata suprise! Dari mula turun langkah kaki dari kereta sudah teruja. Bahagian depan rumah berwajah baru. =) Then, masuk dapur lagi teruja.... Sebenarnya teratak sedang diubahsuai. Lagi... yang penting bilik pengantin sudah pun berwajah baru juga. Seronokk. Dah siap rasmi pun! Terima kasih ayahanda. 



Sambil berseloroh saya berkata..
"Mujurlah kahwin.. kalau tak, tak merasalah bilik secantik ini..."

Dalam keliru nak buat keputusan penggunaan warna bilik baru itu. kakak ipar saya kata:
" ikutlah mana yang berkenan di hati.. kalau pink, romantik! kalau biru, tenang.."

Saya? laju-laju buat keputusan. Dua-dua warna cantik. Tapi kalau pakaian saya mungkin agak tak suka warna biru, jadi kecenderungan minat warna pink buatkan saya pilih warna tu. Lagipun saya suka tang 'romantik' tu. Dah nak kahwin kannnn. ;p Sekarang, kiri kanan atas bawah dah berwarna soft pink.

Bilik sama. cuma berwajah lain. 'Barang-barang kecil' yang semuanya saya sayang, yang ada dalam bilik berwajah dulu dah selamat dihapuskan depan mata. Seronok bila mengemas bagai macam ni barang-barang lama pun jumpa semula. haha. paling kelakar bila jumpa gambar-gambar masa 'muda'. nak tergelak pun ada. Apapun, itu semua memori belaka. =)

Rasa sangat lega untuk kembali ke Rompin. Dah berjaya siapkan bilik pengantin! Lagi.. 2 bulan 2 minggu untuk dirasmikan. ;p 


Thursday, March 10, 2011

progress kad kahwin


Progress kad kahwin:

Akhirnya, dah buat keputusan terakhir untuk kad kahwin kami. Pasal ada perubahan harga kad tersebut. Sedihnya. Rupanya harga kad yang diberitahu hari tu tak termasuk kos hot stamping. Jadi, sekarang menanggung sedikit kos melepasi budjet. Hiii. 

Dah buat tempahan petang tadi.
Deposit DONE!
Sekarang tunggu pengesahan design penuh, kemudian on sahaja. Mungkin minggu selepas cuti sekolah dah boleh ambil. yeayy!


Wednesday, March 9, 2011

dia sedang berdiet


Dia sedang memulakan kembali misi dietnya. Mahu kembali kepada berat ideal! Sekarang masuk kelas erobik dan bererobik 3x seminggu. Syukur, jumpa juga kelab erobik yang hampir sama dengan tempat dulu. Hujung minggu lepas, kebetulan kawan baik di Rompin tidur di rumah, jadi diajaknya dia jogging sama. Berbeza betul jogging pagi dengan jogging petang kan? Jogging pagi dengan mata yang jelas nampak kesan mengantuknya. Haha.

terapi kaki selepas jogging. Katanya: kalau rasa sakit, itu tanda ada penyakit, betulkah?
Ayuh! berusaha.

Selain bersenam, pastinya bakal pengantin seperti dia mengikat perut dan menahan nafsu dari makan benda-benda yang berkalori tinggi. Oh, kental semangat dia, semata-mata untuk tampil berseri dan bertenaga di hari bahagia nanti. yang penting stamina. Pasal sejak beberapa bulan makan tiada berpantang, rasa 'malas' je. Bila berdiet ni la, semua benda yang terlintas di fikiran rasa sedap! Lagi parah bila sampai tahap mengidam.

