Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

New and nice



Ini majlis perkahwinan pertama saya pergi sejak seminggu duduk di Rompin ni. Tapi majlis ini di Muadzam Shah. Bila kawan mengajak, teruja benar saya nak ikut pergi pasal nak tengok macam mana suasana majlis di Pahang ni. Tak banyak bezanya pun, cuma beza dari Kelantan Terengganu bila majlis siap ada pengerusi majlis, dipasang lagu dan ada karaoke lagi. Cukup lain. Kenduri kahwin di Terengganu biasa-biasa sahaja tapi cukup meriah dengan kedatangan tetamu. Mana ada dipasang lagu-lagu bagai itu. 





Pertama kali juga jumpa nasi beriani yang ada biji gajus. Selalu ada kismis aje. Ok la, buat penambah rasa. =) Lauknya sedap, itu yang penting. 




Ini pelamin pengantin. Cukup simple tapi cantik. Saya suka kerawang-kerawang di belakang tu. InsyaAllah, saya pun inginkan yang simple dan ada kerawang macam ini. Pelamin saya biasa-biasa aje nanti. Cukup ada latar belakang untuk bergambar kenangan. Mungkin sekadar mini pelamin yang lebih kurang pertunangan tempoh hari. 



Warna tema pengantin ni cantik. turquoise agaknya ataupun ala-ala baby blue. Entah la. Saya kurang pakar sikit bab mengkategorikan warna ni. Hi hi.

Sunday, December 19, 2010

Manis alam pertunangan (saya dan dia)


Sebenarnya malam ni tiba2 ada mood nak tulis tentang ini. Persepsi saya mungkin tak sama dengan individu lain terhadap 'alam pertunangan'. Kita sering dengar orang kaitkan alam tunang ni dengan 'darah manis' kan. Bagi saya sendiri, kawan-kawan atau orang-orang lebih tua selalu usik mengusik malah yang lebih rasa prihatinnya orang2 sekeliling ni bila selalu pesan-berpesan kepada orang muda yang berdarah manis macam-saya-ni. =)



Saya rasa lagi teruja nak cerita pasal ni bila tadi (waktu makan tengah hari), seorang yang berpangkat kakak atau makcik kepada saya tanya pada saya tentang tunang dan keluarga si tunang. Sebenarnya soalan tadi tu lebih kepada hubungan saya dan bakal mentua. =) Saya ditanya: Selalu ke jumpa atau pergi ke rumah bakal-mentua ( rumah tunang saya la). Saya senyum. Saya jawab dan bercerita seringkas mungkin la kan. Sebab saya tahu cara dan persepsi orang berbea-beza.



Seingat saya, sepanjang tujuh tahun kami saling kenal & termasuk juga kira-kira 6 bulan kami bertunang, baru SEKALI saya pergi ke rumah tunang saya, jumpa bakal mentua. Itupun saya rasa masa tu kami masih mentah. Takdela.. maksudnya saya dan F masa tu kira baru-baru kenal dan pergi pun ramai-ramai dengan kawan. Tapi, agaknya emak F dah dapat hint kot masa tu siapa saya. =) Segan yang amat. Saya kan pemalu.



Dalam tempoh masa 6 bulan kami bertunang ini pun, saya belum pernah ke rumah F. Ada 'rahsia manis' sebenarnya. Itu bagi saya la. Bakal mentua selalu la mengajak saya ke rumah, tapi saya selalu cakap "insyaAllah, sampai nanti saya ke rumah sana". Sebenarnya maksud saya tu saya nak ke rumah sana pada hari bertandang la. Hihi. Walaupun jarang-jumpa tak macam orang lain, bukan bermakna kami tak rapat dan tak mesra. Selalu juga telefon dan bertanya khabar (itukan penting, nak ambil hati bakal-mentua). =)
 

Itula, berbalik kepada soalan kakak itu tadi, jawapan saya rasanya jelas. Cuma, dia ada la katakan pada saya: "Ohh. ingatkan selalu la jumpa bakal mak-mentua, mesra-mesra sebelum kahwin".  Tapi bagi saya, mesra selepas kahwin pun lagi manis. Tapi, bukannya bermaksud alam tunang ni kita tak ada komunikasi langsung dengan keluarga bakal mentua kan. Itu memang tak patut la kan. Bersederhanalah. Menjaga batasan-batasan tertentu supaya nanti dah kahwin ada rasa 'manisnya' nak bermesra-mesra dengan mentua


