Tuesday, June 14, 2011

Entri pertama selepas nikah


Assalamualaikum buat semua..

Senyummmm ( penuh makna ) ....  =)
Ini entri pertama saya selepas sah menjadi isteri. Hari yang ke-12. Lambatnya saya update kan. Baru saja ada masa yang betul-betul sesuai untuk menulis.Pengantin baharu mesti saja penuh program kan? Selamat Pengantin Baharu juga saya ucapkan buat pengantin2 yang baru saja melepasi saat2 membahagiakan itu. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Dengan izinNya.

Malam ini sungguh berbeza. Menulis entri di MCH sambil ditemani suami disebelah. Sebelum ini tulis blog sendiri, dan dia baca dari jauh. =) Tapi malam ini saya menulis blog sambil diiringi renungan mata dari dia.. =) Perasaan? Sukar untuk saya gambarkan. Ternyata berganda-ganda bahagia berbanding sebelum kahwin. 

Selepas kahwin, saya ada masa baki seminggu cuti sekolah bersama dia. Dapat rasa sembahyang berjemaah bersama. Melayan dia makan (sampaikan saya sendiri kena tempias berselera makan). Memasak di dapur bersama-sama. Jalan bersama, pendek kata semuanya lah bersama-sama. Itu dinamakan perkongsian bermakna.

Update ringkas dulu. Gambar dari Official Photoghapher belum dapat lagi.. Yang ada cuma dari kamera anak saudara saya. Nanti saya ceritakan majlis raikan cinta kami. 2 hari mula bersekolah ni F ada bersama saya, dia masih bercuti. Malam ini dia balik, tinggalkan saya di sini..

Sedih! Dah beberapa kali babak mengeluarkan air mata sebelum tiba masanya..


Salam penuh kebahagiaan buat semua. Sehingga saya update lagi. =)


9 comments:

Cik Fira said...

bertabah menghadapi PJJ kak.. apapon doalah selalu agar kalian sentiasa dibawah lindunganNya.. amin... selamat pengantin baru kak ja & suami..

Jaaja said...

terima kasih. Akak redha dengan PJJ kami. w/pun dah berendam air mata. Sedih! Tq dik.. krn doakan kami.. doakan juga kami cepat dapat baby. =)

Cik Fira said...

ohho..... perlukan 1000 kekuatan malah lebih... sy sntiasa doakan kbhgiaan insan disekeliling kak...
usaha lebih..pasti dpt baby cepat.. yeah..!!! opss..kanak2 rebina xleyh ckp hal org da kwen kn kak?? hihihih pasan muda... =)

asha said...

salam,saya pon bakal PJJ gak after jam 8 malam on 16 june 2011.:((...saya kat swk, dia kat semenanjung@putrajaya..

Jaaja said...

hehe. akak tgh usahakan dapat baby la ni.. =) aip, x muda sangt dah tu pun. boleh kawen dah tu. hehe. bila? bila?

Jaaja said...

Asha? really. samalah kita rupanya berPJJ mula malam td. Jauhnya PJJ dipisahkan laut china selatan tu. apapun, bersabar lah ye. Saya PJJ, tapi kalau dia nak datang ada la lebih kurang 2 jam setengah

Cik Fira said...

hahaha..insyaallah kak...
mungkin mengintai tahun 2012 rsenya... =)yeahhhh berusaha... usaha tangga kejayaan kak!!!

Jaaja said...

oh. ok la tu.. 2012 tak lama dah, tahun depan dah tu. Good luck tau. rancang dengan elok, i'allah dgn izinNya. nanti jgn lupa jemput deh.. hehe

Cik Fira said...

bereh kak.. but.. byk bnda kne pikir g... hhhohoho may b kau ilhamku... wahahahaha... =) dijemput pasti.. buleh r mkn angin ke mlka @ kedah pastinya kn????