Trek jogging di tepian Pantai Hiburan yang sangat mendamaikan.
Lepas jogging harus corat coret dengan pasir pantai yang mulus
Yus: menunggu ombak ke darat. =)

Hari-hari dia timbang berat (*kes berat dah ni). Jangan tiru ye, pasal memang tak digalakkan untuk timbang setiap hari, seeloknya seminggu sekali. Tapi... dia sangat teruja pasal dalam masa sehari dia berjaya turunkan 0.5 kg! =)


Sunday, March 6, 2011

TQ tag



Entri ini saya tujukan khas juga buat sahabat baik saya, Eti yang baik lagi cun @ Cempakasilver. =)


Ini TQ tag kami yang dah siap! Cantik kan? Hasil design sahabat baik saya tu. Asalnya saya buat sendiri, tapi bila belek-belek tengok macam tak berapa cantik la pulak. Iye, laptop saya tiada software yang canggih manggih untuk buat benda-benda comel macam ni. Sebab tu kad kahwin yang kononnya mahu DIY sendiri akhirnya tempah di kedai juga. =) Malas nak fikir lagi. yang penting dah jumpa yang berkenan.

Then, pasal TQ tag ini, sahabat saya memang pandai bab-bab itu. Jadi, saya minta tolong dia buatkan design untuk saya. DAN... kan dah ada kenangan dari sahabat untuk majlis kahwin saya itu nanti kan. A big thanks to HER! Kad ini nanti saya akan print sendiri dan potong kecil. Sekarang tengah cari kertas yang sesuai dan serah pada F untuk di print. Kemudian, tugas saya potong kad itu dan letak reben. =) 

Minggu depan cuti seminggu. Harap dapat pastikan F siapkan bahagian dia. =)

Tuesday, March 1, 2011

@kuantan


UPDATE kisah hunting barang hantaran kami. =)

Saya dan tunang saya, F bekerja di negeri yang berbeza. Dan negeri tu pulak, cuti hujung minggunya berbeza. Saya Pahang dan dia Terengganu. Bayangkanlah, kami cuma hanya ada hari Sabtu untuk keluar bersama. Ahad, saya cuti tapi dia dah kembali bekerja. Weekend lepas, plan awalnya kami mahu cari semua barang-barang tu hari Sabtulah, Ahad F balik Kemaman kerja.  Banyak kali saya usulkan pada dia. Betul ke taknak cuti Ahad? Sampaikan saya tak mampu nak bodek lagi suruh F cuti Ahad. Katanya payah sikit pasal sebelum ni dalam waktu terdekat dah 3 minggu berturut dia ambil cuti Ahad. 

Bila seharian kami shopping, sampai dah dekat pukul 8 malam. Tiba-tiba F bagitau saya yang dia nak cuti Ahad. Dia surrender pasal letih sangat. Hik2. Mahu melompat saya rasa pasal saya memang suka kalau dia tambah cuti tu. Ada lagi la masa nak survey barang lain. Bertuah dapat tunang macam saya ni kan. =)



Menunggu perfume saya yang sedang di wrap semula. Serius, rasa terhibur dengan gelagat promoter ini. Agak riuh kaunter tu bila si F tak habis-habis menyakat dia. Hihi. Panjang lebar pulak bercerita kisah perjalanan cinta kami. Aihh, teruja! 2 jam kami di bahagian perfume sahaja. Boleh bayangkan. Lepas tu dalam masa sehari pertama tu selesaikan barang-barang lain juga. Tahniah! walaupun pada awal pagi tu ada kisah mengusik emosi antara kami. Sungguhla menguji. Masa kami kesuntukan masa tu jugalah sempat nak beremosi. 



Yang ini voucher yang saya maksudkan. Untung juga pergi masa ni, sekurang-kurangnya dapat shopping dan dapat lagi voucher untuk beli barang lain. Kami banyak shopping di East Cost Mall, Kuantan. Parkson memang berbaloi. Untuk perfume sahaja kami dapat RM100 voucher. =)


***
Orang Kuantan mesti tahu satu tempat: Cowboy kan? Saya memang tak biasa sangat di bandar Kuantan ni, cuma baru nak biasa2kan diri pasal itu ajelah tempat terdekat yang saya mampu pergi hujung2 minggu nanti. Punyalah teruja dengan nama Cowboy ni pasal selalu disebut2 kawan saya, jadi saya pergi la dengan F. Hihi. Barang-barang untuk goodies dan gubahan hantaran memang banyak juga lah. DAN murah.