Saya ingat lagi pesan seorang kawan-saya-yang-sama-umur dengan saya, tapi dia dah kahwin awal. Dia selalu pesan pada saya supaya jaga: jangan selalu ke rumah bakal mentua supaya nanti dah kahwin ada la manisnya. Kata kawan saya tu: Nanti pada hari bertandang barulah dapat rasa suasana baru dan perasaan baru bertandang ke rumah mentua pada kali pertama. Masa tu dapat rasa betul-betul macam 'orang baru' (pengantin baru), masa tu jugalah saudara mara akan lebih teruja nak kenal dengan kita. Tanya itu, tanya ini. yelah, orang baru kan. Bila direnung-renungkan memang betul juga. Tentu tak sama rasanya kalau : sebelum berkahwin pun kita dah biasa2kan datang, malah bermalam di rumah bakal mentua kita tu. Masa sebelum kahwin pun dah kenal habis dengan semua saudara mara. Mungkin itu tak salah pun bagi sesetengah orang. Tapi, saya rasa saya nak ambil dan rasa pengalaman pertama dan rasa 'manis' pada kali pertama bertandang dalam suasana yang diraikan. InsyaAllah.




Pengalaman orang pastinya berbeza. Persepsi orang pun berbeza-beza. Apapun, yang pentingnya kita masih menjaga batasan. Tak bermesra bukannya bermakna tak mesra kan. =) Nanti dah sah bolehlah nak mesra habis-habisan di dapur dengan mak mentua. Eh, dapur ke?



Friday, December 3, 2010

kehidupan baru



Wah! Lama betul saya tak update blog ni. Sebenarnya banyak kekangan, sebab tu jarang ada entri. Tambah ada dua blog, macam ni lah jadinya. =) InsyaAllah lepas ni, kalau-kalau ada progressnya, wajib update. Hehe. Hari ini bila buka blog, entri yang terakhir ada beberapa B2B yang tinggalkan jejak. Terima kasih kalian. Selamat Datang ke blog Mencari Cinta Halal yang baru nak bertatih ni. =)


OK. Sebenarnya dua minggu lepas tak berada di rumah. Merantau sekejap ke negeri Pahang. Alhamdulillah, mahu kongsi sikit disini. Saya dah dapat penempatan untuk mengajar. Syukur! Akhirnya, hujung2 tahun kami dipostingkan juga. 22 & 23 November lepas di Temerloh untuk taklimat dan orientasi guru-guru baru. 24 November pula saya ke Kuala Rompin. 




Waaa. Nampaknya lepas kahwin nanti terpaksa berjauhan juga sementara waktu. Tapi tak tahulah tu, berapa lama kan. Encik tunang, F di Kemaman. Hari tu saya sangat mengharapkan dapat la Kuantan, dekat la sikit dan bolehlah kami duduk sebumbung lepas kahwin. Tapi, nampaknya 3 jam K.Rompin- Kemaman tu membataskan juga la. Sabar ye sayang. =) Sebenarnya, menyedapkan hati sendiri jugak. Siapa tak sedih kan. Semua pasangan yang kahwin mesti berharap untuk tinggal sebumbung terus walaupun trend sekarang ni ramai juga yang husband weekend. Maksudnya jumpa di hujung minggu saja. Itu belum lagi ambil kira pasangan yang terpisah Semenanjung-Sabah Sarawak kan? Apapun, saya tetap bersyukur. 3 jam aje kan sayang, F dah janji dia mesti jumpa saya setiap kali hujung minggu. Mari kita tengok nanti... =) 


Untuk persiapan nanti saya tak pasti lagi. Kuala Rompin bukan bandar besar pun. Nanti memang terpaksa jalan jauh sikit lah untuk beli barang-barang untuk kahwin nanti. Banyak kan. Terpaksa berjangkit ke bandar sekitar berdekatan lah.Ada cadangan tak B2Bs? Tempat yang dekat-dekat untuk shopping goodies bag dll. Yang pasti, untuk barang-barang hantaran, kami mahu ke KL. Dengar kata, Temerloh pun ada jugak ye tempat2 yang boleh disurvey. Selain Kuantan. Ataupun ke Melaka? Hiii. Ataupun balik Kelantan shopping di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor pun best jugak.


Mari bekerja keras untuk tahun depan!