Saya jumpa kotak putih berkerawang ni harganya RM 23.90. Agak murah. Ada macam-macam harga ikut saiz dan jenis kerawang di tepinya. Dah tengok-tengok, tapi saya tak beli lagi. F suruh balik dan tetapkan dulu gubahan untuk hantaran tu. Tapi kotak putih ni memang saya berminat sangat!


 Bunga telur pun berpatutan harganya. RM 39.90 untuk 50unit. =)


Saya rasa sungguh bahagia bila dekat dengan dia.
=)



checklist barang hantaran



FOR HER

1. Perfume - DONE!
2. Jam tangan - DONE!
3. Handbag - DONE!
4. Kasut - DONE!
5. Kain Sembahyang & Sejadah - DONE!
6. Coklat *pending
7. Shower set *pending

FOR HIM

1. Perfume - DONE!
2. Jam tangan - DONE!
3. Wallet & belt - DONE!
4. Jeans - DONE!
5. Kemeja - DONE!
6. Kasut & Stokin - *Pending
7. ? *Pending
8. Coklat *Pending
9. Cupcake *Pending


Itu senarai hantaran FOR HER & FOR HIM setakat ni. Kira dah banyak benda penting selesai. Yang bakinya dah dekat2 tiba masanya masih boleh cari. Hantaran kami 7 dulang berbalas 9 dulang sahaja. Saya mahukan yang simple aje. Malas nak banyak2 dulang bagai. Cuma, ada satu lagi barang yang saya tengah fikirkan untuk hantaran FOR HIM itu. Satu barang masih lagi pending. Nak letak apa ye. Ada cadangan?



selesai barang hantaran


Alhamdulillah, setakat ni perancangan berjalan mengikut kehendak. Sabtu dan Ahad lepas berjaya hunting kesemua barang hantaran. waah, bagus tak? b2b yang lain saya tak tahulah macam mana kan. Tapi saya.. terpaksa mencari segala barang hantaran tu sekaligus pasal kami memang tak cukup masa. Jarak-jauh lagi satu hal. Penat memanglah. Tapi seronok.. rasa ibarat satu shopping complex tu kita yang punya. Hehe. 

Macam-macam kisah dan peristiwa sebenarnya dalam proses macam ni yang boleh buatkan kita lebih kenal dan lebih rapat dengan pasangan kita. Macam mana kita boleh tahu yang si dia seorang yang penyabar atau tidak. Sabar menunggu nak pilih barang itu satu hal. Satu hal lagi sabar dengan karenah kita yang payah nak jumpa barang mengikut taste. Hik3. Sebenarnya bukan 'kita' pun, itu merujuk kepada saya. =) Tapi itula.. saya cukup beruntung bakal dijodohkan dengan F sebab hanya dia seorang yang mampu faham jiwa saya dan boleh sabar dengan karenah saya. Overall, F memang boleh dibawa untuk teman shopping! Sayanggg dia.

Ahh, panjang pulak entri saya yang ni tersasar ek. 2 hari kami di Kuantan. Entri sebelum ni saya belum buat checklist. Jadi sekarang sudah boleh buat checklist. =) Hampir semua sudah setelkan yang itu. Kebetulan di Parkson sekarang ni ada voucher point. Paling best dapat voucher yang lebih banyak untuk barangan kosmetik. Kami beli perfume dan kedua-dua dapat voucher best. 2 jam kami habiskan masa untuk pusing tempat perfume tu. Akhirnya, jumpa yang berkenan di hati walaupun dah tersasar dari budjet. Yang penting PUAS HATI.... kan? 

Ermmm... tak terkilan pun pasal tak sempat nak shopping masa Tahun Baru Cina hari tu yang konon sale banyak. Pasal saya pergi ke Kuantan hujung minggu lepas SALE masih berlambak-lambak. =)
Nanti update lagi..
tulis yang mana sempat. =)